"Apa?" Jawab Zima tanpa menoleh. Khusyuk benar menonton tv nampaknya sampai tak sempat menoleh pada Johan.
"Borak dengan aku. Aku bosan la," kata Johan dengan jujur seraya melabuhkan punggung di kusyen bertentangan dengan kedudukan Zima.
"Hemm.." angguk Zima. Namun tidak menoleh pun. Bebola matanya seperti melekat ke arah kaca tv tersebut.
"Inspektor Faiz apa khabar ye? Lama tak dengar khabar dia..." ujar Johan, mula memasang topik perbualan.
"Baik, sibuk urus kes," jawab Zima.
Macam tu je?
Macam tak berminat nak berborak saja.
Tapi nak buat macam mana... itulah Zimma Firdaus.
"Nanti kita ajak dia datang rumah nak? Makan-makan sama," cadang Johan dengan riak gembira.
"Hemm.." Zima mengangguk.
"Tapi dia busy kan? Inspektor Nora mesti kurang senang nanti," ujar Johan terus teringat akan waktunya mempelawa Inspektor Faiz makan bersama dengan menu nasi ayam masakkannya, garang benar Inspektor Nora pada Johan ketika itu kerana telah menganggu pekerjaan mereka berdua.
"Hemm..."
"Ah!" Johan memetik jari. "Kita tanya bila Inspektor Faiz cuti? Bagaimana?"
"....ok," jawab Zima sepatah.
"Cakap pasal cuti. Kita pun tak lama lagi nak cuti semester."
"Hemm.."
"Kau jadi tak nak ikut aku balik Widad cuti nanti?"
"...Ya." angguk Zima
"Ok. Set!" Johan menunjukkan ibu jarinya tanda bagus. Tak sabar rasanya nak balik rumah ibubapanya di Taman Baiduri, Widad. Pahang. Negeri kelahiranya.
"Oh ya, kita cuti lama nanti. Rumah ni bagaimana?... aku tanyakan jiran sebelah kita ya?"
"Untuk apa?"
"Untuk jagakan. Kalau apa-apa jadi nanti mudahlah kita tahu nanti."
"Hemm..." Zima menoleh juga pada Johan. Boleh percaya ke jiran sebelahnya? Namun segera dia kembali menatap kaca tv. Persoalan dibenak dibiarkan berlalu.
'Ah! Neymar hampir saja tadi!'
Zima mengerat genggaman tangannya.
Dalam siaran perlawanan itu, seorang lelaki sedang membawa bola hampir ke kawasan jaring goal.
'Sikit lagi!'
"Zima?"
'Go Neymar!'
Johan terpinga-pinga. Dah kenapa Zima bersemangat ni?
"....Zima?"
"GOALLL!"
PANGGH!!
YOU ARE READING
SIAPA PECAHKAN? (COMPLETED)
Historia CortaSIAPA PECAHKAN? - membawa anda bertemu ZIMA dan JOHAN semula dalam siri pendek dari penulisan akira hiroshi, cerita asalnya bertajuk MISTERI PAYUNG MERAH (STATUS UNPUBLISH) Johan : Zima, boraklah dengan aku. Aku bosan ni.. Zima : Hemm.... Johan : K...