Bab 1

99 1 4
                                    

BAB 1

"Lisa.. Lisa,wait... Kharlisa...wait"

Aiman mengejar Kharlisa tanpa henti. Dia bertekad akan mendapatkan cinta Kharlisa, bagi dia yakin bahawa Kharlisa adalah jodohnya.

Seringkali Aiman menyebut nama Kharlisa disetiap doanya. Sering kali jugak dia bermimpi melihat bayangan seorang gadis tapi samar-samar. Lantas dia yakin bahawa gadis yang dalam mimpi dia itu adalah Kharlisa. Ini kerana, kasih sayang telah timbul saat dia melihat Kharlisa pada kali pertama.

Perkenalan mereka bermula sejak kawan Aiman, Syah mengajak Kharlisa dan kawan-kawan perempuan lepak sekali bersama mereka. Aiman bukan jenis yang mudah jatuh cinta kepada wanita. Tetapi, perwatakan dan kecantikan Kharlisa telah menarik perhatian Aiman pada mula-mula hinggg la kini.

"U nak apa lagi Aiman"-Kharlisa bengang

"Saya nak awak, kita couple.. habis belajar kita kahwin"-rayu Aiman

Tapi bagi Kharlisa, Aiman serupa lelaki lain yang hanya mengejarnya hanya harta dan kecantikannya semata-mata. Ialah siapa yang tak terpikat dengan ratu cantik setiap sem di kolej mereka. Kharlisa sudah muak mendengar dan menerima kata-kata manis dari mulut lelaki. Bagi dia, dia bebas dan tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.

Punca Kharlisa berperangai sebegitu adalah kerana faktor keluarganya. Mama dan Papa sering sahaja bergaduh bila berada di rumah. Tetapi bila berada di tempat umum, mereka tak ubah seperti bagai pinang dibelah dua. Papanya ada perempuan simpanan, yang mama kenal siapa perempuan simpanan papa, kawan baik mama sendiri, Aunty Mas. Dia sendiri tak faham kenapa papa dan mama berpura-pura dihadapan orang ramai. Kata mama, kerana ingin menjaga nama baik keluarga.. kata papa, kerana business, mama dan papa ialah business partner. Kami ialah contoh kepada orang diluar sana.

Kharlisa mempunyai 3 orang adik-beradik. Kakak, abang dan dia anak bongsu dalam keluarganya. Mereka sangat rapat dan sering bergurau senda tapi menjadi renggang sejak kakaknya berubah. Kakak telah diceraikan suaminya yang amat dicintainya, tapi disebabkan sayang, cinta kakak menyerahkan syarikatnya kepada suaminya. Selepas suaminya mendapat apa yang diimpikan, dia cuba membunuh kakak dengan mengupah orang untuk melanggar kakak.

Kakak koma selama sebulan, bila sedar kakak umpama mayat hidup yang hanya baring dan tidak ceria seperti dahulu. Kakak pernah cuba untuk membunuh diri, tapi gagal.. kini mama telah mengupah orang untuk menjaga kakak dirumah. Abang pula, sejak kejadian kakak, dia sibuk membina sebuah syarikatnya sendiri untuk merampas kembali syarikat kakak yang telah diambil. Dia berazam untuk membalas dendam bagi kakak. Dan sentiasa sibuk dan tiada masa untuk meluangkan masa bersama.

Kharlisa terabai. Dan memasang niat, tiada lelaki lain dalam keluarga nya selain papa, abang dan Pak din (pemandu peribadi keluarganya).

"U gila ke apa! I muda lagi kot, i tak puas nak enjoy lagi"- Kharlisa

"Plus U tu anak orang biasa je.. I kalau nak kawin muda, biar lah setaraf dengan I, kaya, anak dato, yang boleh bagi I shopping hari-hari"

Bagi Kharlisa taraf hidup itu penting, sebab itu Kharlisa langsung tak pandang Aiman. Bagi Kharlisa, Aiman itu cuma nak harta keluarganya sahaja.

Ia lah, Aiman kan anak orang biasa, tak pernah hidup mewah, mesti lah Aiman nak bolot harta keluarganya kalau dia bersama dengan Aiman.

"Saya boleh bagi awak segalanya, saya ada buat simpanan, rumah di kampung ..."

Aiman tak putus-putus memujuk.

"Wait, what!! RUMAH KAMPUNG" -celah kharllisa

"Oh my gosh, seumur hidup I tak pernah jejak kampung, and now U ask me to stay kampung. Simpanan U berapa je pon?'-

Kharlisa umpama mengherdik Aiman.. Aiman berubah wajah.. Kharlisa menghina dia seperti pengemis jalanan.

"Sedar lah diri, U and I umpana langit dan bumi... Ada hati nak kahwin dengan I..U balik, U cermin muka, U rasa U layak ke nak berdamping orang cantik macam I.. one more thing, hapuskan la angan-angan U nak kahwin dengan anak orang kaya macam I, nama u tak ada dalam list hidup I pon"- sinis Kharlisa.

Kharlisa terus beredar meninggalkan Aiman keseorangan tanpa menunggu sepatah kata dari Aiman. Tanpa Kharlisa sedar, air mata menitis membasah pipinya. Dia sendiri keliru dengan perasaan yang timbul dalam dirinya. Dia menganggap Aiman tak lebih dari seorang kawan. Dia tau yang dia telah melontarkan kata-kata hina pada Aiman. Dia berasa serba salah, tapi dia harus melakukan supaya Aiman tidak terus mengejarnya. Kharlisa tahu selama ini Aiman menaruh harapan pada dia. Dia tetap berpegang dengan prinsip hidupnya iaitu dia boleh hidup tanpa lelaki. Tapi tanpa diduga disebalik hati, telah timbul perasaan sayangnya terhadap Aiman yang Kharlisa tidak sedar.

Aiman terdiam kaku, seperti ada yang menikam nya dengan pisau yang tajam.. kata-kata Kharlisa sebentar tadi membuat Aiman hilang kata-kata dan muncul perasaan yang berbeza. sungguh tak sangka Kharlisa sanggup melontarkan kata sebegitu. Selama ini, dia menganggap Kharlisa seorang yang berbudi bahasa, pandai menjaga hati dan perasaan orang lain. Dia ingin tahu kenapa Kharlisa berubah sebegitu sekali sehingga sanggup melukakan hatinya. Bahkan sebelum ini, layanan Kharlisa terhadap Aiman begitu baik dan indah kata-katanya. Tapi mulutnya terkunci seribu kata.

bersambung..

_________________________________________

*maaf kalau ada silap, baru pertama kali menulis.. panjang pulak, tak banyak dialog sebab nak cerita permulaannya. Sila comment jika ada silap, insyaallah saya akan perbaikikan. Tq.

&z¡

CInta Tanpa DidugaWhere stories live. Discover now