Bab 2

69 1 0
                                    

Kharlisa melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sejak kejadian dia menghina Aiman, tidak lagi mereka berjumpa. Kalau terserempak di dalam kelas pon, langsung tidak bertegur. Aiman melihatnya seperti ingin membalas dendam, Kharlisa memandangnya tanpa riak di wajah tapi sebaliknya penuh dengan serba salah.

Pagi itu, seperti biasa Kharlisa bersiap untuk ke kelas. Selangkah demi selangkah menurun anak tangga, Kharlisa lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri dari hostel kolejnya. Jarak kolej dan rumah Kharlisa pon tak jauh.

"Minum dulu, Khar"-tegur Mak Mah (pembantu rumah). Keluarga Kharlisa lebih selesa memanggil Kharlisa dengan panggilan Khar berbanding rakan-rakannya yang memanggil dia dengan panggilan lisa sahaja

Kharlisa mencapai sekeping roti lalu disumbat kedalam mulut. "Mama Papa tak turun lagi ke Mak Mah?"- Tanya Kharlisa dengan mulut yang penuh.

"Makan perlahan-lahan khar. Mama pagi-pagi lagi dah pegi office, katanya ada meeting penting. Papa tak balik malam tadi". Angguk Kharlisa. Tahu sangat pasti Papa meluangkan masa dengan Aunty Mas malam tadi., "Abang?"

"Abang kamu ada .."

"Pagi-pagi tanya abang ni kenapa? Rindu?" –sampuk abang Khuzaimi sambil menyiku kepada Kharlisa.

"Sakit lah, bang. Tak ada maknanya rindunya. Tanya pon tak boleh ke? –Kharlisa menjelir lidah pada abang nya. Mak Mah yang melihat pon tersenyum. Hatinya berkata sudah lama dia tidak melihat gurauan adik beradik ini. Lantas dia meninggalkan mereka yang masih di meja makan.

"Khar balik pukul berapa hari ni? Balik awal boleh tak?"-tanya abang Khuzaimi sambil mencapai sekeping roti.

"Lepas kelas dalam pukul 2 la. Kenapa bang?"- Kharlisa

"Tolong hantarkan kak rina pergi hospital. Hari ni kak rina ada appointment dengan doktor fisioterapi. Pak din tak sihat, abang pula takut tak sempat, ada client nak jumpa. Boleh?" –abang Khuzaimi.

"Bereh abang"- jawab Kharlisa. " Jangan lupa bawa buku rawatan dan dokumen kak rina sebab  abang dah tukar doktor. So this doktor fisioterapi adalah doktor baru untuk kak rina. Abang pergi dulu."

Kharlisa hanya menjawab dengan anggukan sahaja. Selepas menghabiskan sisa makanan di dalam mulutnya, dia pon beransur gerak ke kelas. Sebelum beredar, sempat lagi Kharlisa memesan kepada Mak Mah untuk menyuruh kak Lia (nurse yang diupah oleh mama untuk menjaga kharina) menyiapkan kakaknya untuk ke hospital nanti.

bersambung..

_________________________________________

*maaf kalau ada silap, baru pertama kali menulis.. Sila comment jika ada silap, insyaallah saya akan perbaiki. Tq.

CInta Tanpa DidugaWhere stories live. Discover now