Bab 3

53 1 0
                                    

Bab 3

Kharlisa tiba di rumah awal untuk menemani Kharina untuk berjumpa dengan doktor sebentar lagi. Teringat akan pesanan sms yang Khurazmi hantar padanya sebentar tadi bahawa temu janji Kharina pada jam 2.30.

Papa turun tangga begitu tergesa-gesa hampir sahaja berlanggar dengan Kharlisa.

"Pa.."-Kharlisa

"Khar, sorry papa urgent. Have emergency happen dekat office. I need to go now. Bye, love u."- kata papa yang sempat mencium dahi Kharlisa.

Kharlisa hanya berdiri tercengang melihat papa nya beredar. Dia berpikir adakah keluarganya akan kembali bahagia seperti dahulu. Kharlisa mengeluh.

"Orang muda tak baik mengeluh. Nanti cepat tua". Sakat Mak Mah yang sebentar tadi melihat Kharlisa bersama papanya. Mak Mah tahu apa yang dipikirkan oleh Kharlisa. Sungguh kesian dia terhadap anak muda itu.

"Kakak kamu dah penat tunggu Khar kat bilik tu. Dah pergi naik."

"Baik Mak Mah"-Kharlisa

*******

Setiba di hospital, Kharlisa terus mendaftarkan Kharina di kaunter pendaftaran. Manakala, Kharina ditemani oleh Alia, pembantu yang diupah sementara menunggu Kharlisa. Setelah selesai pendaftaran, Kharlisa kembali kepada Kharina dan Alia dan menunggu giliran mereka untuk berjumpa.

*******

Doktor Farhan sedang tekun menaip mengisi data pesakit nya di dalam komputernya. Ketukan di pintu membuat Doktor Farhan berhenti menaip, seorang nurse masuk ke dalam biliknya.

"Doktor, pesakit yang membuat temujanji itu dah datang. Ini maklumat pesakit."

"Terima kasih"- Doktor Farhan terus meneliti punca kesakitan dan tujuan untuk mendapatkan fisioterapi tanpa melihat maklumat pesakit dahulu. Setelah Doktor Farhan berpuas hati dan faham punca dan tujuan pesakit, baru la dia melihat maklumat pesakit.

"Perempuan. 28. Muda lagi..."- pikir Doktor Farhan. Muka nya berkerut seakan terkejut selepas melihat nama pesakit yang tertera di kertas. "KU KHARINA BINTI TAN SRI KU KHAIRUL". Nama yang pernah menghantui hidup nya suatu ketika dahulu.

"Adakah dia orang yang sama? Tapi kenapa dia? Bukankah patutnya dia bahagia di samping suaminya? Apa yang berlaku?"

 Terlalu banyak persoalan yang bermain dipikiran Doktor Farhan. Dia harus berjumpa dengan pesakit yang nama tertera itu. Selepas mengumpul kekuatan, dia menyuruh nurse untuk memanggil pesakit itu masuk.

Ketukan di pintu membuat debaran Doktor Farhan begitu kencang. Kharlisa yang memberi salam pon, dia hanya balas dengan anggukan, hanya menjawab salam di dalam hatinya sahaja. Matanya hanya tertumpu pada gadis yang duduk diatas kerusi roda yang ditolak oleh Alia. Memang betul itu lah orang yang dipikirkan nya. Sungguh dia tak sangka, dalam kata hati lain, tidak sanggup dia melihat keadaan gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebegitu.

Bersambung...

_________________________________________

*maaf kalau ada silap, baru pertama kali menulis.. Sila comment jika ada silap, insyaallah saya akan perbaiki. Tq.

CInta Tanpa DidugaWhere stories live. Discover now