Umur Haz makin berlanjutan.Dia sudah besar dan boleh berfikiran luas.Ibunya masih mencari rezeki walaupun anaknya sudah besar panjang.Doktor telah mengarahkan ayah Haz untuk membuat treatment di rumah selepas beberapa tahun terlantar di hospital.Haz tidak ambil tahu dengan perubatan ayahnya.Yang dia hanya tahu meminta wang dan keluar berjalan-jalan ke bandar bersama rakan-rakannya.Selain itu juga dia selalu balik lambat kadangkala pukul 4 -5 pagi barulah dia pulang ke rumah.Mah tidak tahu ingin berbuat apa lagi kerana Haz makin kurang ajar dengan ibu bapanya.Jika ditegur makin dibuatnya.
"Haz,kemana kamu pergi malam malam buta ni,takde kerja lain ke nak buat!!,kata Mah kepada Haz yang baru pulang ke rumah.
"Ala ibu ni kenapa nak bising bising,kan Haz dah balik apa lagi ibu nak memekak kat telinga Haz yang dah nak bernanah dah telinga dibuatnya,kata Haz dengan suara yang lantang.
"Astaghfirullahhalazim,apa yang kamu cakap ni!!..ni ibu,sampai hati kamu cakap macam itu kat ibu ya,ibu tak sangka kamu dah besar macam ni makin melawan,ibu ingat bila kamu dah besar kamu nak tolong kehidupan kita yang susah ni,tapi yang ibu tengok bukannya menolong, tapi susah kan ibu dengan ayah.,,
"Kalau ibu rasa Haz makin menyusahkan kat rumah ni Haz akan keluar dari rumah ni!!. Baik Haz duduk dengan kawan kawan Haz yang lagi bagus daripada duduk dengan ibu dan ayah.Reban ayam kawan Haz tu lagi elok daripada rumah ni.,
Mah hanya terkedu apabila melihat kelakuan anaknya yang makin kurang ajar itu.Dia tidak sanggup lagi untuk bercakap apa apa.Mah berasa kecil hati apabila mendengar kata kata itu keluar dari mulutnya.
"Haz akan keluar dari rumah ni tapi ibu dan ayah pandai pandai la jaga diri tu sendiri,,kalau nak bawak ibu pergi rumah kawan Haz tu buat malu je air muka Haz ni.Sebab, ibu dahlah hodoh lepastu ayah pulak lumpuh menyusahkan hidup Haz je nak bawak ibu dan ayah kehulu ke hilir.,, kata Haz dengan tiada perasaan yang akan melukakan hati kedua dua mereka.,
YOU ARE READING
Neraka Tempatmu
FantasyMengisahkan kehidupan kemiskinan yang dilalui oleh Hazrah sejak kecil.Nak diceritakan mak haz ni adalah orang yang sangat baik hati dan penyayang..Ayah haz pula adalah lelaki yang sangat rajin berkerja seperti menanam,membajak dan menebang pokok... ...