3

9 1 0
                                    

Leya's pov

Penat lelah shopping dilepaskan di rumah. Leya dah plan seribu satu aktiviti dalam kepala otak,tapi malangnya terpenat pulak. Sampai di pintu rumah abah bercekak pinggang. 'Ceh menunggu sape la tu' bisik hati. "Assalammualaikum abah" terus bersalaman dengan abah usai keluar dari kereta. "Abah ni dah kenapa berdiri depan pintu ni bah? Kerja kat office dah habis?" Soal leya abah mana pernah nak berehat. Penat dia pun tak kisah. Tak pernah nak merungut. "Kau ni dari mana? Rajin pulak nak keluar" bunyi macam marah leya layankan aje abah ni. "Ni haa beli barang sikit. Kan baru balik. Kenapa bah?" 'Yes leya jawab dengan tenang. Dengan abah ni kena lembut je macam ummi kalau tidak aku tak sempat balik dah kena kafan' bisik di hati je mana boleh nak kata kat abah nanti kecik hati dia. "Abah bagi kau balik cari suami bukan membeli belah aleya" tenang abah berkata. Leya senyum. "Abah leya ni perempuan,mana nak cari suami. Lelaki kena datang cari isteri. Apalah abah ni" tersenyum leya. Sebenarnya ada hajat juga leya nak bersuami balik Malaysia ni. "Betul la tu tapi mana nak datang calon kalau asyik shopping aje" ummi mencelah. "Haa... habistu nak buat apa. Leya mana tahu menahu bab bab projek memikat ni" leya bersuara takut juga kalau abah dan ummi sediakan calon. Menangis tak berlagu nanti. "Kau kerja ajelah dekat syarikat abah tu. Manalah tahu tiba tiba ada yang minat ke" pantas jawapan abah tak sekat langsung. 'Abah ni memang nak suruh aku kawin' kedut seribu dahi leya. Ummi sperti biasa senyum aje. Abah menanti jawapan leya. "Okaylah leya kerja dengan abah" pendek,ringkas dan pastinya menggembirakan abah. "Ummi tak kisah leya nak buat apa sekalipun. Asalkan yang baik dan bermakna" ummi,tak lokek dengan nasihat. Leya peluk ummi dan ummi hanya tersenyum. Abah juga turut tersenyum. Biarlah apa yang leya buat menyejukkan hati ummi dan abah. Habis drama depan pintu leya naik bilik. Penat hari ni. Maka terlelaplah puteri.
"Along!!!!" Leya jerit sekuat hati. Along balik dengan baju yang lencun dengan darah. Ummi sudah jatuh ke dada abah. "Llleee....yy...aaaa" tersekat-sekat along memanggil nama leya. Leya menghampiri along dengan beraninya. Persoalan sudah terpacul dalam kepala leya. Kenapa jadi macam ni? Sape buat ni? Along dari mana? Apa dah jadi sebenarnya?!?!? Air mata leya menitis dek melihat kesakitan along. Darah ni...darah siapa? Along tidak mempunyai sebarang luka ditikam atau ditembak. Leya kaku dengan air mata. Ummi tidal lagi sedarkan diri. Abah masih berusaha menahan diri. Apa yang terjadi?
"Allah!" Jerit leya. Bergema ruang bilik yang agak kosong. "Astaghfirullah. Kenapa ni?" Aku menepuk dahi. Pipi terasa basah. Menangis dalam mimpi. Bukan perkara biasa. 'Apa yang Allah nak uji aku ni?' Soal hati. Leya terus ke bilik air mengambil wudhu' dan menunaikan solat hajat agar segalanya berjalan lancar dalam hidupnya. Maghrib pun menjelma. Usai solat maghrib berjemaah,ummi sudah hidangkan makan malam untuk leya sekeluarga. Along juga turut bersama. Leya memerhati pemilik wajah yang leya sayang. 'Hidup aku masih panjang. Pasti penuh dengan cabaran dan ujian.' Mata leya bertentang mata along. Teringat peristiwa berdarah mimpi leya. Hanya senyuman terukir di bibir. Leya percaya setiap ujian pasti didatangi jawapan. "Makanlah." Tegur ummi "kalau tengok je makanan tu tak habis sendiri aleya" along mencelah "along ni kan ada aje kan nak sambung sambung ayat. Jadi pelakonlah,sesuai dengan along" sungguh leya perli along. Along ketawa tapi ditahan. Takut nanti abah marah. "Along ni kalau tak kerana sayang kat abah kau ni dah lama abang jadi pelakon. Silap silap abang tak ada kat meja ni haa makan dengan vvip kat hotel lagi ade" riak. Kata kata along penuh riak. "Abah ni ada dekat sini" pucat muka along. Tu la sebut sebut lagi. Makan malam diiringi hilai tawa keluarga. Namun tak lama. "Leya,esok masuk office dengan along. Along tolong leya apa yang patut tau. Esok abah nak jumpa klien. Mungkin tak sempat" ujar abah " leya?office?? Along tak tahu punn" sergah along. "Baru tahu? Kesian" leya sengih berlagak. "Eh eh leya bukan bidang arts and logic ke? Kenapa balik Malaysia masuk bussiness pulak?" Soal along "bussiness pun arts ape" selamba leya jawab. Entah betul entah tidak. Usai makan malam leya masuk ke bilik terus mencapai telefon. Ada whatsapp no tak save.

Assalammualaikum leya. Rayyan ni. Leya buat apa? Rayyan baru balik office. Sebenarnya tak ada apa yang penting pun. Saje rayyan ws leya nak berkenalan. Boleh ke?

Berbunga hati. 'Sweet sungguh ahli korporat Malaysia ni. Eh tak de korporat mana'

Waalaikummussalam. Ada je dalam bilik ni ha baru lepas makan malam dengan family. How's your day? Leya tak berapa mahir bersembang.

Jari jemari pantas menaip dan menghantar. Sambil menanti jawapan rayyan,leya sudah terlelap dibuai mimpi.

Alhamdulillah finish in one night. Have fun! Btw comment la expect apa yang terjadi kat along dalam mimpi leya.
Vote this story^

Hajat..Penuhkan!Where stories live. Discover now