5

15 0 0
                                    

Rayyan's pov
"Ikut dia sampai mati. Kalau kau gagal kubur pun kau tak masuk." Rayyan bersuara. Menyeramkan dan sangat tegas. Lelaki dihadapannya terus keluar selepas mendengar arahan rayyan. Di dalam pejabat gelap dan kusam itu,rayyan mencari telefon bimbitnya setelah ia berdering. 'Trash'. Nama yang tertera pada telefonnya. Senyuman terukir. Tak manis namun menggerunkan. "Ya anaqi ada apa?" Lembut suara rayyan. Berbeza dengan dirinya yang tadi. "Rayyan. Kau kene datang sini. Leya rayyan. Leya!" Suara cemas along mengerutkan dahi rayyan. "Apahal pulak dengan leya?" Bisik dirnya sendiri.

Leya's pov
"Along.....a..a." tersekat-sekat suara leya memanggil along. Walaupun tidak berlawan,dirinya lemah. Kepalanya terhantuk begitu kuat sehingga matanya berpinar-pinar...

Anaqi's pov
Leya dikejarkan ke hospital oleh anaqi. Anaqi tidak mahu menangis. Dia tahu bahawa leya pasti selamat. Yakin! Ummi dan abah tiada di sekitar Malaysia. Semalam,mereka sudah ke paris kerana ummi mahu berjumpa dengan saudara mereka yang sakit. 5 minit kemudian,terlihat susuk tubuh berkot putih keluar dari bilik pembedahan. Anaqi berlari mendapatkan lelaki tersebut. "Saya..abang dia. Adik saya boleh selamat... kan?" Tersekat-sekat suara anaqi. Risau. Dia lemah. Doktor hanya tersenyum. "Don't worry sir. Miss leya just okay she need rest for about a week. Nothing critical". Lega. Tangan anaqi terus menyeluk poket mendapatkan telefon bimbit. Nama yang dicari 'rayyan'. "Ya anaqi ada apa?"  Suara rayyan keluar dari telefon."Rayyan. Kau kene datang sini. Leya rayyan. Leya!" Suara cemas. Sengaja anaqi memcemaskan keadaan agar rayyan datang ke hospital. Anaqi mahu rayyan ambil berat tentang leya. Dia mahu mereka bersama.

Rayyan's pov

"Macam mana boleh jadi macam ni?"soal Rayyan.Hatinya pedih melihat Leya diperlakukan sebegitu.Hampir berlinangan air mata Rayyan.Hanya tuhan Sahaja yang tahu sedihnya Rayyan. Tiba-tiba Anaqi masuk ke ruangan tersebut."Ummi dan abah masih di Paris,nak call diorang tak?" Rayyan hanya mendengar.Mulutnya tertutup rapat seperti dikunci.Matanya merenung dalam wajah milik Leya.Tenang.Namun,gelisah memikirkan keadaan kekasih hatinya.Melihat keadaan itu,Anaqi keluar meninggalkan mereka.

Anaqi's pov

Anaqi  keluar dari hospital.Menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju menuju ke butik yang menjadi tempat kejadian yang tidak diingini.Selepas kejadian tersebut,lelaki tadi terus menghilangkan diri.Bukan itu sahaja,Anaqi juga tidak sempat melihat wajah lelaki tersebut.

Sampai sahaja di hadapan butik tersebut dia teringat kembali bagaimana dia melihat adiknya rebah di hadapannya.Dia tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang dia pasti, dia mahu dalang di sebalik kejadian tersebut ditangkap dan dihukum. Apakah salah adiknya, padahal Leya baru sahaja pulang dari Amsterdam.

Anaqi nekad mahu mencari jawapan. Dia melihat penderitaan adiknya selama ini dan kerana itu, dia tidak sanggup lagi melihat Leya sengsara. 

Throwback~

"Along tak bagitahu Ummi dengan Abah ke yang along datang jumpa Leya ni?" soal Leya. Bukan mudah untuk Anaqi ke Amsterdam. Anaqi bekerja dengan abahnya. Jika mahu outstation pun perlu izin bapanya yang merangkap bos kan. "Along kata nak jenguk Leya je. Abah kata okay along pun on la" Anaqi mengukirkan senyuman buat satu-satunya adiknya itu. Leya sakit. Namun, dia sendiri mahu perkara tersebut dirahsiakan daripada keluarganya. 

'Anxiety Disorder'. Ramai yang mengenali penyakit mental ini. Leya adalah salah seorang pesakit anxiety disorder. Hal ini terjadi ketika dia menjadi saksi pembunuhan bersiri ketika pulang dari group discussionnya. Dia sering dihantui bilah pisau dan titisan darah yang dilihatnya. 

Hanya Anaqi sahaja yang mengetahui tentang hal ini. 

Throwback habis ~ 

Rayyan's pov

Rayyan menatap wajah yang dikasihinya itu. Sudah lama dia menunggu pertemuan dia dan Leya. 'Alangkah baiknya kalau aku ada di situ dan tak sibuk nak hapuskan sampah hidup kau?' bisik Rayyan di dalam hati. Muka Rayyan pucat seperti mengalami trauma setelah melihat Leya rebah di atas katil pesakit. Seperti Leya itu kekasihnya yang sudah lama dia kenali. Raut wajahnya jelas menyatakan bahawa dia tidak mahu kehilangan Leya.


Heyyyyy dah lama tak menaip. I gave a lot of thoughts nak sambung cerita ni. Because I adore Anaqi and at the same time I love how hot Rayyan is.

Still miss my writing?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hajat..Penuhkan!Where stories live. Discover now