🙈

16 3 0
                                    


Kekecewaan terbesar yang selalunya berlaku dalam hidup kita adalah meletakkan harapan dan jangkaan pada tempat yang salah.

Perkara ini selalunya berlaku apabila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.

Berapa banyak orang yang mengalami tekanan jiwa akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?

Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?

Oleh itu, menyesuaikan harapan kita terhadap orang lain akan membantu untuk menyingkirkan kekecewaan dan sakit hati yang tidak diperlukan, dalam hidup anda dan hidup orang lain.

...malah membantu kita untuk lebih fokus tentang apa yang lebih penting dan bermakna dalam kehidupan.

Maka kita harus pertimbangkan beberapa perkara ini:

1. Jangan berharap orang lain akan sentiasa bersetuju dengan segala tindakan kita

Kita berhak untuk bahagia.

Kita berhak untuk hidup dalam kehidupan yang kita impikan.

Jangan biarkan pandangan orang lain mengaburi dan membuatkan kita lupa tentang apa yang kita mahukan. Anda tidak dilahirkan ke dunia ini untuk memenuhi kehendak orang lain.

Dan juga jangan mengharapkan orang lain akan memenuhi apa kehendak kita.

Sebenarnya, lebih banyak anda mampu untuk bersetuju dengan keputusan diri sendiri, lebih kurang untuk kita memerlukan persetujuan daripada orang lain.

Kita harus berani untuk menjadi diri sendiri, dan bebas mengikut gerak hati sendiri, walaupun anda berasa takut atau aneh untuk membuktikan perkara itu.

Jangan anda dengan kehidupan orang lain, jangan mudah merasa mengalah dengan kejayaan orang lain.Kerana kehidupan setiap orang adalah tidak sama.

Ikutilah cara kita sendiri dan hiduplah dengan gembira.

- jika anda tetap membandingkan hidup, kebahagiaan akan tertangguh

Kejayaan yang terbesar boleh kita capai didunia ini adalah dapat meluangkan masa hidup kita dengan gembira dan bahagia dalam cara kehidupan kita tersendiri.

2. Jangan berharap orang lain akan hormat kita lebih daripada kita menghormati diri sendiri.

Kekuatan sebenar adalah terletak didalam jiwa dan semangat, bukan pada sasanya otot kita.

Ia mengenai kepercayaan terhadap diri sendiri. Jangan sesekali merayu dan mengharapkan, serta menagih kasih kasih, hormat dan perhatian daripada orang lain.

Belajarlah untuk mencintai diri sendiri dahulu.

Sampai bila kita nak berharap?Sampai bila kita nak pegang janji orang lain?Apa jaminan untuk setiap penantian kita?Sampai bila kita mahu hati kita terus kecewa?

Apabila kita belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri dan belajar untuk menghormati diri sendiri, kita membuka peluang kepada diri kita kepada kebahagiaan.

Apabila kita sendiri sudah bahagia, pastinya kita akan menjadi teman yang lebih baik, ahli keluarga yang penyayang, dan diri sendiri yang lebih sempurna.

Dalam hal ini, contoh terdekat kita boleh lihat dalam hal menjaga aurat.

Jika anda sendiri berpakaian seksi dan ketat, adakah anda boleh mengharapkan orang lelaki yang memandang anda tidak membayangkan perkara yang bukan-bukan, dan seterusnya menghormati anda?

Begitu jugalah dengan perkara lain, ianya bermula daripada diri anda sendiri..

3. Kita tidak perlukan orang lain untuk meyukai kita.

RandomWhere stories live. Discover now