: 1 :

521 68 79
                                    

Aku Park Sohyun dari pelajar Daegu highschool. Aku seorang budak perempuan yang saiz badan agak berbeza dengan perempuan lain. Memang dah ditakdirkan oleh tuhan sejak kecil lagi.

Aku sering dibuli oleh Kingka-kingka sekolah aku. Hanya disebabkan fizikal aku tak berapa sempurna seperti orang biasa, mereka terus menganggap aku sebagai sampah masyarakat. Aku selalu terfikir adakah aku tidak layak untuk menerima layanan baik daripada masyarakat? Hanya disebabkan perbezaan fikizal? 

Ada kalanya aku merasakan yang aku tak mampu menanggung ke semua ujian dan cabaran yang tuhan berikan. Aku rasa ujian ini terlalu berat untuk aku tanggung sejak kecil. Aku tahu, I deserve more better than this.

Aku hanya mampu mengeluarkan air mata dan pendamkannya jika aku tak kuat menahan rasa kesakitan di dalam hati. Aku tidak mempunyai orang untuk tempat meluah, sekiranya ada takkan aku nak bebankan dia dengan masalah aku? 

Bermulalah kisah si perempuan oversize dengan kingka-kingka di Daegu Highschool.


_________________________________________________________


Hari ni hari bersekolah. Seperti biasa aku akan berjalan kaki pergi ke sekolah. Bukannya jauh sangat pun antara sekolah dan rumah. Kalau berjalan kaki hanya menggunakan 20 minit. Aku perlu turun awal daripada pelajar biasa kerana aku perlu buat tugasan yang lain daripada pelajar biasa di rumahku.

Tetapi, pada hari ini aku datang lebih awal ke sekolah. Sebab tak nak tergesa-gesa untuk ke sekolah. 

Setelah tiba di sekolah, aku pergi ke arah loker untuk mengambil barang keperluan untuk kelas nanti, macam buku teks dan alat tulis tambahan. Aku tak bawa semua alat tulis yang kurang berkeperluan di rumah. Jadi ada sebahagian daripada alat tulis aku, aku letak di loker. 

Aku berdiri di depan loker dalam keadaan kaku sambil memandang kosong ke arah loker. Aku mengeluh di hadapan lokerku. Kenapa? Aku nampak ada beberapa kertas putih terkeluar daripada dalam loker. Aku membuka lokerku dengan hati yang berat.

"Dah agak." kataku dengan suara yang kecil. Kertas yang tak muat masuk dalam loker, terjatuh bertaburan di atas lantai.

Sekali lagi aku mengeluh berat. Aku ambil kertas tu dan buang ke dalam tong sampah. Aku anggap kertas tu sebagai kertas hina. 

Aku mengambil barang keperluan di loker lalu pergi ke arah kelas. Aku pergi ke kelas dengan perasaan yang sedih, memikirkan akan nasib yang aku hadap setiap hari. Tidak terlepas berfikir adakah aku layak atau tidak untuk hidup di dunia ini sekiranya aku dilahirkan sekadar untuk menerima layanan dan tindakan yang sebegini rupa.

Aku hanya serahkan semua kepada yang SATU.

Aku berjalan ke arah kelas dalam keadaan kepalaku menunduk ke arah bawah. Aku terus mengangkat kepala ku apabila mendengar suara yang agak meriah di arah kelas ku.

"Ehhh? Kenapa meriah semacam ni? Ada ke orang yang dah datang pada waktu macam ni?" terdetik dalam hatiku. Dengan perlahan aku mengintip di pintu kelas, aku melihat ada tujuh orang budak lelaki mengerumuni tempat dudukku. 

Sekali lagi aku mengeluh berat. "Apalah nasib aku pagi ini.." 

Aku mengumpul segala keberanian aku untuk masuk ke dalam kelas tu. Setakat ni, hanya ada aku dan diorang dalam kelas. Terasa lemas pulak bila fikir pasal diorang.

Aku dipenuhi dengan perasaan takut dan lemas bila masuk ke dalam kelas tu. Aku merasakan tatapan yang tajam daripada tujuh budak lelaki tu sambil berbisik antara satu sama lain. Aku tahu apa yang diorang bisikkan. Aku hanya mengeluh ringan.

[OG] Fat girl [BTS VERSION] [Editing Process]Where stories live. Discover now