: 3 :

323 45 32
                                    

Bila aku menuju ke pintu laluan utama aku ternampak Hara sedang menunggu aku sambil duduk di atas bangku yang disediakan.

Aku tersenyum kecil bila tengok kawanku sedang menunggu lalu menguap. Tengok comel je. Kesian dia mungkin dah tunggu aku lama kat sini.

Nasib baik aku beli air 100+ lebih. Boleh aku bagi dia satu. Nak tingkatkan tenagalah katakan. "Hoii katik! " sergahku. Dia terus lompat dari duduknya. Terkejut sangat ke cik adik?

"Hahaha! Meh duduk sini! " pelawaku. Dah mula buat muka ketat dah. Meh aku bagi kau 100+.

"Nah! Ambek satu. " kataku sambil menghulurkan 100+. Muka ketat dia tarik balik pastu duduk sebelah aku. Barang free semua dia bedal.

"Makcehh" katanya. Majok sekejap je. Kuikuikui. "Sama-sama. " kataku. Aku tengok dia mula membuka tin 100+ pastu minum dengan rakus sekali. Tak minum air selama setahun ke dey?

"Kau dah lama tunggu aku kat sini? " tanyaku. Dia mengangguk. "Aku ingat kau balik awal hari ni. Kan kau bagitau aku yang kau selalunya balik kul 6:30 p.m? Sebab tu aku datang sini kul 6:15 p.m. Tapi tengok jam kau keluar kul 7:00 p.m. " katanya sambil kerling jam di tangannya.

Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Tak sangka pulak budak ni datang awal sangat. Hohoho. Terharu sikit.

"Jom balik! Aku nak buat homework and jaga heolmeoni aku. " kataku. Dia terus mengangkat punggung setelah aku mengangkat punggungku. Dia mengekori aku dari belakang.

"Hyun. Tadi Jimin ada datang tempat kerja kau kan? " tanya Hara. Aku terus terkejut dengan kata Hara. Macam mana dia tahu? Padahal aku belum bagitau pasal ni lagi kat dia.

"Macam mana kau tau? " tanyaku. Dia tersenyum sinis. Eii nak sekepala dengan si tujuh orang tu ke?

"Mestilah aku tau. Aku nampak dia masuk dalam kedai tu. Pastu dia keluar dengan senyuman sinis dia macam babun nakkan pisang. Macam dia puas hati dengan sesuatu. Dia ada buat apa-apa kat kau ke? " tanya Hara.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku perlahan-lahan menyembunyikan pergelangan tanganku yang digenggam oleh Jimin tadi.

Malangnya Hara perasan yang aku menyembunyikan tanganku darinya. Lantas dia menarik semula tanganku. Automatik aku terjerit kecil. Jangan fikir yang tangan berisi dapat tahan rasa sakit.

"Hoi! Pelan-pelanlah! " marahku. Mestilah aku marah. Adakah patut dia pergi picit kuat kat bahagian pergelangan tangan aku. Nasib baik tangan sebelah aku belum sempat nak singgah muka dia.

"Heheh sorry. " muka dia kembali serius. Cuak aku olehnya. "Jangan lah buat muka camtu weyh. Seram tho. " kataku.

Lalu dia memandang aku dengan serius. Aku tertelan air liur. Muka serius dia mengalahkan juon. "Mesti kerja Jimin ni kan?! " tanya dia.

Aku menunduk kepala seketika. Lepas tu baru aku mengangguk perlahan lalu mengeluh ringan. Aku memandang dia dengan senyumanku. "Gwenchanayo. Tak sakit sangat pun."

Dia mengalih pandangannya ke pergelanganku tadi. Aku hanya tengok appa yang dia nak buat. Dia micit kuat sampai jeritan aku bergema di tepi jalan. Automatik semua orang yang ada kat tepi jalan tu pandang aku. Sumpah malu!

"+@*#/#/#-¥+@! Kau dah gila ke?! " kataku dengan mata membulat. Dia tersenyum sinis. "Ni kau kata tak sakit? " tanyanya.

Tadi dia cuma uji je ke? Aigo Hara!! Kau tak tau ke tangan aku sakit bila kau buat camtu?! Memang terbaiklah kau ni. "Ish kau ni. Bukannya sampai patah tangan pun." kataku.

Perlahan-lahan aku menarik tanganku dari Hara. Hara memandang aku dengan serius. Satu senyuman pun tidak melekat dibibir apatah lagi senyuman sinis. Aku hanya bersedia apa yang dia nak buat kat aku.

"Luka jari kau pun masih belum sembuh skrang dia nak patahkan pergelangan tangan kau pulak?! Apa masalah diorang tu sebenarnya?! Aku tengok kau ni bukannya ada pape pun sampai diorang nak seksa kau camni dah kenapa?! " inilah perangai Hara bila marah.

Hara bukan calang-calang orang. Pernah satu haritu ada seorang budak lelaki kacau dia. Bila marah dia tu dah sampai tahap baran, dia sepak tut lelaki tu. Aku dengar Hara sepak tut lelaki tu sampai lelaki tu masuk hospital. Mesti pecah satu buah zakar lelaki tu.

Aku hanya menunduk kepala. Tak berani nak bertentang mata ngan Hara. Aku dah anggap Hara ni macam eomma aku. Garang diorang sama.

Aku dengar dia mengeluh kecil. Aku mula rasa yang aku dah susahkan dia. "Sorry Hara. Aku rasa lebih baik kau jangan masuk campur hal ni. Nanti kau terjebak sama. " kataku.

"Aku tak nak susahkan kau. " kataku lagi. Dia tersenyum sinis. "Hoi pabo?! Kalau aku fikir kau ni menyusahkan tak guna lah aku jadi kawan kau. Lebih baik aku join je tujuh ekor tu. " katanya.

Aku menunduk kepala. "Dah dahlah tunduk tu. Leher tak sakit ke? Jom balik. Heolmeoni kau tunggu kau kat rumah tu. " katanya sambil menarik lenganku. Aku hanya mengikutnya dari belakang.

"Hara terima kasih sebab jemput aku. And aku nak minta maaf kalau aku menyusahkan kau. " kataku bila tiba di depan rumahku.

"Heh! No hal lah. And one more thing. Please jangan ingat kau ni menyusahkan eh. Sekali lagi kau cakap camtu aku jual kau kat siam. " katanya.

Aku tersenyum dalam anggukkan. Aku hanya bagitau perkara yang betul je. Aku memang menyusahkan. Aku terus menoleh ke pintu rumah bila aku terdengar suara batukkan heolmeoniku.

"Hara! Aku masuk dulu eh! Jumpa esok! " kataku. "Nae." Aku terus masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan heolmeoniku.

Aku terus melutut di tepi katilnya setelah aku masuk ke dalam biliknya. "Heolmeoni ok tak ni? " tanyaku. Aku rasa sayu bila tengok heolmeoni aku camni. Dalam keadaan lemah. Aku rindu dengan heolmeoni aku yang dulu. Harap dia cepat sembuh.

"Ohok! Ohok! Heolmeoni ok je. Ohok! Sohyun jangan lah risau. Ohok! Esok lusa heolmeoni sihat lah nanti. Ohok! Ohok! " aku segera mengambil tuala kecil yang telah disediakan di meja tidur bila batuk heolmeoniku semakin teruk.

Selepas dia batuk dalam tuala aku nampak tompokan darah pada tuala itu. Aku terus mengambil tuala itu dari heolmeoni. "Sohyun pergi masak bubur kesukaan heolmeoni dulu ye. " kataku. Dia hanya mengangguk lemah.

Dalam perjalanan aku pergi dapur air mataku berlinangan. Aku rasa sedih sangat dengan nasib aku skrang ni. Aku harap nasib aku ni dapat diringankan walaupun sedikit.





TBC



Sesiapa yang tersinggung ke ape ke masa baca ff ni please jangan kecam saya. Saya buat ff ni pun just suka-suka je.

And act dalam ff ni pun saya ada cerita pasal pengalaman hidup saya. Dont worry author pun *terbatuk*

Jangan kecam saya ye. Bye 😉

[OG] Fat girl [BTS VERSION] [Editing Process]Where stories live. Discover now