: 2 :

284 48 26
                                    

Setiap kali aku balik dari sekolah atau ape Hara akan jemput dan teman aku. Rumah kitorang tak jauh. Cuma dihalang oleh dinding rumah je.

Kadang-kadang aku dipuji oleh orang sekelilingku. Orang yang mengenal diriku. Aku dipuji sebab ketabahanku.

Aku hanya memberitahu mereka "Tu yang saya patut buat. Bersabar. Kalau orang buat jahat kat kita jangan sesekali membalas balik dengan kejahatan. "

Sejak kecil lagi aku tinggal dengan heolmeoni aku. Aku sayang sangat dengan heolmeoni aku. Kalau dia perasan yang aku sedih sebab aku gemuk dia akan peluk aku dan suruh aku menangis puas-puas dalam dakapan dia.

Kalau heolmeoni korang buat camtu mesti korang sayang dia sangat kan?

Sejak beberapa hari ni heolmeoni aku menunjukkan simptom-simptom nak sakit. Aku rasa teruk sangat sebab bila dia terkup mulut dia bila batuk darah akan keluar dari mulut dia. Membuat aku menjadi risau.

Sejak heolmeoni aku mula sakit aku bekerja di kedai serbaneka yang berdekatan ni kawasan perumahan aku. Aku kerja di sini sebagai cashier.

Nasib baik lah tauke kedai ni terima aku kerja walaupun aku ni budak belum cukup umur. Tauke kedai tu kawan heolmeoni aku. Mungkin sebab tu aku senang masuk kerja kat sini.

Kalau pada waktu persekolahan aku akan bekerja pada waktu petang hingga ke malam. Kalau cuti sekolah waktu siang hingga ke tengahari. Kadang-kadang aku ot sebab nak dapat duit lebih.





***

Hari ni aku bekerja di kedai serbaneka. Aku melihat banyak pelanggan datang ke kedai serbaneka ini untuk membeli barang keperluan.

Setiap kali orang pergi ke arahku untuk membayar aku tidak pernah melekangkan senyumanku.

Pada mulanya mereka melihat aku dengan pandangan takut disebabkan dari segi fizikalku. Bila aku tak terhenti memberi senyuman manis kepada pelanggan mereka semua mula suka dengan aku. Disebabkan kesopananku.

"Kamsabnida! Sila datang lagi! " kataku sambil menunduk hormat kepada setiap pelanggan datang ke kedai itu.

Pada hari itu salah seorang daripada tujuh pembuli tegar aku datang ke kedai serbaneka itu. Masing-masing tak perasan akan kewujudan masing-masing.

Aku hanya senyum manis walaupun takda orang yang hendak aku sapa. Bila giliran seorang pelanggan ni aku terus memaniskan lagi senyumanku.

"Selamat datang- J.. Jimin?! " senyuman aku automatik mati. terkejut beruk aku dengan figura lelaki di hadapan aku ini ialah jimin.

Jimin mula menunjukkan mula terkejutnya. Lama-kelamaan reaksi terkejutnya ditukar dengan penuh kejahatan. Dia tersenyum sinis.

"Kenapa kau ada kat sini? Bekerja? Cari duit? " tanya dia. Aku hanya mendiamkan diri dan terus mescankan barang dibelinya. Aku melihat jimin seperti tidak berpuas hati dengan aku tidak menjawap soalannya.

Jimin terus menyambar tanganku yang berisi itu lalu digenggam dengan kuat. Dengan tangan aku berisi  masih dapat merasa kesakitan itu. Semakin kuat dia menggengam semakin sakit pergelengan tanganku.

Aku bertentang mata dengan jimin. Lalu aku merayu meminta tangan aku dilepaskan. "J-Jimin. Tolong lepaskan tangan saya. " rayuku. Dia semakin kuat menggenggam pergelangan tanganku. Aku hanya dapat menahan sakit sambil memejamkan mata.

"J-Jimin.. Jebalyeo. Lepaskan tangan saya. " rayuku lagi. Air mata sudah terkumpul di tubir mataku. Hanya tunggu masa untuk keluar.

Lalu dia melepaskan tangannya dari menggenggam tanganku. Aku mula menggosok pergelangan tanganku. Aku melihat dia sedang senyum sinis padaku.

"Tulah kau. Lain kali jawab soalan orang. Nasib baik aku teringat tempat ni tempat umum. Kalau tak... Heh! Lagi teruk dari ni kau buat kat kau. " katanya. Aku sudah bergetar dengan katanya. Takut.

Aku terus sambung mengscan barang yang aku belum scan tadi. Aku ternampak dia dah sediakan not 50 di atas meja pembayaran.

Semasa aku memberikan baki kepada Jimin dia sempat memberi amaran. "Kalau orang kat sini perasan apa yang aku buat tadi. Kau cakap tak tau je. Kalau kau bongkarkan. SIAP KAU! "

aku terhinjut sedikit bila Jimin tiba-tiba merampas beg plastik dari tangan aku. "S-sila datang l-lagi" gagapku. Aku perasan dia memberi jelingan maut kepadaku.

Aku memandang pergelangan tanganku. Aku kesan merah. Bila aku tekan sikit dah rasa sakit. Luka kat jari aku tadi pun belum sembuh lagi. Aku terus mengelap pipiku bila aku perasan yang aku sedang menangis.

Lalu aku ternampak seorang heolmeoni berjalan menuju ke arahku. Terus aku berdiri tegak dan senyum. "Annyeonghasaeyo heolmeoni. " kataku dengan senyuman manis tidak lekang dari bibirku.

"Nae annyeonghasaeyo" jawab heolmeoni itu. Bila aku sedang mengscan barang heolmeoni itu menanya aku sesuatu. "Nak. Boleh heolmeoni tanya sesuatu? " tanyanya.

Aku sekali lagi memberikan senyuman manis kepadanya. "Nae heolmeoni. Boleh. Tanyalah. " kataku dengan sopan.

"Namja yang datang sebelum heolmeoni tadi tu siapa? " tanyanya. Sah dia dah nampak perbuatan jimin padaku. Aku terus senyum manis pada heolmeoni.

"Tu chingu saya heolmeoni. Waeyo? " tanyaku. Muka dia seperti hairan dengan jawapanku. Aku hanya menunggu soalan darinya.

"Chingu? Kenapa heolmeoni tengok dia seperti sakiti kamu? " tanya dia lagi. Aku buntu dengan soalan tu. Aku dah tak tau nak jawab apa.

"Erk heolmeoni ada anak? " sengaja aku lari dari menjawab soalan heolmeoni tadi. Cukup sekadar dia tau yang namja tadi chingu aku.

Dia menjawab soalan aku. Setelah aku memberi baki kepada heolmeoni itu dia berkata sesuatu kepadaku.

"Kalau anak mampu bersabar, bersabarlah. Itu semua ujian dari tuhan. Kalau tak mampu pendamkan, bagitaulah semua masalah kamu kepada orang yang kamu boleh percayai. Heolmeoni balik dulu ya. " aku terus binggung dengan kata-kata heolmeoni tadi.

Seperti dia tahu tentang masalahku. Bila aku menoleh ke arah pintu keluar heolmeoni tu sudah tiada. Kalau aku tak silap aku baru sahaja termenung selama 5 saat.

Aku terus keluar dari cashier itu bila syif aku habis. Jiyeon menggantikan aku. Aku terus pergi ke bilik staff untuk bersiap balik ke rumah.


TBC

[OG] Fat girl [BTS VERSION] [Editing Process]Where stories live. Discover now