Jatuh

131 18 28
                                    

Genre : Romance .________.
Diiringi irama melodi Jatuh, nyanyian Bunkface.

9 April 2014

Ku pergi, sendiri,
Dan takkan kembali,
Teman aku buat kali terakhir,
Aku akan,
Jatuh...

Amir menutup diari yang berwarna kelabu miliknya itu. Sambil menoleh ke kiri dan ke kanan, dia memastikan dua orang rakan sebiliknya, Izwan dan Harith yang sedang lena diulit mimpi itu, tidak terjaga secara tiba-tiba.

Amir mengeluh kecil. Sambil ulang baca story Lariealiti dari Amr Syafx, ingatannya terimbas kepada memori semalam.

Kenangan dan petunjuk yang diberikan oleh insan yang telah memperkenalkannya tentang erti kasih sayang.

-----------------

2014

"Zodiak Sagittarius melambangkan pemanah dan kuda tunggangannya." Amir berbisik kepada Nina.

"Kenapa zodiak awak bentuk ketam?" Nina tergelak kecil.

"Mungkin saya mampu mengepit hati awak?" Amir kenyit mata pada Nina.

"Hei, stob it! Hahaha."

Mereka berdua ketawa bersama-sama.

"Awak tahu, Nina?" tanya Amir seusai ketawa mereka mereda.

"Apa dia?" Soal Nina ingin tahu.

"Ketawa awak merupakan muzik paling indah di dalam hidup saya," Amir tersenyum kecil sambil membuang pandangan ke arah lautan yang luas terbentang itu.

"Oh ya?" Nina tersipu malu. Tangannya ligat mengorek pasir, mencari barang kerang.

"Iya."

"Lesung pipit awak pula, merupakan seni yang sungguh memukau pada pandangan mata saya." balas Nina sambil memandang tepat ke arah mata Amir.

"Dah tau lama. Hahaha,"

"Eh tak adalah. Tarik balik ayat tadi," Nina acah acah marah.

"Kehkeh. Gurau saja. Dah, jom balik hotel,"

"Malas ah. Lepak lu."

"Haah kan, balik bilik pun bukan boleh buat apa-apa."

Mereka meneruskan aktiviti mereka, iaitu berbaring di atas pasir lautan sambil melihat bintang.

"Dekat sini, best kan? Ketaralah slogan, bagai malam ditaburi bintang tu." Nina bersuara perlahan.

"Ya." Balas Amir pendek.

Suasana sunyi kembali menyelubungi mereka berdua.

"Nina,"

"Iya?"

"Dalam banyak-banyak bintang yang bergemerlapan di sini, yang paling bersinar adalah yang berada di sebelah saya."

Nina tersenyum malu. Tapi, senyumannya mati setelah teringatkan sesuatu.

"Tapi Amir.. Kenapa awak pilih saya?"

"Tiada sebab untuk saya tidak memilih awak, Nina."

Wajah Nina kembali muram.

"Awak tahu kan, saya dah tak la.."

"Stop Nina. Saya tak nak dengar awak cakap tentang perkara ni lagi." Amir bingkas bangun.

"Tapi Amir.."

"Saya cakap, sudah! Awak tak penat ke ulang benda sama dan hancurkan momen terindah kita semata-mata kerana benda ni?" Amir membelakangkan Nina sambil memeluk tubuh.

Story Pendek #2 Where stories live. Discover now