Yaya dan rakan baiknya, Emir merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal di dalam satu dorm yang sama. Alkisahnya pertemuan mereka, Yaya merupakan penghuni kepada katil atas double decker di hadapan katil double decker milik Emir. Kebetulan pula, takdir begitu indah mempertemukan mereka apabila Emir yang merupakan pelajar second intake turut mendapat katil atas. Oleh itu, mereka gemar membalas-balas surat ketika di atas katil apabila ada bermacam isu yang ingin dibincangkan, terutamanya bergosip tentang pelajar senior ataupun pelajar di dorm sebelah.
Meskipun begitu, Emir yang mempunyai potongan rambut pendek kerap dilabel kacak oleh rakan rakan dormnya yang lain. Pernah satu ketika, Emir menolak Hanis, salah seorang rakan satu dormnya sehingga Hanis terhantuk pada tiang katil kerana Hanis terlalu taksub dengan kekacakkan Syam dan pada waktu itu, Hanis telah meminta Emir untuk menjadi kekasihnya.
Aneh betul manusia zaman sekarang ni.
Oleh itu, pada perjumpaan dormnya yang ketiga, Emir memberanikan diri untuk bersuara menegakkan haknya,
"Korang boleh panggil aku comel je. Jangan hensem."
Maka sejak itu lah, nama panggilan 'Mir sem' ditukar menjadi 'Mir mel'.
Hare jadah betul.
Disebabkan pada waktu itu, Emir masih pada taraf 'junior', lagi lagi seorang freshie newbie tingkatan 1, maka, hendaklah Emir menjaga nama baiknya yang innocent dan rajin belajar itu. Oleh itu, setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis, Emir akan berpakat dengan Yaya untuk turun ke kelas prep malam, seawal yang boleh di samping ingin merebut tempat duduk di bahagian belakang kelas.
Namun, tanpa disangka-sangka, berlaku satu kejadian yang tidak akan Emir lupakan meskipun dia sudah mempunyai 7 orang cucu, katanya.
Pagi subuh itu, Emir terbangun seawal 4 pagi kerana terasa ingin membuang air kecil. Dormnya yang berada di tingkat tiga, dirasakan sejuk benar pada pagi itu. Emir menoleh sebentar pada tempat Ina, rakannya yang tinggal di katil hujung bersebelahan dengan tingkap yang menghadap jalan raya.
"Bangang mana bukak tingkap memalam ni. Kejadah betul."
Sambil menggosok matanya yang diselaputi tahi mata itu, Emir melangkah ke arah tingkap itu dengan segera kerana dia benar benar mahu terkencing.
Emir mengambil langkah bijak dengan tidak berlari. Kerana, lagi kejadah yang akan jadi bila dia terkencing kalau berlari nanti.
Sesampainya dia di tandas, Emir facepalm diri sendiri kerana baru teringat, seluruh asrama sedang ketiadaan air. Yang ada pun di wetworld hujung aspurinya.
Ini wetworld bukan sekadar wetworld. Ini wetworld asrama Emir, tempat pelajar membasuh baju apabila bilik basuh baju sedang rosak ataupun penuh. Selain itu, fungsinya adalah apabila asrama 'terlupa' bayar bil air seperti sekarang. Maka bersukarialah pelajar pelajar di asrama Emir, bermandi - manda di sini. Mungkin lebih kurang enam tangki besar di situ.
Tetapi, Emir berasa seram sejuk pula apabila mengenangkan bahawa dia perlu menapak ke aras bawah, di mana tempat wetworld tersebut berada. Hal ini kerana, aras bawah merupakan kawasan yang boleh dikatakan agak menegakkan bulu roma kerana kesemua penghuninya, adalah dari pelajar senior tingkatan 5.
Tambahan pula, jika ke wetworld, mata-mata pelajar tidak digalakkan untuk memandang ke atas.
Kerana di situlah terletaknya dorm Matahari.
-------
"Mir mel, sini jap." Ina menggamit Emir yang baru lepas mengemas lockernya ke arah bulatan pelajar yang dibuat di tengah tengah dorm itu.
"Kau kan student baru, kitorang nak bagitau serba sedikit pasal hal asrama ni kat kau."
Emir hanya mengangguk sambil memeluk bantal busuk miliknya.
"Kau tau kan dorm aras kita yang kat hujung tu. Yang berkunci tu."
"Ha tau. Matahari kan?"
"Yes. Dulu pernah ada kes." Iza terus membuka cerita.
"Apa jadi?"
"Dulu, ada dua orang rakan baik, Siti dengan Sarah namanya. Siti baru lepas basuh rambut tau, pastu dia keringkan rambut dia bersebelahan kat katil atas dia."
Emir dah rasa ada benda yang tak kena.
"Sarah masuk dorm, dia tak perasan Siti ada kat atas katil. So, dia bukak ah kipas," Iza berhenti sebentar kerana ingin menyumbat kerepek kentang ke dalam mulutnya.
"Lambat la kau cite!" Hanis tiba tiba mencelah sebelum menyambung,
"Kepala Siti tersangkut sebab kipas yang Sarah bukak tu. So dia mati tergantung. The end."
"Damn. Takkan ah sampai camtu sekali."
"Ya," balas Yaya pendek.
-----
"Alah bodo, asal aku flashback ni ha." Ujar Emir bengang dengan diri sendiri.
"Apa aku nak buat ni." Emir mula berasa cuak.
"Yaya, bangun Ya. Teman aku gi tandas jap. Aku nak kencing ni do," Emir akhirnya mengambil keputusan untuk mengejutkan Yaya.
"Blah ah kau." Yaya buat dono, lalu terus ditarik selimutnya sehingga menutupi kepalanya.
"Nanti aku lanje kau Cadburry, Ya. Tolong ah weh. Nak terburai dah ni." Emir menggunakan pendekatan coklat fevret Yaya.
Tiba-tiba Yaya bangun, masih dengan kelubung satu badannya.
"Eh celaka. Terkejut aku, bangang." Emir melatah je.
"Ok janji." Yaya terus bangun dan melangkah keluar daripada dorm.
"Wei jangan laju sangat. Aku taknak lari wei,"
'Apa bahalolnya dia ni laju sangat ni.' Desis Emir di dalam hatinya.
"Kau cakap aku bahalol?" Tanpa disangka, Yaya berhenti di tengah jalan lalu memusingkan badannya. Emir terlopong.
"ALLAHU AKHBAR!"

YOU ARE READING
Story Pendek #2
Short StoryKisah kisah di balik tabir di antara Mia, rakan Emir. Yaya, rakan satu asrama Emir. Adam, adik Azim. Izwan, Harith dan ramai lagi! Ya, mereka juga ada kaitan dengan Story Pendek.