Delusional?

53 4 0
                                    

Saya meneliti kucing bunting bertompok oren yang sedang berguling guling di hadapan pagar rumah saya dengan begitu senang hatinya.

"Ko nak apa ni ha. Tuan kau tak bagi breakfast ke?" Saya melontarkan pandangan ke arah rumah teres tiga tingkat bercat hijau yang terletak di sebelah kiri rumah saya itu.

Tangan saya diselukkan ke dalam kocek, lalu saya capai telefon Huawei buruk milik saya itu. Jari saya, segera dilarikan ke arah 'button' bertuliskan 'Contact'.

"Three B, Three B, mana ko ni. Ha jumpa!"

Tit. Tit.

Saya menanti dengan penuh kesabaran. Sambil itu, saya melabuhkan punggung di sebelah kucing yang masih tergedik gedik itu. Lembut benar bulunya. Saya angkat tubuh kucing bunting itu lalu mencium ke arah sekitar perutnya.

Tit. Tit.

"Berapa bulan ni ya, Puss?" Saya cuba beramah mesra dengan kucing itu yang kini menyondol ke arah muka saya setelah saya letakkannya ke atas riba saya.

"Comel betul kau ni. Gigit kang!"

Tit. Tit.

"Dah mampos agaknya si Three B ni. Puss, meh ikut aku masuk rumah." Tanpa berlengah lagi, saya mendukung Puss, (nama baru yang saya berikannya padanya kerana ia mempunyai iras karakter Puss dalam cerita Shrek) ke dalam rumah.

"Berat gak ko ni. Hihihi, jangan marah." Saya sempat menggeletek perut Puss sebelum meletakkannya kembali di atas lantai. Pintu rumah, saya tutup dengan rapi. Risau kena masuk pencuri! Zaman sekarang, bukan boleh buat main. Tak boleh leka, mesti ada yang ambil kesempatan, monolog saya di dalam hati.

Saya membuka tudung saji. Nampaknya, ayam goreng malam tadi masih ada di atas meja. Bahagian peha. Mungkin Puss akan menyukainya, fikir saya lagi. Saya mengalihkan pandangan ke arah jam di dinding. Sudah pukul 2 petang dan saya masih belum solat Zuhur.

"Puss, nanti kau ambik sendiri ya ayam ni kat meja. Aku nak jumpa Allah dulu," kata saya sambil melambaikan tangan ke arah Puss.

Saya menaiki tangga sambil memikirkan akibat melengahkan solat. Ini semua salah Three B. Kalau dia mengangkat panggilan telefon dari saya, tentu urusan harian terhadap Puss akan terjaga. Saya sempat mencuri lihat ke arah Puss. Rasanya tadi, ia ada melambai kembali kepada saya.

Setelah selesai bersolat Zuhur dan mengirimkan salam sejahtera buat kedua-dua ibu bapa saya, saya terus turun ke ruang tamu. Saya lihat, televisyen sudah terpasang dan sedang menyiarkan rancangan Wonderpet.

Saya hampir terdudukkan Puss yang sedang berbaring kekenyangan di atas alat kawalan televisyen yang berada di atas sofa empuk saya. Nasib baik sofa saya berwarna kelabu.

"Apa yang penting?"

"Meow meow!" Puss mengeow kembali ke arah Linny, ketua geng Wonderpet itu.

"Good woman." Ujar saya sambil mengusap kepala Puss. Saya mengambil tempat di sebelahnya. Kurang dari sepuluh saat, saya terbangun kembali kerana seperti merasakan, ada sesuatu benda tajam menusuk ke arah punggung saya. Puss hanya memerhatikan gelagat saya itu sambil mengibaskan ekornya penuh tenang.

"Laa, kenapa makan ayam kat sini? Pinggan kat dapur ada empat biji, pakai jela satu. Nanti aku basuhlah. Hish!" Saya meninggikan suara ke arah Puss setelah terlihat ada cebisan tulang ayam di atas sofa empuk berwarna kelabu milik saya itu.

Saya tak marah. Saya betul betul tak marah. Tapi saya boleh lihat, ada mutiara jernih yang bertakung di kedua dua kelopak mata Puss. Kemudian Puss bangun lalu berlari ke tingkat atas.

"Eh alamak, merajuk pulak! Hish kau ni, Harith! Orang mengandung mana boleh marah marah. Sensitif!" Saya menepuk kepala saya dengan kuat. Setelah itu, saya tepuk lagi kepala saya kerana Puss itu seekor kucing, bukannya manusia.

'So what, Puss pun ada perasaan.' Perang saya di dalam hati sendiri. Hati saya masih berdolak-dalik sama ada mahu mengejar Puss lalu meminta maaf atau membiarkan Puss reda sendiri sahaja.

"Ah! Sejak bila aku selfish ni. Puss!! Pergi mana??" Setelah hampir dua jam saya berperang dengan diri sendiri, saya akhirnya mengalah dan terus berlari ke arah tangga.

"Eh! Puss!"

--

Pagi itu, saya lihat Puss masih membelai keempat-empat ekor anaknya di dalam kotak Chillindo yang saya hadiahkan kepadanya malam tadi.

Kepada bos besar, saya telah maklumkan bahawa saya mengambil cuti kecemasan. Saya katakan, yang isteri saya sedang sakit beranak. Bos besar hanya mengiyakan sahaja. Dari hujung talian, saya tahu bos besar sedang main candy crush guna komputer kerana saya terdengar bunyi 'Delicious' yang sungguh kuat, terang dan jelas serta berulang kali.

"Anak kita comel comel ya?" Entah mengapa saya berasa sungguh bangga melihat situasi ini. Rasa macam jadi seorang bapa sebenar!

Puss mengeow kecil sambil menggeselkan kepalanya pada tangan saya. Saya mengusap bawah dagu Puss lalu kepalanya terangkat kepada saya. Secara tiba-tiba, anak mata saya mengunci pergerakkan anak mata milik Puss.

Kami berdua terpaku dengan keadaan itu.

"Sambutlah cintaku duhai sayaaaannngggg." Deringan telefon bimbit saya di atas katil menyedarkan saya ke dunia nyata. Puss tertunduk malu manakala saya pula menggosok gosok belakang tengkuk, terasa aneh.

"Ha wassalam. Three B!"

Saya melontarkan pandangan ke arah Puss.

"Puss kat aku. Puss la. Kucing oren kau."

Jeda seketika.

"Apesal ni? Pikap aku depan rumah." Saya terus mematikan telefon dan membuka baju di hadapan Puss.

"Eh janganlah pandang." Saya tersengih melihatkan kedua kedua belah pipi gebu Puss yang mula memerah seakan buah ceri.

"Macam manusia betul kau ni. Rasa macam nak kahwin je. Kahkah." Saya mula menukar seluar pendek saya ke seluar tiga suku. Tidak ke mana pun, Three B hanya mengajak lepak di mamak. Treat on me katanya.

"Ak! Ak Krak! Meowww!" Saya yang membelakangi Puss terperanjat mendengarkan suara Puss yang seakan tercekik tu.

"Ehh apahal pulak ni! Alamak woi ko pengsan kee?" Saya berasa sungguh panik berhadapan dengan situasi itu. Mata Puss terpejam rapat sambil mulutnya sedikit ternganga.

"Nak aku buat CPR ke camne ni? Alamak aih."

"Eh tak payah!" Saya berpusing ke belakang. Rasanya tadi ada suara halus perempuan berkatakan "eh tak payah" kepada saya.

"Fak. Siapa seh? Takkan Mia masuk rumah aku tak inform. Obsesi sial minah ni."

"Siapa Mia?"

Sah! Ada perempuan di rumah saya! Nasib baik saya sudah pakai baju.

"Woi Mia, keluarlah gila. Japgi Three B sampai, mati aku dia call pejabat agama. Woi mana kau?!" Saya bangun membelakangi kotak Puss sambil mengasah kekuda. Bersedia untuk menyerang Mia yang sungguh obses dengan Izwan itu. Gila punya anak dara, stalk anak teruna orang sampai ke rumah.

"Ini sayalah, baby."

Suara tadi saya amati betul betul.

"Meow. Ni sayalah, Puss!"

Perlahan lahan saya berpusing ke belakang.

"Meoww. Hai, Harith."

Yang saya nampak, bukan Mia. Tapi seekor kucing berwarna oren bernama Puss sedang kenyit mata pada saya. Saya tergamam.























Saya rasa saya dah gila.

Story Pendek #2 Where stories live. Discover now