Dunia Ni Ujian Je...

287 27 0
                                    

"Semua nikmat yang Allah ber ini ujian je. Bila-bila masa je Allah boleh tarik..."

    Kata-kata tu masih lagi terngiang-ngiang dalam otak aku walaupun benda tu telah bertahun-tahun berlalu. Benda cliché kot waktu zaman budak-budak aku.

    Tiap-tiap hari kena dengar tazkirah akak angkat aku je. Jemu rasanya. Mana taknya. Budak-budak mana pernah rasa syok dengar benda-benda Ilmiah ni. Lainlah kalau budak tu duduk dalam keluarga yang environment dia macam beragama tu mungkin lain sikit kot. Aku ni pun bukannya budak alim sangat.

    Aku nak keluar dari rumah, nak lari mana? Aku dulu budak loner. Tak suka nak bergaul dengan orang. Buat aku feeling tak insecure. So, memang aku takde kawanlah walaupun dah banyak kali akak aku ajak buat kawan.

    Best friend aku dulu sorang je. Akak angkat aku.

   Mana-mana je mesti aku ada dengan akak angkat aku. Walaupun aku jemu dengar benda-benda Ilmiah ni, aku masih lagi rasa yang akak aku ni satu-satu je orang yang boleh aku percayai selain daripada keluarga aku.

   Sampai satu hari ni, Allah memang uji aku.

  Allah tarik nyawa dia... Satu-satunya orang yang aku gelarkan dia sebagai 'akak'.

Allah tarik nyawa dia tepi aku. Allah tarik nyawa dia lepas dia buka puasa. Allah tarik nyawa dia waktu hari Jumaat. Allah tarik nyawa dia waktu dia sembahyang berjemaah.

   Allahuakbar...

   Alangkah mulianya akak aku ni sampai dia mati dalam keadaan macam tu...

  Tapi sejak hari tu, aku rasa sedih. Nak makan, tak lalu. Nak tidur, tak lena. Nasib baik aku mandi. Kronik dah aku kalau mandi pun tak nak.

   Sampai satu masa ni, tiba-tiba Allah tergerakkan hati aku untuk capai Al-Quran akak aku. Waktu aku memegangnya, Al-Quran tu dah mula berhabuk sikit sebab dah lama tak disentuh oleh tuannya.

    Satu persatu aku cuba untuk melancarkan ayat-ayat suci Allah dan memahami setiap maksud ayat-ayat tersebut sampai aku ternampak ayat 185 surah Ali'-Imran:-

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan..."

Then, aku baca ayat seterusnya:-

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan..."

   Sejak aku baca ayat tu, aku sedar yang dunia ni hanyalah sebuah tempat untuk Allah uji kita dan Allah akan hitung amalan kita di akhirat nanti.


Usrah Time!Where stories live. Discover now