Percayalah Pada Allah (Version 2.0)

222 13 0
                                    

    Pada suatu hari, Ustaz aku tengah mengajar tentang something... Aku betul-betul lupa tapi apa yang aku ingat ialah ia ada kaitan dengan mengharap kat Allah sahaja dalam membuat sesuatu perkara. Ustaz aku ni memang suka sangat berceloteh, tapi tu apa yang kita suka kat Ustaz kita sebab bila dia mengajar, dia mesti selitkan cerita dan kata-kata lucu.

"Meh, Ustaz nak habaq satu cerita ni..."

Kita pun apa lagi... Pasang telingalah jawabnya.

    Peristiwa ini berlaku di Amerika Syarikat. Kisah ini merupakan orang Malaysia yang bekeja di Ameriak Syarikat. Dia mempunyai akhlak yang sangat bagus akhlaknya.

    Suatu hari ni, perempuan ni nak balik ke rumah di tempat kerjanya. Kebetulan waktu dia on the way nak balik, dia jumpa satu lorong terpencil yang gelap dan jarang dilalu oleh orang. Disebabkan berasa sangat letih, dia memutuskan untuk berjalan pulang ke lorong itu.

    Waktu dia lalu tu, perempuan tu ternampak ada seorang lelaki bersandar pada dinding di lorong tersebut. Perempuan tu rasa sangat gelisah. Dia berfikir nak lari, tapi nak lari kat mana? Nak patah balik, jenuh dia nak pergi long way. So, dia pun berdoa kat Allah dan memohon kepada-Nya untuk melindungi perempuan itu daripada lelaki tersebut. Dia juga membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan supaya Allah menjaga dia di saat itu.

    Waktu dia lalu di tempat lelaki itu bersandar, perempuan tu sempat menoleh dan mengecam muka lelaki itu. Lelaki itu pun memandang dia dengan perasaan gerun. Namun begitu, perempuan itu keluar dari lorong tersebut dan mengucap syukur sebab lelaki itu tidak mengapa-apakan perempuan tersebut.

   Keesokan harinya, ketika dia membaca akhbar, dia mendapat tahu bahawa seorang wanita dirogol oleh seorang lelaki di tempat yang dilaluinya semalam, selang sepuluh minit selepas dia melalui di lorong itu. Perempuan itu yakin yang lelaki yang merogol perempuan itu merupakan lelaki yang sama dengan lelaki yang dia ternampak semalam.

    Disebabkan dia berasa tanggungjawab, dia pun pergi ke balai polis dan membuat aduan kepada pihak polis tersebut. Perempuan ini mengenal pastian ciri-ciri lelaki tersebut dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat menangkap lelaki tersebut.

    Tapi perempuan ni juga hairan kenapa lelaki tu tak jadikan dia mangsa waktu dia lalu lorong itu padahal dia keseorangan pada masa itu. Perempuan tersebut nak tahu sangat sebabnya. Dia berjumpa dengan lelaki tersebut dengan kebenaran pihak polis sebelum dia dimasukkan dalam penjara.

   Wanita itu pun tanya kepada lelaki itu, "Why don't you do anything on me on that night even though you know that I'm alone?"

   Lelaki itu menjawab, "No, you were not alone. That night, I saw you walk between two strong men. If you were alone, of course you will be my victim."

    Perempuan tersebut berasa terkejut apabila dengar penjelasan lelaki itu. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memelihara dia malam itu. Mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL OF THE STORY

    Kita sebagai hamba Allah perlu menurut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sesungguhnya, Allah akan memberi bantuan kepada hamba-Nya yang memerlukan-Nya

    Seperti dalam cerita ini, perempuan ini menurut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya misalnya menutup aurat dan seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan dalam Islam. Apabila perempuan itu meminta pertolongan daripada Allah untuk menjaganya daripada gangguan lelaki tersebut, Allah menurunkan dua orang lelaki yang dipercayai bahawa lelaki tersebut adalah malaikat.

    Percayalah bahawa Allah akan menolong hamba-Nya yang sentiasa meminta kepada-Nya.

Usrah Time!Where stories live. Discover now