Park Jimin atau lebih dikenali sebagai Jimin sudah siap menunggu pembantunya iaitu Kim Seok di muka pintu.Beg yang disisi dipandang berulang kali.
Rasanya tak ada apa-apa lagi yang tertinggal.Selalunya appa yang akan kesana untuk urusan syarikat ni.
Tetapi kali ni Jimin pulak terpaksa yang pergi.Awal-awal lagi appanya sudah berpesan supaya selesaikan masalah syarikat.
"Omma dah cakap dengan Mak Cik Hyun kamu.Agaknya dia dah kemaskan bilik kamu kat sana."
Jimin memandang wajah ommanya yang begitu tenang.Puan Park memang begitu,sentiasa tenang walaupun anak-anaknya selalu menguji kesabarannya.
Alangkah bestnya kalau aku dapat isteri yang perangainya sebijik macam omma,desis hati Jimin.
"Tapi hari itu omma kata rumah tu sudah ada orang sewa," tanya Jimin yang inginkan kepastian.
"Itu omma dah pesan dengan Mak Cik Hyun kamu supaya jangan kacau bilik utama.Diorang sewa bilik yang lain.Itulah sebabnya omma tak nak orang yang dah berkeluarga duduk situ nanti mana Mak Cik Hyun kamu nak tinggal," kata Puan Park sambil memandang anaknya yang sudah terpacak depan pintu.
"Buat kerja tu elok-elok,omma tau kamu tak minat tapi ni perniagaan kita.Silap hari bulan,boleh papa kedana kalau kita tak selesaikan masalah tu.Dah sampai call omma tau," bebel Puan Park lagi.
Jimin hanya mendiamkan diri sambil mengingati rumah yang terletak di Ulsan itu.Rumah banglo setingkat yang mempunyai enam bilik tidur.
Disitulah mereka adik beradik dibesarkan.Rumah banglo yang dibina di atas tanah lot itu memang penuh dengan suasana kekampungan.Disekelilingnya ditumbuhi pokok buah-buahan.
Selepas business appanya meningkat maju sehingga mendapat jawatan CEO,mereka tidak lagi tinggal dekat situ.Selama ni hidup Jimin dihabiskan dengan bersuka ria sahaja.Lepas je menamatkan Master dalam bidang perniagaan,Jimin tak mahu datang ke pejabat.
Sudah berkali-kali Puan Park menasihatinya sampai berbuih mulut tapi bagaikan mencurah air di daun keladi.Pagi-pagi lagi dia sudah keluar berjoging,selepas tu ada jer alasan nak keluar dengan kawan-kawan.
Hampir setiap malam dia akan menemani kawan-kawan melepak ataupun menemani Jennie makan malam.
Jennie merupakan gadis kelahiran Korea yang berhijrah ke New Zealend kerana ayahnya membuka kilang disitu.Pada mulanya gadis ini berat untuk meninggalkan New Zealend yang menjadi tempat berhibur,Namun ayahnya Tuan Kim berkeras tidak mahu meninggalkan anaknya sendirian.
Tuan Kim tidak mahu anaknya leka dengan kehidupan disana.Tuan Kim tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi.Appa dan omma Jennie adalah kawan baik kepada Puan Park dan Tuan Park.
Jimin tersengih sendiri.Jennie ialah gadis yang paling rapat dengannya sejak dari zaman sekolah lagi.
"Hallu Jimin kenapa kamu ni tesengih macam kerang busuk jer?," tanya Puan Park sambil menepuk bahu Jimin.
"Kamu teringatkan Jennie eh? Dah cakap dengan Jennie yang kamu nak pergi Ulsan? "
"Eh mana ada omma...Alah dia bukan kesah pun."
Puan Park hanya menggeleng.Tidak setuju dengan kata-kata anaknya itu.
"Tak ada apa-apa eh? Dari tadi omma tengok asyik berkepit jer.Omma nak pinang kamu tak nak." bebel Puan Park.
"Kamu jangan nak buat hal ya dah bawak anak dara orang kesana kemari lepas tu kamu kawin dengan orang lain" bebel Puan Park lagi.
Sempat lagi Jimin menutup telinganya bukan dia tak tahu kalau omma dah membebel sampai keesok pon takkan habis.
YOU ARE READING
Suamiku Si Tuan Rumah
Fanfic"Awak katalah apa pun...awak kena ingat keluarga awak belum tentu dapat terima saya Jimin.Awak tau kan apa syarat appa saya?"-Mijoo "Omma nak kamu teruskan perkahwinan kamu dengan Jennie jugak.Dia gadis baik Min.Keluarga diorang pun dah lama kenal k...