Ini merupakan teori yang baru timbul hasil daripada pakar penyelidik. Teori ini menyatakan otak berfungsi seperti processor desktop/laptop anda. Sekiranya panas, ke'efisyen'an processor akan menurun sama juga sekiranya dibandingkan dengan otak kita.
Disebabkan otak kepanasan, maka ia menghantar signal ke badan supaya menguap untuk menyejukkan otak kita. Teori ini disertakan dengan kajian eksperimen dimana subjek telah di uji untuk bernafas melalui hidung @ meletakkan paket sejuk dan panas di dahi mereka (ia adalah cara untuk menyejukkan/memanaskan otak anda).
Bernafas melalui hidung akan menyejukkan kapilari darah yang bersambung dengan otak (seperti rediator enjin). Sekiranya kita bernafas melalui mulut, kapilari darah yang bertugas untuk menyejukkan otak tidak akan dapat disejukkan.
Oleh kerana itu lah kita menguap. Jadi apa lah kaitan otak panas dan otak sejuk? Otak dingin mampu berfikir dengan lebih jelas, maka menguap mampu membantu kita untuk berfikir dengan lebih jelas.
So, kalau anda tidak suka menguap, cubalah untuk sentiasa bernafas menggunakan hidung. Anda pasti akan perasan perubahan nya~
Persoalan yang seterusnya adalah, kenapa terjadi apabila kita menguap, kawan @ orang disekeliling juga ikut menguap? Yang menariknya, walaupun semua vertebrata menguap tetapi hanya golongan manusia, chipanzi, dan juga kemungkinan anjing mendapati yang menguap ini boleh berjangkit.
Didalam suatu kajian, para penyelidik mendapati bahawa 'menguap berjangkit' ini berkait rapat dengan sifat empati seseorang itu.
Empathy Yawn; para penyelidik membandingkan pesakit autistik dan tidak autistik. (Autistik adalah suatu sindrom gangguan otak dimana pesakit mempunyai masalah dalam berkomunikasi dan bersosial).
Di dalam kajian tersebut, kedua-dua jenis kumpulan pesakit ini telah di pertontonkan dengan video orang-orang yang sedang menguap dan yang sedang menggerakkan mulut mereka.
Didapati bahawa kedua-dua kumpulan ini menguap dengan kiraan yang sama banyak apabila dipertontonkan dengan video orang menggerakkan mulut mereka tetapi kumpulan yang bukan autistik telah menguap dengan lebih kerap semasa melihat video orang menguap secara benar berbanding dengan kumpulan autistik.
Kajian tersebut membuktikan bahawa pesakit yang tidak autistik mempunyai sifat empati yang lebih tinggi berbanding pesakit autistik. Semakin serius pesakit itu dengan penyakit autistik nya, semakin kurang ia menguap.
So, its still be misteri nusantara.
++++++
