ᴄ ʜ ᴀ ᴘ ᴛ ᴇ ʀ ⁰ ²

134 32 1
                                    

C H A P T E R : 0 2

Reader's

Taehyung membawa gadis yang berada diatas bahunya dengan berhati-hati. Dia mengikuti langkah Seulgi yang berada dihadapannya. Laluan rumah yang bagaikan istana itu disusuri mereka tanpa ragu-ragu.

Setibanya saja di sebuah pintu berwarna hitam, Seulgi mengetuk terlebih dahulu. Setelah mendapat kebenaran masuk, barulah dia menguak luas pintu.

Taehyung dan Seulgi melangkah masuk kedalam ruangan bilik yang gelap itu. Semua langsir disitu dilabuhkan tirainya tanpa membenarkan cahaya bulan menembus masuk.

Seulgi menuju kearah lelaki yang sedang duduk menghadap bara api yang menyala sederhana itu. Manakala Taehyung pula meletakkan gadis dibahunya itu disebuah katil yang disediakan. Dia menarik selimut lalu menutupi tubuh Yura.

" kami dah bawakan cik Yura. " kata Seulgi dia masih berdiri tegak. Dia tak mahu berlama disitu. Dia dan Taehyung masih ada kerja yang perlu dibuat.

Well, kerja sebagai pengurus hamba bukanlah mudah.

" bagus. " balas lelaki yang itu. Ada segaris senyuman diwajahnya. Penantiannya selama ini akhirnya sudah pun tiba. Sesungguhnya inilah perkara yang gembira buatnya.

" kami pergi dulu. Ada hal yang perlu diuruskan. " Seulgi memberi kata akhir.

" baik. "

" um, satu lagi.. " kata Seulgi tiba-tiba. Lelaki itu mengangkat keningnya tinggi.

" kau tahu kan syarat-syarat nya? Tolong jangan buat kerja gila. " Seulgi seolah-olah memberi amaran. Bukannya dia tak tahu yang lelaki itu kadang-kadang tidak mampu mengawal sisi hitamnya. Kalau perkara itu terjadi, buruk padahnya.

" ye. Aku tahulah semua tu. " ucapnya malas.

" aku pegang kata-kata kau, "

Seulgi menundukkan kepalanya kepada lelaki itu sebelum berlalu pergi bersama Taehyung. Sempat lagi Taehyung tersenyum sinis sebelum keluar dari tempat itu.

Setelah pintu ditutup rapat, lelaki berpakaian serba hitam itu terus bangun dari kedudukannya. Kakinya melangkah kearah Yura. Gadis itu masih tidak sedarkan diri akibat daripada jampi serapah yang Seulgi berikan tadi. Semuanya kerana tidak mahu Yura bertindak agresif.

" finally, ada jugak manusia yang akan berada disisi aku. " ucapnya dengan kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poketnya. Dia mengamati wajah mulus gadis itu dengan teliti.

" jadi, kau lah generasi ke-12 yang disebut-sebutkan tu? Hmm.. " lelaki itu berkata sendiri. Wajahnya didekatkan lagi dengan wajah Yura. Matanya tertancap pada rambut gadis itu. Dan tak semena dahinya berkerut. Tangan kanannya menyentuh helaian rambut ikal Yura.

" basah? " dia menarik semula tangannya lalu mencium jemarinya. Bau yang terlekat di jarinya diamati betul-betul.

" air hujan. " ucapnya pendek. Otaknya mula memproses sesuatu. Dengan pantas, dia membuka selimut yang menutupi badan Yura.

Matanya terus membuntang. Cadar katilnya sudahpun basah lencun itu direnungnya. Bibirnya diketap geram. Nafas berat dihembuskan.

" tak guna punya Taehyung. " dia memicit pelipisnya. Sungguh dia geram dengan Taehyung yang sengaja membaringkan gadis itu dikatilnya walaupun dia tahu badan Yura basah lencun.

Siap dengan selimut bagai. Sudahlah dia baru saja ganti cadarnya dengan cadar yang baru. Limited edition pula tu.

Fvck you Taetae.

Lelaki itu bingung. Mahu saja dia tolak tubuh Yura biar jatuh kebawah tapi dia tak sampai hati.

Kalau dia sedarkan Yura pula, masalah besar akan timbul.

Rambutnya dikusutkan. Apa yang perlu dia lakukan?

°•°•°

" berat betul perempuan ni. Argh! " Kai menjerit kecil setelah mencampak tubuh Yura diatas katil bersaiz sederhana itu. Bahunya diurut kasar. Semuanya gara-gara dia terpaksa mengangkut Yura pergi ke bilik lain.

" hahaha " gelak tawa Sejeong membuatkan Kai merenungnya tajam. Terus dia lepaskan urutan dibahunya.

" bilik abang dengan bilik dia bukannya jauh sangat pun. Ni Sejeong tengok dah macam kena bawak Gokji pulak. Yura ni pun takdelah gemuk. Hahaha. " kata Sejeong, masih lagi dalam gelak tawanya.

Kai hanya diam walaupun hatinya menggerutu panas dengan sikap adiknya itu. Sepatutnya dia tak perlu mengurut didepan Sejeong yang sifatnya memang begitu.

" ahem, sekarang abang nak Sejeong buat sesuatu. "

Terus tawa Sejeong terhenti. Dahinya berkerut.

Menyesal pula dia ejek Kai.

" Sejeong malas. Suruhlah Tae. " ucap Sejeong berdalih. Memang kalau bab-bab buat kerja ni tolong jangan ajak dia.

Sebut saja nama Taehyung, hati Kai semakin panas.

" k bye! " Sejeong melambai Kai sebelum berlari laju kearah pintu.

Namun, lariannya itu tak kesampaian apabila Kai dengan sepantas kilat sudah berada betul-betul di hadapan Sejeong.

" KYAA!! KAIII-AHH! "

PAP!!

Tapak tangan Sejeong mendarat pada pipi Kai. Kai menggulingkan bola matanya.

" padan muka! " balas Sejeong lalu merengus geram. Sungguh dia menyampah dengan perangai Kai yang selalu muncul didepannya macam tadi secara tiba-tiba.

Tahulah dia sorang je ada kuasa tu tapi perlukah buat begituu?

" help me. " kata Kai. Wajah Sejeong dipandang dengan harapan.

" tsk. Yelah-yelah. Apa dia? " nak tak nak, Sejeong akhirnya mengalah. Kalau dengan Kai, memang dia takkan menang.

Setelah mendapat balasan dari Sejeong, Kai terus menarik tangan gadis itu menuju ke katil. Sejeong memandang Kai dengan tanda tanya.

" tolong, tukarkan baju dia. "

" what?! " mata Sejeong membuntang. Ini memang kerja gila.

" tak nak! Abang lah buat sendiri lagipun dia bukannya sedar pun. " Sejeong membantah. Belum pernah lagi abangnya suruh buat kerja segila ini.

" dia ni perempuan. Takkan abang pula nak kena buat? "

Terus Sejeong terkedu. Betul juga apa yang Kai katakan. Kalau Kai yang lakukan, itu lagi gila. Lagipun memang mustahillah Kai yang egois tu nak buat.

" hm, okey. "

" bagus. "

" baju dia mana? "

" baju? " dahi Kai berkerut. Setahu dia, tiada pula Seulgi bawa semua tu.

" hm, guna baju Sejeong dululah. "

Sejeong mula tersenyum lebar.

°•°•°
tbc.

+ edited.

Vampkisses | Kai [ 16+ ]Where stories live. Discover now