BAB 1

10.1K 186 11
                                    

Bebelan Puan Rohana sering membuat dia lemah. Helina Sofea yang sedang menyuap kueh teow ke dalam mulut dan mengunyah sambil memandang ke arah ayahnya, Encik Sofi.

Encik Sofi mengangkat bahunya. Tanda tiada kudrat dah nak pertahankan. Satu saja topik bebelannya boleh bersambung macam drama. Entah sekarang, dah keberapa kali dia membebel tentang anak daranya yang sudah lama menjadi penganggur. Kalau tanam anggur dapatlah juga hasil. Ni penganggur? Apa hasilnya?

" Sampai bila engko nak jadi macam ni helina? Tengok anak puan siti tu, anak anak dia dah ada kerja tetap. Pakai kereta pun mewah-mewah." Tangannya masih ralit mengemas rak makan, tangan buat kerja, mulut pun ikut sekali.

Helina Sofea mengeluh lemah. Bukan dia tak nak bekerja tapi, apalah setakat keputusan SPM miliknya ni sampai nak bawa cari makan dekat Kuala Lumpur. Lainlah anak mak siti tu, dorang otak cerdik.

" Bukan helina tak nak mak. Result Helina ni, cukup cukup makan je. Lagi pun takutlah nak duduk bandar, banyak kes kidnap ni mak" Menjuihkan bibirnya.

" Takda siapa nak kidnap kidnap kau lah kat sana. Dah tua bangka. Ok macamni, kalau bulan depan engko masih tak cari kerja, mak kahwinkan kau dengan si azmi pekak tu. itu gamaknya kau nak?"

" Ish mak ni. Yela yela, orang usahakan. Tak habis habis ugut kahwin dengan azmi pekak." Memuncungkan bibirnya. Si azmi pekak tu kalau dia nampak je muka Helina Sofea, nak terkeluar mata dia menengok.

Haziq Safiey, adik bongsu Helina Sofea giat mentertawakannya. Encik Sofi juga, setiap hari ada je anak perempuannya menjawab kalau dibebel. Tapi telatah mereka sentiasa menghiburkan hatinya.

Helina Sofea menjegilkan matanya ke arah Haziq Safiey yang sedang berada dihadapannya. Aku tonyoh kau macam sambal belacan kang baru kau tahu.

__________

Encik Sofi yang sedang ralit membaca surat khabar di atas sofa antik tersentak dengan cuitan Helina Sofea. Dilihat anak gadisnya yang bercardingan labuh serta tudung bawal. Entah nak kemana.

" Ha nak apa cuit cuit ayah ni? Kacau je orang nak baca suratkhabar."

Helina Sofea yang tersengih sengih macam nangka busuk. Ada lah tu yang dia nak. Faham sangat dia dengan perangai anak gadisnya ni.

" Ha takda takda. Nak pinjam motor lah tu kan?"

Helina Sofea mengebil gebilkan matanya.

" Ayah please. Bantulah anakmu yang lemah ni. Ayah boleh lah eh eh"

Cair dia dengan pujuk rayu Helina Sofea. Tak bagi nanti merajuk. Bukan kedekut, tapi haritu berapa ratus melayang dekat bengkel din sardin sebab baiki motor capuk tu. Helina Sofea ni kalau dah meracing, tak hati hati.

" Ok ok, tapi dengan syarat"

Bibirnya ada manyak senyum tapi ada syarat wajahnya sayu kembali.

" Syarat apa pula ayah?"

" Bawa hati-hati. Jangan nak over sangat meracing. Kang accident lagi, habis bernanah telinga helina ayah sumbat dengan kunci motor."

" Uish. Boleh boss! Helina bawa hati hati. Terima kasih ayah! " Digapainya kunci motor dari tangan Encik Sofi dan berlari anak menuruni anak tangga lalu menstart enjin motor dan berlalu pergi.

Puan Rohana yang sedang menyapu halaman rumah hanya sempat melihat gerangan yang menunggang motosikal. Anak bertuah!

" Hey budak ni. Nanti dok buat kalut mak pak. Degil. keras kepala" leternya sambil menyapu halaman rumah. Dalam leterannya tu, masa Helina Sofea accident dialah paling risau. Nak tercabut segala organ dalam badan. Airmata kalau disambut masa tu penuh dah satu baldi agaknya.

Usianya kini sudah berginjak ke 19 tahun. tapi? habuk pun tara. Khuatir dia dengan perangai Helina Sofea yang liat sangat nak cari kerja. Apa lah sangat dia tunggu di kampung? Takda apa apa pun. Bila orang leter, ada je nak dia jawab.

_________

Motor yang ditunggangnya memarkir kemas di hadapan warung Pak Hassan. Aida Nasuha anak kepada empunya warung merangkap sahabat baik nya dari kecil. Hingga sekarang keserasian mereka sukar nak dikata. Tapi Aida Nasuha seorang yang rajin.

Aida Nasuha yang terlihat kelibat Helina Sofea yang baru sahaja turun dari motor menapak masuk ke warung. Tangannya yang ralit meng lap meja terhenti dan menuju ke meja yang sudah diduduki Helina Sofea.

" Amboi, tak serik serik kau kan" lalu melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Helina Sofea.

" Apa yang tak serik?" Helina Sofea mengerut dahi.

" Bawa motor tulah" bibirnya dimuncungkan ke arah motor yang ditunggang oleh Helina Sofea tadi kini terparkir kemas di hadapan warung.

" Ayah aku kasi green light. aku jalan ler"

" Kau memang. Ha ada apa kau datang ni?"

" Aik datang pun tak boleh? Ni yang nak balik ni"

Aida Nasuha ketawa halus. Mengada ngada betul Helina Sofea ni!

" Eleh over. Takyah mengada lah kau"

Helina Sofea pun turut ketawa.

" Hm minggu depan aku nak gerak kl ah" sayu sedikit wajahnya.

" Ha? buat apa?"

" Cari kerja ler. nak tunggu apa kat kampung ni."

Aida Nasuha ketawa terbahak bahak mendengar Helina Sofea nak mencari kerja. Yang dia tahu, Helina Sofea ni paling malas nak kerja.

" Kau gelak apa. Ish!" dikerutnya dahi tanda dia marah.

" Serious kau nak kerja? Kau jangan main-main"

" Yela, mak aku dah membebel. Hari hari topik sama."

" Ha tula kau, dulu aku nasihat tak nak dengar. "

Helina Sofea menjuih bibir.

BISMILLAH FOR MY FIRST WRITING. HOPE YOU GUYS LIKE IT. MUCH LOVE ♥

MR.TENGKU & GADIS KAMPUNGWhere stories live. Discover now