" Yen. " panggil tablemate YanLi iaitu Hwang Heera.
" Apa? " tanya YanLi.
--
Li YanLi.Cold-hearted is she. Muka dia akan tegang sepanjang masa. Tiada siapa pernah nampak dia senyum atau tersenyum. Cuma satu kali iaitu Heera, dia pernah nampak senyuman YanLi yang amat menawan. Sayangnya senyuman menawan itu tidak digunakan. Heera tu kawan baik dia, walaupun dia memang jarang tunjukkan sayangnya pada Heera, Heera tahu dia seorang yang penyayang. Keluarga dia kaya tapi dia tak tunjuk tapi semua orang tau dia kaya. Cuma Heera yang tahu tentang YanLi. Iyalah, sudah bersama 12 tahun. Heera pun apa kurangnya, kaya dan bijak. Sekarang diorang duduk di gred-11 (form5) di kelas pertama. 5-1A dan YanLi ialah pelajar terbaik dan pelajar contoh sekolah tinggi itu. Dia mendapat gelaran itu sejak sekolah rendah. Oleh itu, ramai yang kata YanLi seorang yang sombong. Heera pun pandai dan sentiasa dapat tempat kedua. Diorang berdua ni belajar sesama, sentiasa. Sweetkan?
--
" Karangan Bahasa Cina kau belum hantar. " jawab Heera. Heera ketua kelas ni. Pada awalnya, YanLi di tawar menjadi class monitor tapi dia tidak mahu, cikgu pun serahkanlah jawatan itu kepada Heera.
" Aku lupa. Sorry. " jawabnya ringkas dan mengeluarkan buku tulis Bahasa Cina dari beg sekolahnya dan serahkan kepada Heera.
" Wah, Karangan Bahasa Cina kau sentiasa jadi No 1. " puji Heera. Dia hebat bahasa cina sebab mama dia orang cina dan papa dia asal Korea.
YanLi hanya pandang tingkah Heera yang sedang membaca karangannya.
" Kau boleh temankan aku? " tanya Heera meminta teman hantar buku karangan ke bilik guru.
YanLi hanya pandang dia tanpa cakap apa-apa.
" Hmm? Beratlah " Heera cemberut comel sikit turut menambah alasan.
" Mana ada berat. " cakap YanLi sambil matanya menjeling sedikit kearah buku karangan yang berada di meja guru.
" Tolonglah aku. " Heera giveup. Dia minta tolong kali ni dengan muka blank.
YanLi pandang Heera sekali lagi sambil tangannya mengetuk-getuk meja. Tolong pun kau kena fikir 24 jam ke?
" Jumlah~ " jawabnya malas manakala Heera gembira. YanLi ni jarang nak keluar, asyik terperap dalam kelas. Tulah Heera ajak dia.
" Kau angkat ni, aku angkat ni. " cakap Heera tersenyum tawan. Senyumannya mampu membuat semua tewas termasuk perempuan kecuali YanLi.
Eh,
Bukan maksud perempuan tu nak lesbian pulak, tapi diorang cemburu dengan muka cantik tanpa cacat cela dan baik pula tu. Habang mana tak suka?
--
" Yan, kau pergi rumah aku atau aku pergi rumah kau? " tanya Heera semasa mereka sedang jalan ke arah pintu gerbang sekolah. Waktu sekolah sudah tamat pada pukul 1:30 tengah hari.
" Rumah kaulah. " jawab YanLi.
" Yeah! " cakap dengan sedikit tinggi.
" Ikut aku terus atau kau balik dulu? " tanya Heera lagi sebab kekadang diorang main ikut terus.
" Aku dah bagitau mama kalau pergi rumah kau, aku ikut kau terus. " jawab YanLi. Baru hari ni dia dapat jawapan panjang lebar.
Biasanya dia dengar tu masa diorang tengah belajar bersama saja.
" Okay! " jawab Heera dan langsung memeluk tangan kanan YanLi.
YanLi hanya perhati je muka Heera ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
You | laikuanlin (hiatus)
RandomPerasaan benci dan ingin membalas dendam YanLi kepada KuanLin membuak bila KuanLin wujud di hidupnya dan merampas segalanya. Persoalannya. Adakah perasaan benci YanLi dapat diubat dengan kebaikan LaiKuanLin? Laikuanlin Malayfanfic