NERD pt.1

319 20 3
                                    

Your POV

"Woi! Jangan kacau dia lah!" Aku menjerit pada dua orang lelaki yang sedang membuli budak 'nerd'. Namanya ialah Kang Daniel. Sejujurnya aku tak tahu kenapa aku selalu tolong dia.  Mungkin sebab dia rakan sekelas aku?

Ketua pembuli itu sempat menjeling padaku lalu menolak Daniel dengan sengaja dan menyebabkan dia terjatuh. Aku pergi membantu Daniel. Ini pertama kali aku melihat mukanya dengan jelas. Aku memandang dia tetapi dia hanya menunduk dan tidak memandangku.

"Daniel, awak ok? - (Y/n)

" Ya. Terima kasih y/n -Daniel

Aku menarik lengannya untuk membantu dia bangun. Aku tidak tahu kenapa jantungku berdegup kencang. Budak nerd yang selalu menundukkan kepala, membaca buku ketika waktu rehat, selalu dibuli sebenarnya sangat handsome! Ini pertama kali aku mempunyai perasaan sebegitu. Aku sebenarnya seorang yang tidak mahukan boyfriend kerana aku rasa ianya membuang masa dan mereka hanya sukakan kita kerana 'rupa'.
Sebelum Daniel pergi, dia kelihatan seperti sedang mencari sesuatu. Kemudian aku ternampak sebuah buku dan aku segera mencapainya. Ketika aku mahu mengambil buku itu, Daniel secara tidak sengaja tersentuh tanganku. Dia segera menarik tanganya dan menundukkan wajahnya. Tanpa melengahkan masa aku memberi buku itu kepadanya. Aku melihat wajahnya sekali lagi dan pipinya kelihatan merah tetapi aku tidak berkata apa-apa. Dia tunduk hormat tanda terima kasih (sekali lagi) dan beredar dari situ.

End of your POV

~

Daniel's POV

Dua orang lelaki dengan sengaja membuli aku seperti selalu. Aku tidak berkata apa-apa dan hanya membiarkan mereka meneruskannya. Sebab kalau aku cuba lawan balik, keadaan akan jadi lagi teruk.
Tiba-tiba aku terdengar jeritan yang familiar. Aku pandang ke arah suara itu. Ianya (y/n). Dah lama aku ada crush on her. Kalau aku cakap yang aku suka pada dia, confirm dia tolak. Yelh, aku kan budak nerd..

Nampaknya y/n cuba tolong aku. Ish Malunya.. Perempuan selamatkan lelaki? Siapa yang tak malu..

Kemudian dua orang lelaki itu berhenti membuli aku. Tetapi selepas itu, ketua pembuli itu menolak aku dengan sengaja. Aku terjatuh..

"Ahh" Aku hanya mengeluarkan 'ah' tapi hanya aku saja yang dengar. 

Y/n datang ke arahku. Dia memandang aku tapi aku tunduk, memandang lantai. Kalau aku pandang balik, confirm pipi aku merah.
Kemudian dia berkata

"Daniel, awak ok? "

Aku hanya membalas
"Ya, terima kasih y/n."

Itu sahaja perkataan yang keluar daripada mulut aku. Kemudian baru aku sedar bahawa y/n sedang cuba menarik lenganku. Aku bangun dan sebelum aku melarikan diri, aku mencari buku yang kelihatan tak ada padaku.
Selepas beberapa saat, akhirnya aku terjumpa buku itu. Aku mencapainya dengan cepat. Aku terkejut kerana aku terpegang tangan y/n

Aaaaaaaaaaaaaaa! Aku menelan air liur ku dan aku tahu bahawa pipi aku mesti merah macam tomato. Aku cepat2 mengambil buku itu yang dan sebelum aku lari daripada situ, aku  tunduk hormat pada y/n  dan beredar.

End of Daniel's POV

SKIP~~~

Your POV

Sekolah tamat awal pada hari ini bagiku. Aku pergi ke arah locker ku untuk mengambil beg sekolah. Aku berjalan kaki untuk balik ke rumah seperti selalu.
Memandangkan perjalanan dari sekolah hingga ke rumah mengambil masa yang lama iaitu 15 minit, aku mengambil earphone yang telah bersambung dengan mp3 untuk mendengar lagu kegemaranku.

Ketika dalam perjalanan, aku teringat Daniel. Kejadian yang berlaku di sekolah tadi tiba-tiba sahaja muncul di dalam fikiranku.

"Ish, tetiba je aku teringat si Daniel.. Tapi kan, selalunya aku senang lupa kalau ada kejadian macam ni. Hmm.. Kenapa dia blushing? Ke aku yang salah pandang?"

Sambil aku berfikir, aku ternampak seorang lelaki sedang bermain bola keranjang. Dia kelihatan sado dan bergaya. Aku mencuri-curi pandang mukanya tetapi gagal.

"Macam pernah nampak je mamat ni.. Siapa eh? Macam budak sekolah aku je."

Kemudian lelaki itu menuju ke arahku. Oh, bolanya bergolek ke sini. Ketika dia berjaya mengambil bolanya, dia berdiri dan wajahnya berubah setelah melihat aku.  Aku terkejut malah lelaki itu juga terkejut. Dia hanya terhenti dan terpaku di situ.

Ianya...
....

"D.. Daniel? " - y/n

[Bersambung]

Hi semua! Apa pendapat korang tentang cerita yang author tulis ni? Best? Bosan? Author nak tau jadi jangan jadi silent reader okay! Nanti author update part 2 ;)

Kang Daniel Malay Imagines Where stories live. Discover now