14/9 Wednesday,
"Mak minta maaf sebab tak dapat sambut hari lahir kamu semalam kerana terlalu sibuk"
"Dia dah besar. Membazir je sambut"
Kata-kata ibunya, yonghyun telah dipotong oleh encik Kim, suaminya.
Lelaki itu memandang ayahnya apabila kata-kata tersebut diluahkan. Lantas dia mengambil beg sekolahnya tanpa menghabiskan sekeping roti lalu pergi sendirian ke sekolah pada pagi pagi buta.
Dia fikir dia ada kunci pagar sekolah agaknya.
Ibu dan ayahnya seharus ke kerja seawal 6 suku pagi. Boleh dikatakan sibuk kerana mereka pulang pada lewat 10 malam.
Sebab itulah anaknya perangai serupa syaiton nirrojim kerana kurang diberi perhatian sejak kecil lagi.
------
5:45 am
Dia merenung ke arah pagar sekolah.
"....."
Tiada orang mahupun si pengetua yang kuat makan itu yang tiba di sekolah.
"....."
Sungguh awkward.
Sebuah cahaya datang dari arah hujung.
Semakin dekat dengannya. Bulu roma Yonghyun ternaik. Nasib tak terkencing dalam seluar.
Nanti siapa nak cebokkan.
Tin Tin!
Pak guard rupanya hon hon kejadah pagi-pagi buta ni.
Cahaya itu adalah lampu motosikal milik pak guard, pakcik Kasim.
Eyh Kasim ni kang! Buat si yonghyuntakretiinsaf tu takut je.
Actually Yonghyun ni boleh dikatakan pengecut. Sebab itulah dia mengambil jalan yang salah untuk jaga dirinya.
Dengan membuli orang agar pelajar yang lain gerun akannya.
Sengal bukan? Tapi tiada siapa tahu pasal ini.
Kerana semua juga boleh dikatakan sengal seperti dia kerana percaya bulat-bulat.
"Apa kau buat pagi-pagi buta ni?"
Pak Kasim memandang pelik ke arah muka Yonghyun. Dari tadi tengok-tengok dekat belakang Yonghyun.
"Tak buat apa apa. Diri je"
Malas nak layan Kasim ni sebenarnya. Gila agaknya pandang Yonghyun macam perempuan seksi.
Setua-tua pakcik Kasim, dia tetap 'lelaki'.
Tapi kali ni dia pandang lain macam.
"Pak Kasam, dahla, nyampah tengok pak Kasam pandang saya macam tu"
Dia cuba menerangkan luahan hatinya apabila melihat muka si Kasim ni seperti mintak kuali edition nenek dia.
"Kenapa kawan kau tu diri tercegat tepi pagar tu?"
"Apa ni pak Kasam. Saya sorang je lah"
Si Yonghyun ni macam takde perasaan pulak.
"Ber---"
Sebelum si Kasim tu menyebut, Yonghyun dah pecut dulu.
Nampak bukan cara dia? Berwajah malas layan pada mulanya walaupun sudah tahu apa yang si pak guard tu maksudkan dan pecut dahulu pada masa yang tepat.
--------
Pada masa rehat, semua berpusu-pusu ke kafe.
Kecuali mereka berdua, si Pekasam dan Yongsepet di bilik pengetua.
"Betul tuan pengetua! Saya tak tipu saya nampak--"
Kata-kata pak guard itu tersangkut apabila Yonghyun memandang tajam ke arahnya. Pandangan itu bermaksud agar jangan sebut perwatakan lembaga tadi.
Tuan pengetua sekadar senyap dan menunggu sambungan ayat pekerjanya.
"Saya tak terlibat, boleh saya keluar?"
Lalu Yonghyun keluar begitu sahaja tanpa menunggu arahan pengetua.
"Dia dah pecut dulu macam mana nak nampak"
Si Kasim tu menjeling ke arahnya.
"Ok, Kasim, kamu pun dipersilakan keluar. Banyak lagi kerja saya nak buat daripada dengar kata kata kamu tu"
Pakcik Kasim mengejar Yonghyun dari belakang setibanya dia keluar dari pejabat.
Tangannya menyentuh bahu lelaki muda itu.
"Kenapa cakap macam tu dengan pengetua? Kau kan terlibat. Kacau pakcik nak cakap je"
"Malas"
Dia menjawab sepatah perkataan.
"Pakcik akan beritahu kawan kawan kamu bahwa kamu ni pengecut"
Dia menjengketkan kening sebelahnya.
Yonghyun terhenti daripada melangkah ke kaunter makanan.
"Tak, tapi semua sekali satu sekolah pakcik akan beri---"
PAPP!
Dia menumbuk muka si tua itu sebelum pakcik Kasim sempat menghabiskan ayatnya.
Semua pelajar di kafe memandang ke arah mereka. Maka situasi di kafe yang riuh rendah menjadi sunyi sepi.
Geng gelap gelita bersorak di bahagian meja makan. Manakala semua pelajar tidak berani membuka mulut.
--------
PAK!
Rotan cikgu Jacob dihempas ke mejanya.
"Yang ni sudah melampau! Ni dah lebih dah ni! Extra betul!"
Yonghyun diri tercegat menunduk ke bawah.
"Esok kamu dah mula digantung sekolah selama sebulan. Hahahaha muka Yonghyun Kim akan lenyap selama sebulan hoho. I like"
Si biskut menjengketkan kening sebelahnya. Masyaalloh.
------
Setibanya loceng dibunyikan. Semua pelajar terpusu-pusu pulang ke rumah.
"Hari ni last aku sekolah, aku nak duit dia!"
Dia menunjuk ke arah si mangsa semalam.
Geng kurafat dia semua menyerang mangsa tersebut.
"Astaghfirullah beg aku! Beg aku dah tak suci lagi!"
Begnya dirampas kali kedua oleh geng munafik tersebut..
"RM10 je? Kesian"
Lalu salah seorang ahlinya mencampakkan beg itu ke rumput.
"Kau curi duit orang , mak bapak tak bagi duit ke? Lagi kesian!"
Mangsa itu meninggikan suara dengan reaksi muka derp dia Masyaalloh.
Lalu geng kurafat itu melarikan diri.
Si mangsa memandang ke arah ketua sekutu sekutu munafik tersebut.
"Apa pandang aku?"
Yonghyun membuat muka seposen ke arahnya.
"Kau tunggu kau! Aku bultaoreune rumah kau!"
Dia melepaskan geramnya dengan membuat muka lebih tidak laku daripada seposen oleh Yonghyun tadi.
Tetapi kata kata itu diendahkan oleh lelaki tersebut.
Kesian.
Kesian tidak dilayan.
Sungguh kesian.
Yonghyun beredar begitu sahaja dengan muka inesen dia.
"......."
.
YOU ARE READING
Little Girl | yonghyun
FanfictionIn which he suddenly feel the loves came out to the 5 years old little girl that he wants to kidnape. [ I'm dedicated this story for H:our especially Echo ] [ 100% my own idea ]