Aku Aina. Nur Aina Maisara. Aku 17 tahun. Dan seorang gadis yang paling bencikan lelaki. Dan aku dah tak percayakan lelaki yang bernama Tengku Iskandar Zulkarnain. Lelaki yang telah membuat aku berubah daripada happy go lucky ke 'ice girl'.
Berbalik pada cerita
[Aina Pov]
Jam didinding terus berdetak ah~kk lupakan. Aku yang dengar jam loceng berbunyi terus mendengus. Malasnya nak bangun! Huwaa!! 😭 waktu aku baru nak tutup mata balik.. Wah.. Leganya dapat sambung tido.. Tapi.. "Aina! Bangun! Jangan nak ngada ngada sambung tido! Harini hari pertama sekolah! Cepat!" Suara mama bergema diluar bilikku. Ya Allah.. Aku rasa cermin rumah aku dah retak dah dowh!"Ye ma.. Aina dah bangun dah.. " itu saja yang diperkatakan pada mama aku. Dengan segera aku bangun. Dan berlari masuk ke bilik air bersama handphone. Dalam bilik air sambil aku mandi sambil aku terpekik dalam bilik air bersama sama handphoneku. Hoho
Selesai berkaroke dalam bilik air aku keluar untuk bersiap. Sewaktu aku bersiap, aku tetiba terpandang satu laci yang sudah lama aku tak bukak. Langkahku perlahan membuka laci tersebut. Tak semena mena air mataku mengalir dengan laju.
Aku rindukan dia! Aku sangat sangat rindukan dia! Tapi kenapa dia tipu aku?! Kenapa?! Aku melihat gambar yang aku potostat dari handphone ke print. Masa tu aku darjah satu. Comel sangat. Waktu darjah satu jugaklah aku dengan Iskandar couple.. Pelikkan? Org darjah satu belajar ABC tapi kitaorg bercinta. Tapi tu dulu. Aku sekarang benci dia! Aku benci!
Setelah aku berdrama dalam bilik. Aku turun ke bawah untuk sarapan. "Morning ma!" aku terus memeluk belakang badan mama ku dan berpura pura happy.
Inilah aku.. Banyak kesedihan yang aku alami. Tapi aku akan sedaya upaya untuk senyum. Sebab aku tau. Seteruk teruk kisah aku, ramai lagi yang lagi teruk derita dari aku. Tapi mereka kuatkan jugak. So apa salahnya aku pon join pura happy right?
"Morning little princess.. Jom sarapan?" soal mamaku lembut. Aku pon terus berlari ke meja makan dan terus makan. Mama aku pon join makan sekali.
"Papa mana ma?" "Kerjalah apa lagi" haih.. Aku mmg dari dulu tak cukup kasih seorang ayah. Kerja ayah berlambak. Sampai waktu cuti pon sepatutnya balik kampung, mandi manda but no.. Waktu cuti hanyalah masa untuk mereput dalam bilik. Sebab tu aku lagi sayangkan kawan aku.
Aku sayang mereka sangat sangat. Kalau boleh aku tak nak kami terpisah 1 saat pon. Mereka yang bagi aku kebahagiaan. Ajar aku erti bahagia. Erti kawan. Dan sebab tu lah aku sukakan hari sekolah. Jumpa mereka melupakan kesemua kesedihan yang aku alami. Semua kenangan pahit aku.
Tapi! Satu masalah jika datang sekolah. Haih... Aku dengan iskandar satu sekolah. Jadi tetiap hari aku terserempak ngan dia. Dan aku takut aku takleh kawal diri aku dari mengamuk. K berbalik pada cerita.
Selesai makan. Aku terus menyalami mak aku dan keluar untuk menaiki bas. Ya aku naik bas. Agak Best lah... Tapi banyak kali tak dapat tempat duduk. Sadis hidup. Sampai sekolah aku cari kawan kawan aku.
Setelah aku jumpa diorang terus saja aku memeluk diorang... Rindunya pada diorang tak terkata. Aku ada empat org kawan. Tasha, Akma, Dania dan juga Ainun. Malangnya Ainun tahun ni dah pindah. Tolong bersimpati. 😂
Setelah buat drama melepaskan rindu dengan diorang. Kami terus pergi ke ke papan yang tertulis nama dan kelas baru masing masing. And yeah.. Sama macam dulu. Akma kelas pertama. Aku, Tasha dan Dania kelas kedua. Dan yang paling teruknya! Iskandar sama kelas ngan aku weyh! Korg faham tak perasaannya? Korg sama kelas dengan org yang paling kau benci! BENCI!
Haih.. Nasib lah.. Tasha dan Dania menenangkan aku. Terus kami ke barisan kelas. Selepas pengetua membebel kami dibenarkan masuk ke kelas masing masing. Aku, Tasha dan Dania duduk di 3 meja berderet. Cikgu pon masuk ke kelas.
"Okay semua! Selamat pagi.. " "Selamat pagi cikgu"
"Harini cikgu nak kamu semua bangun.. Dan beratur di depan kelas.. Cikgu nak ubah tempat duduk"kata cikgu Katleen tenang.
"Hah?!"
YOU ARE READING
Suamiku, First Love Ku?!
Teen FictionNur Aina Maisarah, seorang gadis yang tidak mempercayai cinta lagi selepas ditipu hidup hidup oleh kekasihnya, Tengku Iskandar Zulkarnain. Tengku Iskandar Zulkarnain pula merupakan seorang lelaki tampan yang berubah menjadi playboy antarabangsa. Hah...