| Bab 1 |

160 8 0
                                    

Berkaca mata bulat. Dikategorikan 'berisi' dan berwajah bulat. Rambut pendek menyerlahkan lagi badannya yang sedikit 'besar' itu.

Walaupun selalu di ejek sebagai gempal, badak dan lain-lain. Dia tetap ada kawan yang sentiasa memahaminya.

Alyana dan Naufal. Mereka berkawan sejak sekolah rendah lagi. Masuk sekolah menengah sama-sama, sentiasa bermain bersama, kongsi masalah bersama dan bersama menempuhi hidup yang penuh cabaran ini.

Kawan sejati lah katakan. Haha.

Alyana dan Sofia berkawan sejak tadika lagi. Walaupun pernah berlainan kelas, perkata itu tidak sedikit pun menggoyahkan hubungan persahabatan mereka.

Naufal sentiasa melindungi Sofia jikalau dibuli dan Alyana sentiasa memberi semangat serta menenangkan Sofia.

Sofia gembira mempunyai sahabat yang memahami dirinya. Dia sayang akan sahabatnya.

Sofia berharap hubungan ini akan kekal sampai bila-bila. Dia akan kekalkannya.

☆☆☆

"E'eh, tengoklah. Tu bukan ke Sofia si Gempal?" Seorang gadis menegurnya dengan penuh gaya dan muka yang menjengkelkan. Fikir Sofia.

Dia cuba mengendahkannya dan teruskan berjalan. Dia ingin menuju ke kantin kerana perutnya berbunyi minta di isi. Dia tidak sempat menjamah sedikit pun makanan dirumah kerana dia bangun lewat.

"Sofia." Sofia memandang kebelakang. "Gempal! Hahahah!" Gelak tawa itu disambut oleh rakan-rakan gadis itu. Dia memandang kehadapan semula dan menundukkan kepalanya. Walaupun dia sudah biasa dipanggil begitu tetapi dia berasa amat malu dengan dirinya sendiri.

Dia mula mengangkat kakinya perlahan. Sofia ternampak kaki seseorang dihadapannya. Dia berhenti dan menoleh. Sofia mengerutkan dahinya. Dia tertanya-tanya siapakah jejaka dihdapannya ini?

Dia tidak pernah melihat wajahnya sebelum ini. Mungkin murid baharu?

"Awak tak apa-apa?" Dia menegur Sofia lembut. Sofia tersentak. 'Macam kenal je mamat ni,' desis hati Sofia.

"Kenapa korang ejek dia? Dia tak buat salah pun kan?" Jejaka itu cuba mempertahankan Sofia. Dia melangkah ke belakang Sofia. Sofia ikut menoleh. Jejaka itu betul-betul berdiri dihadapan Sofia. Dia mula rasa terharu.

Selama ini tidak ada sesiapapun yang cuba menolong atau mempertahankan dirinya selain Alyana dan Naufal.

"Apa kau nak hah? Ni bukan urusan kau pun!" Kata si gadis pembuli itu.

"Tapi dia tak kacau kau pun kan?" Balas 'hero' dihadapan Sofia.

"Dia kacau pemandangan indah aku, kau tau apa?" Kawan-kawan si gadis pembuli itu tergelak kecil. "Kau pertahankan dia dh kenapa? Dia bini kau ke?" Sambungnya lagi.

"Tak tapi..." kata si 'hero' perlahan. "Aku..." dia memusingkan badannya menghadap Sofia. Tangannya dia masukkan kedalam poket seluar.

Si gadis pembuli dan kawan-kawannya menghampiri. Si 'hero' mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

"A-aku... Nak kenakan si Gempal ni! Hahahaha!" Jerit si jejaka sambil menabur tepung didalam plastik yang di ambilnya tadi. Tindakannya di ikuti oleh si gadis pembuli dengan kawan-kawannya.

Badan Sofia penuh dengan tepung. Pelajar lain hanya memandang dengan wajah simpati, ada juga yang ketawa melihat keadaan Sofia.

Sofia menutup mukanya. Dia berasa amat malu. Dia di malukan dengan sangat teruk dari sebelumnya. Dia berlari menuju ke arah tandas sekolaj.

"Wehh! Kau nak robohkan sekolah ni ke woi!" Kata sekumpulan pelajar yang tidak dikenali. Air matanya bergenang. Dia meneruskan langkah tanpa memperdulikan mereka semua.

"Terbaik lah kau punya idea Ryan. Menyampah betul aku tengok muka dia tu hari-hari kat sekolah," kata si gadis pembuli.

"Hahaha. Ryan, biasalah. Lagipun dia memang layak kena macam tu," kata Ryan angkuh..

"Naufal, tadi tu.. Bukan ke...?"

"Sofia!!"

☆☆☆

Sofia membasuh mukanya. Dia memandang cermin lama.

Rambutnya masih putih dengan tepung begitu juga dengan baju sekolahnya.

Sofia menarik nafas perlahan.

"Apa salah aku?" Kata Sofia perlahan. Dia menahan air matanya.

Tak. Jangan keluar. Aku kena kuat. Aku mesti kuat! Semua ni pasti ada hikmah.

Sofia memberi semangat pada dirinya sendiri. Dia masuk kedalam bilik persalinan dan duduk sendirian.
Dia memeluk lututnya erat.

"Sofia..." seseorang menegur Sofia di sebalik pintu bilik persalinan. Dia bedebar-debar. Cukuplah untuk hari ni. Cukuplah!

Sofia menutup matanya rapat.

The Chain : Sofia Harith Where stories live. Discover now