BAB 29

27.1K 1K 7
                                    

ISTANBUL,TURKI

Sedar tak sedar,sudah dua hari mereka berada di Turki.Selama dua hari ini,sudah banyak yang tempat mereka lawati dan hari ini mereka akan menyambung semula pengembaraan bulan madu mereka di bumi Islam ini.

Keluar saja dari hotel,mereka terus bersarapan di restoran halal berhampiran.Nasib baik ada kedai makan yang dekat dengan hotel mereka.Senang kalau mereka rasa lapar tengah malam,keluar je hotel dan jalan kaki dalam beberapa langkah saja.Dah sampai ke restoran halal tersebut.Sedap pun sedap makanannya.

Selepas makan,mereka menaiki teksi untuk pergi dan dalam masa setengah jam perjalanan dari hotel mereka,
akhirnya mereka tiba di Haghia Sofia.

Haghia Sofia pada asalnya merupakan sebuah gereja.Namun ketika Sultan Muhammed ke 11 iaitu Sultan Al-Fatih menawan Constantinople,beliau menjadikan Haghia Sofia sebagai sebuah masjid.Dan Sultan Al-Fatih ini sendiri yang telah mengimamkan solat di masjid ini.

Aurell kagum dengan keindahan seni bina masjid ini.Walaupun dulunya masjid ini sebuah gereja,namun kini telah menjadi masjid sebagai tempat penyatuan umat-umat Islam di Istanbul ini.

Tapi pada tahun 1934,tiada lagi umat Islam yang mendirikan solat di sini kerana masjid ini telah ditukar menjadi sebuah muzium.

"Subhanallah,cantiknyaa.." spontan mulutnya memuji.Tak semena-mena air matanya bertakung kerana terlalu kagum dengan tempat ini.Tak sangka tempat di mana dulunya kaum kafir sering datang ke sini telah berubah menjadi sebuah masjid yang begitu indah ciptaannya.Tempat di mana umat Islam menunaikan solat dengan berimamkan Sultan Muhammad Al-Fatih.

"Awak tahu macam mana Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menakluk Byzantium? "

Aurell menoleh memandang Riyadh yang tiba-tiba saja muncul di sebelahnya.Dia menggeleng kepala.

"Dulu Constantinople ni ibu negara Byzantium.Dulu kota ni memang terkenal sebagai kota yang paling kuat sebab dikelilingi dengan benteng batu tebal setinggi 10 meter.Dari atas benteng tu,pejuang Constantiople ni boleh serang sesiapa saja yang melalui kawasan tu.

Tapi Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya ni tak gentar langsung.Dia berani mati syahid menentang tentera dari Constantinople untuk memperjuangkan Islam.Dan akhirnya,Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menakluk Constantinople dan serta merta beliau mengarahkan untuk gereja Haghia Sofia ni,ditukar menjadi masjid,tempat umat Islam mendekatkan diri kepada Allah",

Aurell mengangguk faham.Banyak jugak yang Riyadh tahu pasal masjid ni.

" Awak tahu apa yang saya belajar dari peristiwa penaklukan Constantinople dan pertukaran gereja Haghia Sofia kepada masjid?"

"Apa yang awak belajar?" soal Aurell ingin tahu.

Riyadh menoleh memandang isterinya.

"Walau apa saja asal usul dan tujuan masjid dibina,itu semua tak menghalang umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah.Macam dulu masjid ni dibina sebagai gereja dan bukanlah sebagai rumah Allah.Tapi tu tak menghalang umat Islam pada zaman Uthmaniah dulu untuk beribadat kepada Allah.

Sama jugak macam perkahwinan.
Masjid biasanya melambangkan sesebuah perkahwinan.Tak kiralah perkahwinan tu dibina pada awalnya atas tujuan apa pun,atas dasar cinta atau tak tapi kalau masjid yang dibina ni ikhlas kerana Allah dan kita tak berhenti berjuang,tak mustahil satu hari nanti kita akan memperoleh kebahagiaan",

Aurell terdiam.Kata-kata Riyadh memang membuatkan lidahnya kelu.Dia tak menafikan kata-kata Riyadh kerana apa yang dikatakan itu semuanya betul.Macam tak percaya pun ada lelaki yang selama ini tegang saja wajahnya,boleh berkata-kata sebegini.Kagum!

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now