1

78 3 1
                                    

Suasana riuh-rendah di pasar malam membingitkan telinga mak cik Jeha, namun dihiraukan saja.Dia melangkah gontai mengharungi ribuan manusia  yang membanjiri kawasan pasar malam.Penat dia berjalan akhirnya dia tiba di sebuah gerai yang menjual jagung.Dia meluru terus ke gerai tersebut.

"Jagung bakar dua bang"Mak Cik Jeha meninggikan sedikit suaranya bagi mengatasi suasana hingar-bingar di pasar malam.Penjual Jagung itu segera memasukkan dua tongkol jagung bakar ke dalam beg plastik. Ketika mak cik Jeha hendak membayar harga jagung itu dia terpandang dua susuk tubuh bersama seorang bayi yang didukung oleh salah seorang daripada kanak-kanak itu.Wajah mereka kelihatan begitu sayu.Perasaan belas kasihan bertandang di hatinya.
      Mak cik Jeha terus menapak ke arah kanak-kanak tersebut.
"Mana mak ayah anak -anak?knp duduk sini?"soal mak cik Jeha mengambil berat.Pandangan budak perempuan tersebut tertumpu pada jagung yg dijinjing oleh mak cik Jeha.

         "Anak suka ke?"soal mak Jeha sambil menghulurkan Jagung di tangannya.Tanpa menjawab budak perempuan itu
terus melarikan diri bersama bayi yang dikendong nya.
                  
                    *******    
"Omar mesti lapar kan?kakak mintak maaf tk dapat bagi Omar makan,nanti kita cari makanan ya."Lirih Baiduri.Kolam matanya bergenang air.Beberapa titis air jernih mengalir di pipinya.Pantas dia mendakap tubuh kecil Omar.Dia mengesat air mata dengan belakang tangan.Baiduri tersedar yang adiknya tiada di sisi.Dia menoleh mencari-cari kelibat Afiq di sekeliling perhentian bas itu.
"Eh,Mana Afiq ?"Baiduri mula risau
"Afiq!Afiq!"Laung baiduri namun masih tidak berjawab.Baiduri seakan-akan mendengar ranting dipijak,pantas dia menoleh.Air matanya terus berjujuh.tidak semena-mena dia berlari mendapatkan Afiq.Tubuh adik nya dipeluk erat.
       "A.....af...Afiq pergi mana?"soal baiduri teresak-esak.perlahan-lahan dia melepaskan pelukan.Matanya terpaku pada jagung y dijinjit oleh Afiq.
          "Afiq dpt mana jagung ni?"soalnya hairan
                        *******
"Ibu nak jagung."pinta baiduri
"Tak boleh lah syg,ibu takda duit"Pujuk Pn.Ida
"Alah,ibu nk jagung,nak jagung"baiduri manarik baju ibunya, meronta-ronta meminta jagung y di idamkan
    "Maaflah Bai,duit ni cukup-cukup je untuk beli susu adik kamu , Omar.Jom teman ibu beli susu untuk Omar"
    "X nak arh....ibu pergi lah sorang-sorang.ibu lagi sayang Omar berbanding Bai"tolak baiduri dgn penuh kasar.
                   *******
Suasana malam sunyi sepi.Bunyi cengkerik silih berganti.Baiduri mengorak langkah ke bilik puan Ida.Perlahan Lahan dia membuka pintu kemudian mengambil RM10 dari beg duit wanita buta yang sedang nyenyak tidur pada ketika itu.Peluh berhujung didahinya ,sesekali dia menyeka peluh itu.
"Hey, dapat pun"bisiknya sendiri bimbang kehadirannya disedari oleh puan Ida. Usai memasukkan duit itu ke kocek seluar.Dia berjengket-jengket keluar.
Hatinya tertawa gembira
     Puan Ida menyeka air matanya dengan lembut.sedih! dengan apa yang baru didengarinya.
                   *******

                        Bersambung

Kerna Aku Rindu IbuWhere stories live. Discover now