"Anak?anak okey?"mak cik Jeha mengawankan tangannya di hadapan wajah budak kecil itu.
Baiduri tersentak daripada lamunannya. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang mengalir di pipinya tanpa disedari.
" Aa...apa?"soal Baiduri perlahan
"Kenapa anak menangis? anak Ada masalah ke?"tanya mak cik Jeha dengan lembut. Soalan makcik Jeha dibiarkan tidak berjawab. Pandangannya jatuh kepada Afiq yang sedang dibuai mimpi ,kepala Omar pula diusap lembut.
"Comelnya baby ni ?nama siapa?"Makcik Jeha menghulurkan tangannya untuk mengambil Omar yang berada di pangkuan Baiduri.Baiduri mengeratkan pelukannya terhadap Omar, dia menjauhkan dirinya sedikit daripada makcik Jeha. Perasaan takut menyelubungi dirinya.
" Oo....mar"jawab Baiduri perlahan
" Yang tengah tidur tu pulak?" tanya lagi
"Afiq" Jawabnya laju"Kamu ?nama siapa?"
*******
Encik Hisyam berlalu pergi ke bilik anaknya .Sejak tengah hari tadi dia masih tidak nampak batang hidung Baiduri. Pintu bilik dikuak perlahan. Dia menjenguk kepala .Dilihat Baiduri sedang nyenyak tidur.
"Bai, bangun Bai , tak elok tidur petang-petang ni "bahu Baiduri ditepuk lembut.
"Baiduri."Panggil Encik Hisyam lagi. Panggilan itu tidak dihiraukan oleh Baiduri. Lantas Encik Hisyam terus menarik bahu Baiduri perlahan-lahan.
"Ya Allah Bai Kenapa muka berbintik merah?" Terperanjat Encik Hisyam.
" Eh tak ada apa lah ayah, sikit je ni"
" Ni Kenapa ni Cuba cerita kat ayah muka dah teruk Bai boleh kata sikit?"kata Encik Hisyam mengeraskan suaranya.
" Tak tadi Bai cuma makan ketam je."
Ma....kan ketam? Dapat mana? Ibu bagi ke?"bertubi tubi soalan dilontarkan oleh Encik Hisyam dengan penuh risau.
"Tadi Mak Leha hantar "Jawab Baiduri terbatuk-batuk."Ibu tak halang Bai makan ke? Nada Encik Hisyam kini mula berubah.
" Ish.... Ayah dengar dulu Bai nak cerita ."kata baiduri meninggikan sedikit suaranya.********
Pintu bilik dihempas kuat .Di lihat isterinya Puan Ida sedang melipat kain. Geram! entah berapa tinggi amarah yang sedang ditahan dirinya ketika itu.
"Eh Abang kenapa ni ada masalah kat tempat kerja ke ?"puan Ida terkapai-kapai bangun berusaha untuk mendapatkan suaminya.
"Kau tanya kenapa? eh Sepatutnya aku yang tanya kau ,Kau dah buat apa dengan aku hah?"soal Encik Hisham menahan geram.
Tangan isterinya yang tadi berada di pergelangan tangannya ditepis. Dia menggenggam kedua-dua buku limanya.
Tidak dapat ditahan air matanya Puan Ida terus menangis apabila telinganya menangkap kata-kata yang dilontarkan oleh Encik Hisyam
Puan Ida terkejut dengan tindakan drastik Encik Hisyam yang tiba-tiba menengkingnya.
"Apa Ida dah buat dengan anak kita?"sayu suara Puan Ida
"Hrmmm..... Soalan bodoh Apa yang kau tanya?"
Dekat siapa Ida dah buat Afiq? Omar?
" Anak akulah baiduri , kau bagi dia makan ketam? Ida Kau tahu kan dia tu ellegic ketam. Walaupun dia makan sikit pon ,effect dia teruk nanti. Lagipun kalau dia sakit ,Siapa nak tanggung ?kau ingat aku ada duit ke nak bayar .Kerja nelayan tu apalah sangat."Encik Hisyam tidak dapat mengawal dirinya ketika itu.
" Ayah dahlah tu ibu tak salah. Bai yang nak makan . Ibu tak tahu apa-apa pun pasal .Bai yang curi-curi makan."
Sampuk Baiduri yang muncul tiba-tiba. Matanya Merah Menahan tangisan.
Encik Hisyam tergamam. Perasaan marah masih tersisa di dalam dirinya. Dia mencari anak mata Baiduri. Ditenung lama wajah anaknya itu.Encik Hisyam melepaskan buku limanya pada pintu bilik itu. Pada pintu bilik itu. Geram! andai dia tahu bukan salah isterinya tidak perlu dia melulu memarahi pasangannya itu.
Dia berlalu pergi kerana tidak sanggup untuk memarahi anaknya."Ibu..." Baiduri berlari mendapatkan ibunya. Tangisan wanita buta itu masih lagi kedengaran di telinganya.
"Bai minta maaf sangat-sangat. Bai yang salah. Bai tak dengar cakap ibu' jangan makan ketam'.Bai makan juga.Bai curi-curi makan waktu ibu solat tadi."Air jernih mengalir deras dipipinya.Puan Ida perlahan-lahan melepaskan pelukan. Baiduri tersentak.Lantas ibunya melangkah keluar meninggalkannya seorang diri. Air matanya dibiarkan tanpa diseka. Perasaan bersalah bergelumang dalam dirinya.
"Bai... bangun Bai...."Baiduri merasakan tubuhnya ditepuk lembut. Perlahan-lahan baiduri membuka kelopak matanya. Pipinya terasa basah.
Wajah makcik Jeha pertama sekali menjengah Indera matanya.
"Baiduri bangunlah pergi mandi, nanti kita makan sama-sama ya." kata Makcik Jeha.
*******Bersambung