Terbalik

6 1 0
                                    

Kau tahu?
Ada satu masa
Semua jadi terbalik.
Entah kenapa ia terjadi.

Kau belajar.
Tapi hati kau nak bekerja.
Bebas dari penjara peraturan.
Tiada lagi peperiksaan yang mendebarkan.

Shhh...
Aku faham itu semua.
Kau masih berdarah muda.
Explore itu yang kau suka.

Bila dah bekerja.
Kau ada komitmen.
Kalau dulu, kerja tak siap...
Hanya kena rotan.
Tapi dunia pekerjaan...
Ianya bukan sesuci itu.

Kau akan kena pecat...
Kerja baru mesti kau cari.
Kalau tak...
Tak hidup kau nanti.

Jadi...
Kau buat dulu apa yang kau sepatutnya buat pada umur kau sekarang.
Pendamkan dulu keinginan kau...
Kelak bila ianya tiba...
Nikmatilah ia sepuas-puasnya.

Sebab apa...
Bila belajar.... kau mahu bekerja.
Kan?
Tapi bila bekerja...
Kau mahu menjadi bayi semula.
Tiada masalah yang perlu dihadap.
Semuanya orang lain yang buat untuk kau.

Haih...
Entahlah..

Re-writeWhere stories live. Discover now