Sifat penyabar

66 0 0
                                    

Selepas hadiri kelas semalam, aku pergilah TBS beli tiket. Bukannya tak nak beli tiket secara atas talian tapi hari tu saja nak duduk dahulu di TBS sambil makan tengah hari. Lama sikit baru turun eskalator beli tiket.

Di depan aku, ada dua pelancong membeli tiket bas ke Singapore. Macam mana boleh tahu, pandang saja skrin di kaunter pembelian tiket.

Orang belakang aku dah cekak pinggang, tak tahulah kepenatan berdiri atau mengeluh dengan pelancong itu, yang urusan membeli tiket lama benar.

Tidak lama lepas itu, aku pula mengeluh. Tetapi  sekejap saja, sebab mataku mula terarah  kepada sebelah kanan kaunter.

Kesabaran kakak kaunter itu melayan seorang warga Bangladesh untuk beli tiket, dan bukan aku seorang saja melihat.

Orang yang barisan sebelah kanan aku pun melihat dan mula cekak pinggang. Berbalik situasi kakak kaunter tu, sampai dia pun tak tahu nak terang macam mana lagi dengan warga Bangladesh tu.

Akhirya, warga Bangladesh tu angguk saja. Tak tahu dia faham ataupun tidak, dan nampak raut wajah akak tu lega bersandarkan kerusi. Peluhnya dikesat.

"Okay Thank you." Suara pelancong yang beli tiket depan aku mula beredar, dan nasib baik beliau berbudi bahasa kata 'sorry' kepada kami.

Kisah ni bukanlah nak kecam warga Bangladesh tu tapi nak ceritakan kakak yang jual tiket tu. Itu baru seorang, macam mana dengan orang lain yang tiap-tiap hari mengadap.

#TBS
#TB

Kakak TBSWhere stories live. Discover now