Second Stage (Part 17)

885 6 0
                                    


Second Stage

Jay mengekori dari belakang dengan memandu perlahan sedikit supaya pemandu tersebut tidak perasaan bahawa keretanya diekori. Selepas keluar dari sebuah café yang berkelas tinggi, dorang berdua menaiki kereta yang diekori Jay sejak dari pagi tadi. Kereta tu dipandu sehingga sampai ke salah sebuah hotel terkemuka di KK, dan sering menjadi tumpuan para2 VIP .

Tut tut..

Tut. Tutt..

Jay menelefon Karen tepat pada pukul 12.30pm, waktu Karen untuk makan tengahari. Berpuluh2 kali Jay menghubungi Karen, tapi panggilan dia langsung tidak di jawab. Setengah jam selepas tu, Karen menghubungi Jay semula. Ketika Karen menghubungi Jay, dia baru saja keluar dari lobi hotel dan Jay sendiri melihat Karen keluar bersama seorang lelaki.

Tut.. tttut..

Tut.. tutt..

Jay membiarkan panggilan Karen tidak dijawab. Selepas beberapa kali Karen menghubungi dia, baru lah Jay menjawab panggilan tersebut.

" hi darl.. Sorry, makan tadi dengan kawan. My phone was in silent mode " kedengaran suaranya tercungap2 sebaik Jay mengangkat panggilan dia.

" ok, lunch dengan siapa tadi?" Jay berlagak tenang, bertanya seperti biasa.

" with my friends .. kami ramai2 tadi.. " kata Karen lagi sambil dia berjalan beriringan bersama seorang lelaki menuju ke kereta yang dorang naiki tadi.

" oh, kawan?.. ramai2.. ? " kata Jay lalu mematikan panggilan dan membuang telefon bimbitnya di tempat duduk penumpang.

Jay melangkah laju ke tempat Karen dan seorang lelaki yang diperhatikannya sejak pagi tadi. Dia tangkas memegang tangan Karen dengan kasar, sehingga Karen terpusing badannya menghadap Jay. Alangkah terkejutnya Karen bila melihat Jay betul2 berdiri di depannya sekarang.

Papp!!

Satu tamparan singgah di pipi Karen. Karen terkedu melihat tindakan Jay, dan lelaki di sebelahnya cuba maju untuk membalas perbuatan Jay yang menampar Karen. Jay pantas menangkap tangan lelaki tersebut yang ingin menumbuknya.

Pukk! puKkk Pukk!

Lelaki tu terjatuh di atas jalan kerana di tumbuk Jay beberapa kali. Saiz badan tidak menjadi masalah untuk Jay, kerana dia juga tinggi dan berbadan seperti seorang lelaki, dan juga merupakan seorang ahli sukan. Tambahan pula, jika kemarahan dia sudah diuji sedemikian, apa2 pun boleh berlaku tanpa di duga.

Jay melipat lengan baju kerjanya, dan menghayunkan tangannya kerana geram betul melihat lelaki tu. Tapi Jay di halang oleh Karen, Karen merayu supaya Jay berhenti memukul lelaki itu. Kemarahan Jay benar2 tercabar, Karen sendiri terkejut melihat perangai Jay yang buat pertama kalinya dia lihat. Sedikit ketakutan muncul apabila melihat Jay merenung tajam dorang berdua.

" you mess with wrong guy! " Jay masih menggenggam leher baju lelaki tu, dan sebelah tangannya masih menggenggam penumbuk yang ingin ditujukan pada muka lelaki tersebut, tetapi Karen merayu sambil tangannya berada di dada Jay.

Jay melepaskan kolar baju lelaki tu, lalu menolak kasar dia sehingga terundur ke belakang. Mulut lelaki tadi berdarah selepas di tumbuk Jay, matanya kelihatan bengkak sedikit. Karen cuba mendekati Jay dan cuba memeluk lengan Jay, tapi Jay menepis tangan Karen.

 " you!! I've been watching u since early morning!! " kata Jay dengan nada sangat marah. Belum pernah dia bercakap kasar dengan Karen, tapi kali ni..

" I can explain this Jay.. " Karen sambil menangis merayu minta Jay dengar penjelasan daripada dia.

" there's nothing you can explain Karen. You sepatutnya berada di office, bukan di sini!! You having breakfast with this guy, then check in for 2hours!!!! What for??!! " merah muka Jay menahan kemarahan. Berulang kali Jay menggenggam buku lima dia sambil memandang lelaki tu. Jay pantas melangkah mendapatkan lelaki tadi, dan menghayunkan tumbukannya di muka, dan di perut lelaki tu.

Forbidden Danger Love ( Sabahan Story )Where stories live. Discover now