👻3👻

28 10 2
                                    

Mereka semua terus berhenti berjalan menuju ke kelas apabila terdengar seorang penuntut perempuan telah menjerit.

"Jom kita lihat apa yang berlaku" kata Kenta.

Mereka semua pun terus ke bilik lukisan. Apabila mereka membuka pintu...

"Apa yang terjadi?" tanya Yong Guk.

"Tu.." kata perempuan itu sambil menunjuk dinding.

Mereka semua terus lihat dinding itu. Dinding itu bertulis dari darah. Mereka pun membaca apa yang ditulis di dinding itu.

"Mengapa kau tinggalkan aku berseorangan??! Aku akan cari kau dan bunuh kau!!! Sedialah!!"

"Seramnya" kata Hyun Bin.

"Jom kita ke kelas" kata Dong Han.

Mereka pun jalan ke kelas. Tetapi, jam sudah menunjukkan pukul 10:15 pagi. Apabila mereka masuk kelas...

Semua penuntut berkumpul di belakang kelas. Tae Hyun baru sahaja hendak bergerak satu langkah ke belakang, mereka tidak suruh Tae Hyun bergerak.

"Jangan bergerak!" kata seorang penuntut lelaki.

"Kenapa?" tanya Tae Hyun.

"Tu... "  Kata semua penuntut sambil menunjuk papan putih.

"Jangan bergerak, kalau kau bergerak, habis lah engkau, aku akan suruh kau ikut arahan ku"

Tae Hyun pun terkejut apabila melihat papan putih. Tiba-tiba, apa yang tertulis di papan putih itu sudah hilang.

Mereka semua pun duduk tempat masing-masing. Cikgu Han pun terus masuk dalam kelas mereka.

"Kenapa muka kamu semua ni pucat? Ada hantu kah?!" tanya Cikgu Han.

"Cikgu, papan putih tadi bertulis begini 'Jangan bergerak, kalau kau bergerak, habislah engkau, aku akan suruh awak ikut arahan ku'" kata seorang penuntut.

"Jangan peduli pasal tu, sekarang  buka buka, muka surat 107" kata Cikgu Han.

Mereka semua pun buka buku ke muka surat 107. Tiba - tiba, seorang penuntut dari kelas sebelah membuka kelas pintu mereka.

Penuntut itu membuka pintu dengan muka nya pucat macam dikejar oleh Hantu.

"Cikgu Han, Hye Rin telah bunuh diri!!!" kata penuntut itu.

"Bunuh diri?! Di mana?" tanya Cikgu Han dengan terkejut.

"Dekat bilik komputer, dia tadi bunuh diri dalam pukul 10" kata penuntut itu.

Cikgu Han pun terus keluar dari kelas mereka. Semua penuntut terus berasa takut.

"Jadinya, kisah ini adalah benar" kata Dong Han.

"Apa yang Sekuriti Kang kata itu adalah benar" kata Tae Hyun.

"Cerita itu dari dahulu sampai sekarang ni adalah benar dan banyak kali berlaku" kata Sang Gyun.

Tiba-tiba...

"Mana Jung Shin?" kata seorang penuntut itu.

Mereka semua pun terkejut apabila mereka dengar seorang penuntut daripada kelas mereka telah hilang.

Kemudian, papan putih mereka betulis lagi semula. Semua penuntut menejamkan mata mereka ketika melihat papan putih itu.

"Kamu dah dengar kan?! Seorang penuntut dari kelas sebelah telah bunuh diri?! Jadi, kalau mahu tahu bagaimana perkara ini berlaku, jumpa saya di atas bumubung pada pukul 5 pagi, 7 pagi, 10 pagi, 8 malam, 10 malam dan 12 tengah malam"

Kemudian, apa yang tertulis di papan putih mereka pun sudah hilang. Dong Han pun terus berdiri.

"Jangan ikut apa yang dikatakan arah papan putih itu tadi" kata Dong Han.

"Kenapa?" Kata seorang penuntut itu lagi.

"Nanti, kamu kena juga" kata Dong Han.

Akhirnya, bunyi lonceng terakhir sudah berbunyi. Semua penuntut terus keluar dari kelas dan pergi ke asrama.

Di asrama...

Mereka semua pun terus masuk ke dalam bilik mereka. Hyun Bin terus limpang di atas katilnya.

"Mengapalah sekolah ni banyak masalah?" kata Hyun Bin.

"Entah lah. Yang penting jangan ikut arahan itu, nanti kita kena juga" kata Kenta.

"Yang penting juga, jangan keluar pada waktu yang disebutkannya itu" kata Dong Han.

Pada malam itu....

Hyun Bin dan Yong Guk sedang membuat kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Lee. Tae Hyun dan Dong Han sedang membaca buku. Kenta dan Sang Gyun limpang di atas katil.

"Sekarang ni pukul berapa?" tanya Dong Han.

"Pukul 7:45 malam dah" kata Yong Guk.

"Masih awal lah, sekarang ni aku kelaparan lah. Kamu ada makanan kah?  Walaupun gula - gula, coklet yang penting makanan" kata Sang Gyun.

"Nah!" kata Tae Hyun sambil memberi Sang Gyun coklet.

"Thanks" kata Sang Gyun.

"Aduh,  mengapalah Cikgu Lee berikan kita kerja rumah yang susah sangat ni?!!! " kata Yong Guk.

"Nak masuk tadika semula lah, lagi seronok!" kata Kenta.

"Kerja rumahnya pun senang dapat 10/10 lagi" kata Dong Han.

"Eh, diam. Aku baca buku kamu pula nak bising ni" kata Tae Hyun.

Semua pun terus diam. 15 minit berlalu, dan sekarang sudah pukul 8 malam. Tiba-tiba...

Mereka semua dengar jeritan yang sangat besar. Semua orang terkejut.

"Dari mana lagi datang bunyi tu, besar nya. Macam dari bilik komputer" kata Kenta.

"Takkan lah bunyi jeritan dari bilik komputer dapat di dengari dari asrama?" kata Hyun Bin.

Pada malan tu, apa yang berlaku dekat bilik komputer?

School Of Horror // JBJWhere stories live. Discover now