FangBoy 1 Shot

3.7K 90 107
                                    


This is my first time making a story using with "POV" so yeah, enjoy my not really great story

Fang P.O.V

Pada suatu malam, Boboiboy dan kawan-kawannya sedang tidur termasuk Papazola kecuali aku yang sedang mengawal kapal angkasa ini.

Aku berasa bosan maka, aku pun memakai Auto Pilot untuk mengawal sendiri lalu meminta izin abangku untuk memasuki dalam kapal angkasa TAPOPS untuk menghilangkan kebosanan aku.

Aku hanya bersiul sahaja sepanjang perjalanan aku sehinggalah aku menghentikan seluruh pegerakan aku kerana aku terdengar ada orang berdenggur di dalam stor itu.

Siapa yang tidur di dalam bilik stor itu? Aku berasa heran maka, aku pun periksa bilik stor itu rupa-rupanya Boboiboy dan Gopal. Ini bilik diorang? Kesian, haha, malang  sungguh kau ni Boboiboy. Aku membanggakan diri dan ketawa lalu aku terpukau sebentar melihat sesuatu iaitu..

"Rambut Boboiboy~" Aku terpegun melihat rambut hazel Boboiboy tambahan pula, dengan rambut putihnya menarik perhatian. Aku tidak tahu mengapa aku menyukainya maka secara automatik, aku membelai rambut Si Pemilik Kuasa Elemental itu.

"Lembutnya~" aku tidak pernah memberi belaian seperti itu sebelum ini. Disebabkan aku memberi belaian yang sangat lembut itu, maka aku dapat melihat mata Boboiboy pejam dengan lebih erat menikmati belaian aku.

Comel juga dia ni... Tunggu!? Apa ni Fang!? Kawal diri kau! Aku tidak tahu mengapa tiba-tiba jantung aku berdebar apabila aku mendekati dengan dia. Argh! Merepek, tak mungkin, dia tu Rival aku!

Aku meninggalkan bilik stor itu dengan cepat maka terhenti seketika lalu aku menoleh belakang melihat bahawa Boboiboy berasa sejuk dan bergigil di dalam bilik stor itu.

Adui, kesianlah pula. Hmm, aku pun memberi selimut dari bilik aku kepadanya. Selepas aku memberi selimut aku kepadanya, aku membuat kerja yang paling gila iaitu...

Aku menyelimutkannya, aku membelai semula rambutnya lalu.. aku mencium dahinya dengan lembut agar dia tidak sedar dan berkata "Aku Cintakan Kau Boboiboy~"

Boboiboy P.O.V

Aku sedang tidur, sangat lelah, semenjak bekerja sebagai TAPOPS, bukan senang rupanya. Aku sudah melayang ke mimpi, aku sangat penat kemudian tiba-tiba.. 

Aku berasa ada satu tangan yang sedang membelai rambutku. Ia membelai rambutku dengan sangat perlahan-lahan dan lemah-lembut. Tambahan pula, tangannya berasa lembut dan hangat.

Adakah ini hanya mimpi? Memang aku menganggap ia mimpi tetapi malangnya.. REALITI. Secara automatik, aku tersenyum lalu menikmati segala sentuhan itu.

Dalam beberapa saat, tangan yang membelai rambutku tadi terhenti. Aku berasa heran, secara tiba-tiba aku berasa sejuk lalu aku bergigil.

Dalam beberapa minit, tiba-tiba badan aku berasa hangat. Tunggu... selimut!? Siapa yang bagi? Gopal? Tak mungkin kerana.. Gopal kedekut, tak akan nak bagi punya... tunggu!

Tangan ini, membelai rambutku semula dan... apakah!? Aku berasa seperti ada benda seperti hangat dan kenyal menempel ke dahiku da..-

"Aku cintakan kau Boboiboy~"

TUNGGU! Su...- Suara itu... Tak mungkin! Ia seperti suara Fang. Aku tak percayalah! Tak mungkin! Mungkin ia hanya sebuah mimpi. Ya, hanya sebuah mimpi sahaja.

Tetapi, apabila suara tapak kaki berjalan. Aku membuka mata aku dengan perlahan, selimut itu masih ada di badan ku dan masih dapat merasai sesuatu di dahiku.

Tanpa membuang masa, aku cepat-cepat mengintai dari dalam bilik stor aku kemudian..
seperti kusangka tapi tidak dipercayai tadi.... Aku terpegun melihatnya kerana apa yang aku nampak sekarang adalah....-

"Fang~"

Ya, itu sahaja yang aku dapat sebut dari mulutku, Fang. Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia bagi selimut dekat aku? Betul ke yang dia cintakan aku? Mimpi ke?

"Dey Boboiboy." Eh!? Aku pandang belakang.

"Engkau tengok apa tu?" Gopal rupanya. "Umm tak ada apa-apa" aku tipu, kerana aku masih tidak pasti apa yang aku nampak. "Eleh, ye lah tu."

Aku terus tukar topik "Dah lah, pergi tidur, esok ada misi baru nanti!" Aku terus baring dan menyelimutkan diri aku.

"Aik, mana kau dapat selimut tu?" tanya Gopal. "Umm, entah." "Ni mesti Fang kan?" Gopal menyerengai. "Manalah aku tahu." aku terus menyelimutkan diri aku. "Hmm ye lah." Itulah dialog terakhir Gopal. Dalam beberapa saat, aku sudah melayang ke mimpi aku.

FangBoiFang Stuff ♡♡♡Where stories live. Discover now