"Tada.. Untung la kau beb" bisik syaqila pada telinga miranda apabila miranda sampai di bilik pejabatnya. Siapa punya kerja semua ni. Getus hati miranda apabila dia melihat keadaan biliknya kini. Sudah serupa dengan keadaan bilik tidurnya masa dia sambut hari jadi yang ke-10 dulu. Macam bilik budak tadika pon ade juga. Penuh dengan belon di setiap penjuru bilik. Tetapi ade sesuatu yang menarik perhatiannya. Sejambak bunga coklat diatas meja kerjanya. Dia tersenyum.
"Ini mesti kerja azfar kan. Kenapa kau bagi dia masuk bilik aku??!! Nanti sape nak kemas semua ni?? Kau?? Lepas tu kenape die buat semua ni?? Ade Majlis apa-apa ke yang aku tak tau ke aku ade lupa something ni?? " saja miranda buat-buat marah tapi padahal dalam hatinya bebunga riang. Yela kan kekasih hati bagi kejutan. Huhuhu.
"Laa aku ingatkan kau suke. Tak suke ke? Rugilah kau tak suka. Kalau aku dapat pakwe macam ni pehh aku lahh orang yang paling bahagia dekat dunia ni tau." Syaqila tahu kawan baiknya tu sebenarnya suka tapi tidak mengaku.
"Bukan aku tak suka tapi inikan pejabat, apa Pula kata staff aku nanti. Bos main-main dekat dalam ofis. Aku nak jadi contoh yang baik. Tapi tak apalahh. Aku suka surprised ni. Nanti kau tolong kemas ea. Dont say no. Kau kan PA aku merangkap kawan baik aku so tolong ya. Sebagai hadiah kau amik la barang-barang ni. Belon-belon tu kau boleh amik. Aku just nak ni je." Dia angkat jambangan bunga coklat. Ada kad.
Hey sayang have a great day.
Nanti lunch I datang amik u dekat
ofis. I love u. Muahh....
Always miss u dear,
AZFARMiranda tersenyum. Dia letakkan jambangan bunga itu dirak belakang tempatnye bekerja. Tahun ini sudah masuk tahun kedua dia dan Azfar menjadi sepasang kekasih. Pada awalnya dia dan Azfar hanyalah kawan biasa sejak di zaman sekolah lagi tetapi siapa sangka dia mula jatuh hati dengan kawan sekolahnya itu apabila azfar mula mendekatinya 4 tahun lalu.
Azfar yang dikenalinya sejak dulu sangatlah berbeza dengan azfar yang kini. Dulu masa zaman sekolahnya azfar seorang yang pendiam walaupun ramai yang meminati azfar dalam diam. Tetapi menurut kawan-kawannya yang lain, azfar bila diasrama digelar 'taiko' tetapi depan perempuan dan cikgu sangatlah sopan dan pendiam. Diam-diam ubi berisi sebenarnya. Tetapi kini, azfar ini sangatlah romantik. Langsung tidak sama dengan azfar yang dahulu. Mungkin hanya dengan orang yang bernama fazura miranda.
Bukan hari ini saja die pernah diberi kejutan sebegitu tetapi sudah banyak Kali. Di tempat letak kereta pejabatnya. Di depan Rumah sewanya. Di restoran di shopping mall dan yang paling terkini di bilik pejabatnya. Wahhhh sayang betul azfar pada dia.
"Termenung ke kak. Bilik ni aku da kemaskn. Lunch nak keluar dengan aku tak?" Pertanyaan syaqila mematikan lamunan miranda."Nope. Hari ni aku keluar dengan azfar la. Maybe next time aku keluar dengan kau. Sorry beb. Azfar da booking aku dulu. Hahahaha..." Sempat dia mencium pipi sahabatnya itu. Syaqila menjeling dan berlalu keluar dari bilik miranda. Fahamlah syaqila bahawa kawannya itu sedang bahagia. Mood baik hari ini bos aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hi, Biy. Kenapa lambat? I ada meeting lepas lunch ni. Nanti tak sempat nak ngada-ngada dengan u." Miranda masuk ke dalam kereta azfar. Walaupun dia penat berdiri di kaki Lima pejabat, namun dia tetap tersenyum apabila berhadapan dengan azfar. Kasih sayangnya mengatasi amarahnya terhadap azfar.
"Sorry sayang, I bnyak kerja tadi. I minta maaf sangat dekat u."azfar sedar salahnya kerana tidak menepati masa. Walaupun dia begitu, dia berasa bertuah memiliki miranda." Kita pergi makan tempat yang dekat dengan ofis je la ye. I takut tak sempat sampai pejabat nanti. Maaf salah saya lambat." Berkali-kali azfar memohon maaf.
"Takpe lah Biy... U tk salah pon. Maybe u penat sangat ni. U tak cukup tidur ke?? Or u banyak sngat kerja dekat office tu. Take time ye sayang. Rest. Jangan buat kerja tak henti nanti sakit siapa yang susah. Nanti terus tak boleh buat kerja, apa-apa pon tak boleh buat." Miranda pandang azfar dengan penuh kasih. Nak sentuh tak boleh kerana bukan mahramnya. Pandang sajalah yang mampu.
Azfar menghentikan keretanya apabila sampai di restoran nasi Arab. Miranda memesan makanan. Dalam pada masa yang sama dia perasan azfar kelihatan tak keruan. Duduknya bagai cacing kepanasan. Serba tidak kene pada dirinya. Die merenung muka azfar. Akhirnya pandangan mereka bertaut. "U kenapa? I tenguk u macam ada masalah. Kenape ni hem?
"Az ada hal nak cakap dengan mia but, mia kene dengar dulu penjelasan az. Az tanak mia salah faham atau apa sekali pun sebab apa yang berlalu selepas ni az nak mia tau az sayang mia. Az sayang mia sangat-sangt." Air muka miranda berubah. Tiade lagi i-u atau sayang-biy keluar dari mulut azfar.
"Apa sebenarnya yang u Cuba sampaikan pada I azfar? I tak faham maksud u apa." Semakin dalam die merenung wajah kesayanganya itu. Hatinya berdebar menanti ayat yang akan diluahkan azfar padanya. Apakah aku ada membuat salah kepadanya? Kenapa azfar terlalu serius membincangkan hal yang ingin disampaikan.
"I am sorry mia. I am so sorry. I tak dapat teruskan hubungan kita. I tak sanggup nak menipu diri I , hati I hanya sebab I kesian kan u. I pun tak nak menipu u lagi dah. I kesian pada u kalau u dapat tau hal yang sebenarnya. I cintakan die. Bukan u lagi. Hati I da jadi milik orang lain mia. I bahagia bila ada bersama dengan dia. Dia mampu bagi I ketenangan bila I dengan dia. Dia ade cukup masa untuk luangkan masa bersama I. Bukan I kata u tak pandai jaga I tapi u fahamkan I nakkan perempuan yang boleh layan I dengan baik. Bagi I perhatian yang secukupnya. I am sorry." Mata azfar dialihkan daripada renungan anak Mata miranda. Dia tk mmpu membalas renungan itu kerana hati wanita dihadapannya telah dirobekkan oleh dirinya sendiri.
"Apa u cakap ni az? U main-mainkan dengan I. Az sedarlah benda ni kita tak boleh buat main. U tau kan hubungan kita macam mana. Takkan lepas 2 tahun baru u ubah fikiran az?! Please az apa sebenarnya u nak bagitahu I sekarang ni?!" Kalau tekaannya betul, kenapa azfar sanggup membuatnya begitu. Kejam sungguh azfar memainkan perasaannya. Sungguh dia sayangkan lelaki itu.
YOU ARE READING
hati
RomanceMiranda yang setia menjaga cinta untuk menjadi terbaik. Antara asymawi dan azfar. Hanya angan-angan yang menjadi kenyataan.