no!

4 0 0
                                    

    Sebenarnya selepas miranda menceritakan halnya dengan azfar kepada syaqila, dia meminta syaqila beri dirinya ruang. Lalu, syaqila mencadangkan dia bercuti dan pulang ke kampung melawat Ibu bapanya. Syukurlah dia mempunyai sahabat yang sentiasa ada bersamanya.

    Miranda menghentikan keretanya di tepi laut. Dia berjalan keluar dari perut keretanya menuju ke bangku yang disediakan menghadap ke laut. Di situ lah dia akan pergi sekiranya mempunyai masalah. Sering dia meluahkan perasaannya dengan bercakap bersendirian di tepi laut. Mujur la tiada yang pernah melalui kawasan itu.

   "Mira?" Satu suara menegur. Miranda yang tadi bercakap sendirian terdiam. Sekilas dia memandang ke suara tersebut. Along?!!

   "Along? Buat apa dekat sini?" Miranda segera mengesat sisa air Mata. Dia tidak mahu abangnya tahu kekecewaan dirinya.

   "Aku baru balik kerja. Pegi sini dengan kak Yasmin. Saja berjalan. Kau tu, buat apa dekat sini? Kenapa tak cakap nak balik johor? Mak Ayah tahu tak kau balik sini?" Soal akif abang miranda. Pelik juga dia apabila terserempak dengan adiknya itu di johor sedangkan adiknya bekerja di Ibu negara apatah lagi sekarang baru sahaja habis waktu pejabat. Ini bermakna adiknya mula memandu dari kuala lumpur pada tengahari tadi, waktu pejabat.

   "Saja orang balik. Rindu Ibu tu yang balik ni." Miranda menjawab. Dia langsung tidak memandang wajah abangnya itu. Dia takut jika akif melihat wajahnya yang baru sahaja menangis.

   "Mak ada cakap apa-apa dekat kau?" Soal akif. Miranda mula Pelik. 'Apa-apa?' Miranda bertanya dalam hati.

   "Tanya apa? Kenapa? Along ada apa-apa nak bagitahu adik ke?" Miranda mula berasa tidak sedap hati.

   "Ayah. Ayah dekat hospital sekarang. Sebab tu aku ada dekat sini. Aku ingatkan kau balik ni sebab Ayah. Pergilah Ayah da lama tunggu kau balik. Mak saja tak nak ganggu kau kerja sebab tu dia tak kasi bagitahu kau. Sekarang kau dah balik kau pergi la tengok Ayah. Tingkat 4, wad 423A. Kejap lagi along pergi sana." Akif terus pergi meninggalkan miranda. Dia tahu adiknya sedang menangis sebab itu dia tidak menunggu lama di situ.

   Dari awal adiknya keluar dari kereta dia memerhati. Kebetulan dia pergi menenangkan perasaannya disitu sambil ditemani isterinya, Yasmin. Akif takut jika dia lebih lama di sisi adiknya, adiknya itu akan bertanya keadaan Ayah. Dia belum bersedia memberitahu keadaan sebenar ayahnya kepada sesiapa pun termasuklah emaknya sendiri. Dia belum bersedia. Tambahan Pula apabila dia melihat miranda menangis dengan masalah sendiri. Lama dia melihat adiknya menangis sebelum dia menegur.

    Miranda yang mendengar ayahnya dimasukkan ke wad terus bangun dari duduknya dan masuk kedalam kereta. Dia menghidupkan enjin kereta lalu memecut meninggalkan kawasan laut.

    Sampai sahaja miranda di kawasan hospital, dia meletakkan kereta di tempat letak kereta. Dia begegas Naik ke tingkat 4 hospital seperti yang di beritahu oleh abangnya. Tiba di tingkat 4, dia melihat adiknya sedang berehat di ruang menunggu. Nampaknya hanya dia seorang saja yang tidak diberitahu tentang keadaan ayahnya memandangkan mereka hanya 3 beradik.

   Miranda membiarkan adiknya berehat. Dia terus berlalu ke bilik yang menempatkan encik mikhail. Dia menolak daun pintu wad tersebut. Kelihatan encik mikhail sedang nyenyak tidur di atas katil. Bilik tersebut hanya menempatkan encik mikhail seorang. Miranda terus menuju ke sofa yang disediakan di sudut bilik tersebut. Dia tidak mahu mengganggu ayahnya tidur lagipun dia ingin merehatkan diri sementara menunggu ayahnya sedar dari tidur.

    Sedang dia memejamkan Mata, pintu wad tersebut ditolak dari luar. Muncul ibunya dari luar pintu. "Mira." Puan kamilia menegur puteri sulungnya itu.

    "Ibu sihat? Kenapa tak bagitahu keadaan ayah?" Miranda terus menyalami tangan Ibu yang dikasihinya. Puan kamilia mencium dahi anak daranya yang amat dirindui. Itulah puteri tunggalnya, itu jugalah yang pergi mengembara mengejar cita-cita jauh meninggalkan dirinya. Dia menatap raut wajah anaknya penuh kasih.

   "Ibu bukan sengaja, sayang.  Ibu cuma tak nak kacau waktu kerja Mira. Ibu tahu Mira sibuk kerja. Dari mana Mira tahu Ayah dekat sini?" Puan kamilia mengajak miranda duduk di sofa. Dari raut wajah anaknya itu, dia tahu anaknya sedang memikirkan sesuatu samada masalah di tempat kerja atau memikirkan tahap kesihatan ayahnya.

    "Ibu, keluarga kita lebih penting dari perkara lain. Kerja boleh tangguh. Ayah? Mira ade satu saja dalam dunia ni. Nasib baik Mira balik johor. Kalau tak Mira tak tau kan." Air mata miranda mula bertakung.

    "Jadi Mira baru tahulah keadaan Ayah ni? Dari mana Mira tahu? Kenapa Mira balik sebenarnya?" Puan kamilia mengelap titisan air Mata Di pipi miranda.

    "Tadi Mira jumpa along, dia yang bagitahu ayah ada dekat sini. Lain Kali jangan la buat Mira macam ni. Bagitahu mira ya." Miranda memeluk puan kamilia. Air Mata berjujuran tumpah membasahi pipinya. Dia bukan sahaja menangis kerana ayahnya, encik mikhail tetapi juga mengenang nasib dirinya yang di tinggalkan oleh azfar.

    "Mira kenapa ni? Ada masalah ke? Kenapa menangis sampai macam ni sekali?" Puan kamilia mula risau apabila mendengar esakan miranda. Dia dapat merasakan sesuatu yang terjadi keatas anaknya itu.

    "Tak ada lah Ibu. Mira okay ni." Miranda mengukir senyuman paksa.

    "Malam ni tidur dengan Ibu ya. Ibu ada hal nak bincang dengan mira." Puan kamilia pergi ke arah encik mikhail apabila dapati suaminya tersedar dari lena.

    Miranda pulang selepas puas berjumpa dan melepaskan rindunya kepada encik mikhail. Sempat dia berbual panjang bersama ayahnya. Ayahnya kelihatan sihat sahaja. Langsung tidak mempamerkan kesakitan yang sedang dialami. Jam pun sudah menunjukkan angka 10. Ini bermakna masa yang sesuai untuknya merehatkan diri. Terdengar deruan bunyi kereta milik adiknya, azlan. Azlan balik bersama ibunya dari hospital. Dia pergi mendapatkan ibunya di bilik tidur. Kelihatan puan kamilia sibuk mengemaskan pakaian encik mikhail Dan dimasukkan ke dalam beg.

    "Ibu, nak minum?" Miranda menyapa. Mungkin ibunya keletihan kerana muka puan kamilia pucat.

    "Mira tunggu Rumah ya. Malam ni Ibu tidur hospital teman Ayah. Tadi.." Puan kamilia menangis. Perasaan sedihnya yang dibendung tak dapat ditahan lagi."... Ayah tak sedarkan diri.... Doktor cakap dah tak ada ubat untuk bantu Ayah bertahan..." Esakan puan kamilia semakin menjadi.

    'Ya Allah! Ayah...' Menitis air Mata miranda. Dahulu, doktor telah mengesahkan encik mikhail menghidap penyakit lemah jantung. Tetapi, mereka tidak menyangka penyakit tersebut akan mencapai ke tahap begitu sehinggakan doktor juga tidak dapat membantu. Tak mungkin sudah tiada ubat lagi. Tak mungkin juga ayahnya tidak sedarkan diri sedangkan petang tadi baru sahaja dia bergelak tawa bersama encik mikhail.

    "Mira ikut ya ke hospital. Mira nak tengok keadaan ayah." Miranda terus meninggalkan puan kamilia. Dia berdiam untuk ke hospital.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   
   

hatiWhere stories live. Discover now