ayah...

5 0 0
                                    

    Dihospital, hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam wad. Jadinya, miranda, azlan Dan puan kamilia bergilir-gilir menjaga encik mikhail di dalam wad. Ketika giliran azlan, maka tinggallah miranda dan ibunya.

    "Mira dengan azfar macam mana? Dia tak datang lawat Ayah?" Puan kamilia bertanya. Air muka miranda berubah.

    "Sekarang bukan masa yang sesuai nak bincang pasal Mira dengan azfar, Ibu. Kita selesaikan hal Ayah dulu ya. Mira Dan azfar letak tepi dulu." Miranda sudah malas memikirkan perkara tersebut. Terlalu banyak masalah yang menimpanya kini. Yang berada difikiran kini hanyalah ingin Ayahnya kembali sihat seperti sedia kala.

     Sampai giliran miranda menjaga encik mikhail, dia masuk ke dalam wad. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang disediakan di tepi katil encik mikhail. Badan encik mikhail penuh dengan selirat wayar yang disambungkan dengan alat bantuan rawatan. Wajah yang petang tadi penuh ceria menyambut kepulangannya kini berubah menjadi pucat tak bermaya. Hiba rasa hati miranda melihat keadaan Ayah kesayangannya itu. Dia memandang skrin bacaan tekanan darah. Tekanan darah encik mikhail terlalu rendah.

    "Ayah... Mira datang.. Mira jaga Ayah Malam ni. Ayah Sedar ya. Nanti bila Ayah dah sihat kita
Keluar sama-sama. Mirakan dah janji nak bawa Ayah duduk dengan Mira di kl. Mira dah beli Rumah. Nanti Mira bawa Ayah ke sana. Bawa Ibu. Kita tinggallah dekat sana sama-sama. Mira dah tak nak hidup jauh lagi dengan Ayah dan ibu. Mira rindu Ayah. Mira belum puas lagi nak bermanja dengan Ayah.

     Ayah nak tau tak, azfar da tinggalkan mira. Dia dah tak sayang Mira lagi. Dia dah ada orang lain, ayah. Sampai hati dia buat anak Ayah macam ni kan. Kenapa dia buat macam ni dekat Mira, Ayah?" Miranda mula teresak. Dia tetap meluahkan perasaannya kepada encik mikhail walaupun dia tahu ayahnya masih tidak sedar. "Ayah... Bangun lah Ayah.. Mira perlukan Ayah sekarang ni.... Mira tak kuat Ayah, nak hadapi semua ni sorang. Ayah jadi penguat Mira selama ni. Ayah kan kuat. Ayah mesti boleh lawan penyakit ni kan. Ayah bangun ya... Mira tunggu...."

     Miranda mencapai tangan tua milik encik mikhail. Sejuk dirasakan saat memegang tangan itu. Tangan tua itu dibawa ke pipinya. Dia rindukan belaian kasih ayahnya. Seperti waktu dia masih kecil, setiap keinginannya ditunaikan oleh encik mikhail. Sehinggakan apabila dia bergaduh dengan abangnya, akif, encik mikhail tetapi akan memujuknya. Sehinggalah dia sudah mula berdikari, setiap keinginannya pasti encik mikhail tunaikan.

     Tangan kiri miranda menyentuh pipi encik mikhail. Tangannya mengusap lembut pipi ayahnya penuh kasih. Wajah inilah yang amat dirindui sepanjang dia berjauhan dengan keluarga. "Ayah jangan tinggalkan mira ya. Mira takut. Semua orang yang Mira sayang tinggalkan mira." Air Mata miranda sudah pon membasahi lengan baju ayahnya. Akhirnya, miranda tertidur dalam air Mata sambil memeluk kemas lengan encik mikhail.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

     Miranda tersedar dari tidur. Dia berada di atas sofa. Bilik ayahnya sudah pun dipenuhi dengan saudara maranya. Dia lihat keadaan encik mikhail tetap sama. Tekanan darahnya semakin menurun daripada Malam tadi. Selepas bersalaman dengan ahli keluarga yang lain, dia beredar untuk membersihkan diri.

    Sekembalinya dia ke wad, kelihatan beberapa orang doktor mengelilingi encik mikhail. Ahli keluarganya yang lain sudah berada di ruang menunggu. Mungkin doktor membuat pemeriksaan keatas encik mikhail. Baru sahaja dia ingin menapak pergi ke ruangan menunggu, seorang doktor menyapa. Doktor itu mahu berjumpa dengan semua ahli keluarga terdekat pesakit.

     Miranda terus sahaja memanggil puan kamilia, akif dan azlan. Menurut doktor, keadaan Ayah mereka bertambah tenat.
"Keadaan encik mikhail bertambah tenat sekarang. Kami disini tak mampu buat apa-apa lagi kerana kesemua ubatan kami telah kami gunakan keatas encik mikhail. Tetapi malangnya, ubatan tersebut langsung tidak member kesan yang positif."

     "Langsung tiada cara lain ke doktor untuk bantu Ayah saya?" Akif seperti tidak berpuas hati dengan penerangan doktor itu tadi. Masakan tidak, ayahnya kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

    "Maafkan kami encik. Tetapi kami memang tidak mempunyai cara yang lain. Sekarang ini encik mikhail dah Sedar tetapi jangan beri dia bercakap atau membuat sebarang pergerakan kerana ini akan membuatkan dia semakin lemah. Sekiranya dia mengadu kesakitan atau dia sudah tidak tahan sakit, beritahu pihak kami. Kami akan sediakan sejenis ubat, morfin."terang doktor itu.

    "Apa kegunaan ubat tu doktor?" Soal miranda.

    "Morfin tu hanya sekadar ubat tahan sakit. Kami tidak menggalakkan pesakit menggunakan ubat ini melainkan pesakit memang tak mampu menahan sakit. Sekiranya encik mikhail sakit kami perlu berbincang dengan beberapa orang doktor yang lain untuk memasukkan ubat tersebut kerana ubat tu  memberi effect yang tinggi kepada pesakit. Ubat itu juga mempengaruhi sistem otak." Terang doktor.

    Miranda mengeluh. Kenapa dia diuji sebegini?

    Miranda menapak ke katil encik mikhail. Senyuman diukir untuk insan tersayang itu. Ibunya menggenggam tangan encik mikhail. Jelas sungguh kekeruhan di wajah puan kamilia.

    "Abang rehat ya. Kalau sakit nanti bagitahu. Doktor ada ubat tapi kalau tak tahan baru doktor kasi." Puan kamilia memberi tahu suaminya. Encik mikhail hanya mengangguk dengan isyarat mata.

    Miranda duduk di hujung kaki encik mikhail. Tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka surah yasin. Surah yasin dialunkan dengan penuh penghayatan agar bacaan tersebut dapat mengurangkan kegelisahan ayahnya sekaligus mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh ayahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

hatiWhere stories live. Discover now