kasih sayang

112 23 3
                                    

Assalamualaikum !

Ok before aku start bercerita tentang diri aku ni , aku nak cakap . jangan mengata yaa :) Aku cerita untuk kesedaran bukan menunjuk atau mintak belas kasihan .

Aku dari kecik ibu dan ayah aku jarang bagi apa yang aku nak melainkan benda itu murah . Ibu aku faham , dia tak bekerja . Susah cari duit . Ayah busy . Datang jenguk aku dan adik-adik pada hari minggu sahaja .

Apa kena mengena dengan kasih sayang ?

Perempuan . Paling manja , bagi dia semua tak perfect .

Sebenarnya ibu dan ayah dah bagi macam-macam cuma nak jugak lebih-lebih . Sebabtu ada yang couple . Kononnya nak kasih sayang boyfriend .

Kenapa kita selalu rasa kurang kasih sayang? Sebab kita busy . Busy melayan boyfriend / girlfriend . Busy dengan hal sendiri . Duduk dalam bilik abaikan yang diluar. Macam mana kasih sayang nak ada kalau tak keluar dari bilik tu and spend time dengan family ?

Bukan nak acah-acah alim. itulah aku dulu . Tapi semua orang boleh berubah . kau pun boleh .Selagi mak ayah kau masih hidup , hargailah mereka.

Ya , aku jarang cakap dengan ibu aku . Aku selalu duduk dalam bilik layan boyfriend . Tapi lastly , kena tinggal jugak dengan si boyfriend tu :)

Aku selalu kata aku kurang kasih sayang dari ibu dan ayah aku . Tapi sebenarnya tak. Ada yang lagi teruk dari aku .

Korang mungkin rasa ibu dan ayah kau tak cukup bagi kasih sayang kat kau tapi sebenarnya diorang la yang usaha meyakinkan kita yang dorang dah bagi cukup kasih sayang .

Ni kisah. Jangan sibuk nak kutuk sebab kau tak lalui apa aku rasa .

Sewaktu aku sedang on the phone dengan boyfriend aku , aku tersedar yang aku sudah seharian dalam bilik . Aku end call tersebut sebab lapar lalu aku keluar dari bilik dan melihat adik-adik aku mengurut ibu aku .

Aku marah . Cemburu . Aku terus ke dapur dan makan tanpa menghiraukan sekeliling . Selepas makan , aku naik terus ke bilik aku .

Keesokannya , masa adik-adik aku ke sekolah , ibu marah aku sebab terperap dalam bilik .

Aku bantah .

"Ibu asyik-asyik dengan adik-adik . Sarah ? Sarah pun nak kasih sayang ibu tapi ibu macam tak sayang Sarah je. Asyik-asyik adik-adik . Michael takpe . Dia special. Tapi yang lain ? Ibu asyik-asyik marah Sarah. Adik-adik ibu jarang marah." aku nangis mengatakan kata-kata ini . Tudung sekolah aku pun basah .

Ibu terus keluar dari rumah .

"Kenapa aku cakap macamtu..aku dah lukakan hati ibu sendiri..Maafkan Sarah ibu.." bisik aku sambil menangis .

Beberapa minit kemudian , ibu pulang . Ibu terus peluk aku .

"Bukan ibu tak bagi kasih sayang , tapi Sarah yang tak bagi kasih sayang kat ibu. Mana Sarah waktu ibu perlukan ? Dulu Sarah sentiasa ada untuk ibu.." kata ibuku.

Aku tersentuh lalu mulai menangis lagi sambil peluk ibu.

"Sarah mintak maaf ibu.." kataku sambil menangis .

Lalu ibu aku mencium dahiku .

"Nah.." kata ibuku lalu memberikan coklat cadbury oreo dan pizza dominos .

Ya Allah tersentuhnya hati. Ibu cuba sedaya upaya beri kasih sayang kepada aku. Tapi aku yang tak menghargai . Aku yang tak beri kasih sayang pada ibu.

"Thank you ibu.." lalu aku terus peluk ibu lagi .

"kalau Sarah cakap ibu tak sayang Sarah lagi , ibu merajuk." kata ibuku.

"alololo janganla hehe" pujuk aku .

Selepas berpelukan , aku makan makanan yang dibelikan oleh ibu . Sungguh gembira aku ketika itu .

Okay , aku bukan menunjuk. Tapi nak bagi kesedaran . Ibu dan ayah kau dah sedaya upaya bagi kau kasih sayang , tapi sebenarnya kau yang tak bagi kasih sayang kat ibu dan ayah kau . Sibuk main handphone sampai leka. Maaflah kalau terasa . Tapi cubalah beri kasih sayang kat ibu dan ayah kau. Kau lapar , dia masak. Kalau kau lapar , kau cakap kat ibu ayah kau kau lapar , tapi dia suruh masak sendiri means dia nak kau berdikari. Bukan tak sayang :) Hargai mereka selagi mereka hidup. Aku walaupun tinggal dengan ibu , kasih sayang tu dah cukup walaupun tak tinggal dengan ayah . Kau yang ada ibu dan ayah tu bersyukur la kasih sayang kau lagi banyak 😊

Please vote !! ❤❤
Tak habis lagi tau. ada lagi 3 chapter hehe 🙌 Stay tuned !!

PerempuanWhere stories live. Discover now