340 54 9
                                    

anger .

Saya nampak awak tadi, semasa dirawat.

Awak menolak untuk disembuhkan, sebaliknya awak mahukan penyakit itu membinasakan awak dari dalam. Awak katakan yang peluang  untuk awak hidup sangat tipis, sedangkan awak masih mempunyai kesempatan untuk hidup sihat seperti selalu. Awak menangis, tetapi dalam masa yang sama awak ketawa. Saya tidak faham, apa sebenarnya yang sedang awak fikirkan. Apa awak sudah berputus asa untuk hidup?

Ini bukan apa yang kita janjikan, Jungkook.

Saya tahu, saya rasakan hal yang sama. Kesakitan itu, bagaimana ia menyerang, dan kepedihannya bila ia menggigit dari dalam. Terlalu sakit. Sehingga seluruh tubuh saya menggelupur akibat sakitnya itu. Tapi awak masih ada peluang, jangan sia-siakannya.

Hidup diberikan untuk dinikmati, bukan untuk diratapi. Dugaan yang diberi, cumalah sekadar menguji tahap kesabaran manusia. Jadi nikmati hidup seperti kau akan mati pada esok hari, kerana hidup cuma sekali.

Usah fikirkan tentang pedihnya hidup, ingatlah sentiasa akan ada pelangi selepas hujan.

Apa yang Tuhan telah tentukan, bukannya suatu permainan. Akan ada hikmah disebaliknya.

*****

Biar saya yang sambut tangan awak bila jatuh, biar saya yang tolak bila awak perlukan sokongan, biar saya yang pergi dan awak tinggal di sini. Biar saya yang rasakan, jangan awak. Biar saya yang tanggung, asalkan awak bahagia.

Biar saya jadi penjahat yang baik buat awak.

*****

Saya kematian kata-kata, terkelu lidah, sungguh tidak tahu mahu katakan apa setelah melihat dia datang melawat awak, dengan tiba-tibanya. Bunga baby breath yang saya bawakan untuk awak terus saya sembunyikan di belakang badan saya. Senyuman saya paksakan untuk awak dan dia.

Tidak, saya ikhlas senyum untuk awak jangan salah faham. Iya, sebab melihat senyuman awak yang lebar itu benar-benar memberikan sinaran kebahagian buat saya.

Hey, sorry saya mengganggu awak, ke?”

Awak senyum pada saya. Kepala digelengkan. “Taklah, masuklah Min.”

MOMENTS ✔Where stories live. Discover now