dissapointed .
Kelopak mata perlahan-lahan dibuka, seluruh tubuh terasa begitu lemah sehingga mengangkat jemari juga sukar. Tak sangka, ia akan menyakitkan sampai begini sekali. Namun amat melegakan, bila saya buka mata, perkara pertama yang saya lihat adalah awak.
Awak sedang menatap saya sayu, seolah-olah awak sedang melihat tubuh mati sekarang ini.
“Kenapa awak pandang saya macamtu?”
“Sebab, kau, nampak sangat lemah.” Awak ucap terbata-bata. Saya perasan awak seperti mahu menangis.
Jangan menangis, tolong.
Ketawa dipaksakan, lalu saya balas pandangan mata awak. “Saya okay, jangan risau. Tapi— bukankah awak tak nak jumpa saya lagi? Kenapa datang sini?”
“Jangan berlawak, tak ada yang lawaknya di sini. Dan, lupakan apa yang aku cakap. Aku menyesal, Minhee.”
Saya tidak tahu, patutkah saya gembira ataupun bersedih. Saya sengaja mahu mengelak dari awak, supaya awak tak tahu tentang keadaan saya. Tapi, awak pula datang sini.
“Kenapa tipu, huh? Kenapa buat aku bencikan kau? Kenapa, aku tertanya-tanya kenapa?”
“Macam mana dengan awak? Keadaan awak sekarang? Awak jalan jauh-jauh sampai sini awak tak rasa lelah, ke?”
“Jangan ubah topik, Min. Jawab aku.”
Saya terus berdiam bila suara awak berubah tegas. Sejujurnya, saya bukannya mahu berahsia dengan awak namun keadaannya sekarang seperti memaksa saya untuk menyembunyikannya daripada awak. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Dan ada sebab kenapa saya tak jujurkannya pada awak. Saya harap awak faham.
“Jungkook, boleh temankan saya pergi taman tak?”
Awak angguk.
*****
Kau ada bila aku susah, kau ada di saat aku gembira, kau sentiasa ada bila aku perlukan. Jadi, jangan pernah tinggalkan aku, sahabat.
Sebab aku hanya memerlukan kau, di dalam hidup aku.
Kehadiran kau, memberikan aku cahaya dan sinar harapan. Maka janganlah pernah malap dan berhenti menyinari hari-hari aku.
*****
Melihat pemandangan matahari terbenam, adalah suatu saat yang begitu menenangkan sekali. Ketenteraman yang dirasai, begitu luar biasa sekali rasanya. Dalam sepanjang kehidupan, banyak yang berlaku dalam proses pembesaran. Banyak pengalaman yang mematangkan pemikiran juga, pengalaman yang dapat dijadikan memori dan ingatan sepanjang masa. Ada yang menggembirakan, ada yang menyakitkan, ada menyedihkan, ada juga yang membawa kekecewaan.
YOU ARE READING
MOMENTS ✔
KurzgeschichtenMOMENTS \ J.JUNGKOOK ❝ 화양연화 ❞ the most beautiful moments in life. COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SHORT STORY/SAD.