#part17

72 2 1
                                    

"Sampai pun awak kat sini.."sapa Zahra sambil menepuk bahu Danny dari belakang.

Segera dia menarik tangan Zahra sebelum ditariknya kedalam pelukannya.

Sedaya upaya ditolaknya oleh Zahra.

"Lepas la. Malu la orang tengok."bisik Zahra masih belum mengalah.

"Ye la.. Nak peluk isteri sendiri pun tak boleh."balasnya dengan nada merajuk sebelum melepaskan Zahra dan berpaling mengangkat begnya.

"Ala ala... Suami saya merajuk la.."usik Zahra sambil memeluk leher suaminya.

Pantas tangan Danny naik meleraikan tangan Zahra sebelum kembali mengangkat beg dan memboloskan diri masuk ke dalam rumah.

Tanpa membuang masa Zahra segera membontoti suaminya yang tengah merajuk tu.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah pintu terus ditutup.

Zahra berpaling ingin mencari bayangan Danny tapi lain pulak yang jadi..

"Arghhhhhhhhh...."teriak Zahra kerana terkejut Danny berdiri begitu hampir dengannya.

Pantas dirinya dikunci dipintu oleh Danny.

"Ada sesuatu yang awak sorokkan dari saya. Apadia?"soal Danny yang mukanya kini hanya beberapa cm dari Zahra.

"T-takde pape la."jawab Zahra cuba menolak sedikit tangan Danny.

"Tipu."

"Cakap je la."pujuk Danny sambil merapatkan lagi tubuhnya dengan Zahra.

"Ye la. Saya cakap tapi, boleh ketepi sikit tak sini panas la takde kipas."ajak Zahra mengalah.

Danny tersenyum kemenangan sebelum mendukung Zahra ke ruang tamu dan meletakkannya di atas sofa.

"Sekarang cerita cepat."desak Danny duduk bertentangan dengan Zahra.

"Macam ni."Zahra mula mencerita dari mula sehingga habis tentang Awish dan Jess kepada Danny.

Danny pula dah ternganga dengar cerita Zahra.

"Are you serious?"soal Danny seakan tidak percaya.

Zahra hanya mengangguk.

"Melampau betul la Jess tu. Terdesak sangat dah ke?"ujar Danny tak puas hati.

"Zahra tau tak kat mana Awish? Mungkin kalau kita bawak Ell pergi jumpa Awish. Awish akan ingat semuanya semula."cadang Danny teruja.

"Tak. Zahra tak tahu. Haritu pun kebetulan Zahra lapar. So Zahra stop la kat kedai mamak tu."jawab Zahra sayu.

Senyuman di bibir Danny semakin melebar.

"Ingat lagi tak kat mana kedai tu?"soalnya gembira.

"Ingat la."balas Zahra binggung.

"Kalau macam tu,kita pergi tengok dulu. Mana tahu dia makan kat sana setiap hari ke."cadang Danny cuba menyedapkan hati mereka berdua.

"Betul jugak tu. Kalau ikutkan petang nanti la sebab masa Zahra jumpa dia pun dah petang."sambung Zahra kembali tersenyum.

Awish POV

Siapa perempuan semalam tu? Kenapa dia cakap dia kenal aku? Kenapa dia nampak macam kenal? Macam pernah nampak.. Tapi kat mana?

Pelbagai persoalan mula bermain di minda.

"Sayang you termenung apa lagi ni? Nanti cepat tua tau."sapa Jess sambil melingkarkan tangannya pada leherku.

YOU'RE MINE MR.PLAYBOYWhere stories live. Discover now