Aliff Daniel POV
Pandanganku beralih ke arah buku yang ku baca tadi tetepi fikiranku melayang , nak tau ke mana die melayang ? Melayang gi fikirkan tentang peristiwa petang tadi .
Dahlah aku pening memikirkan tentang SPM . Dahlah aku SPM tahun ni kot , mummy tambah pulak tentang perkara yang dibincangkan petang tadi . Nak je aku menjerit sekarang ni .
Flashback
Selesai sahaja minum petang , kami sekeluarga pergi ke ruang tamu kerana mummy and daddy ingin membincangkan sesuatu . Nampak macam penting kerana along pun ada sekali .
" Mummy and daddy nak bincang ape sampai call along suruh balik ni ? "
Aku terangguk-angguk bersetuju dengan apa yang along katakan sebentar tadi .
" Mummy and daddy nak bincang tentang angah "
" Hah ? Kenapa dengan angah ? Angah ade buat salah ke dekat sekolah ? "
" Tak de lah , mummy and daddy nak jodohkan angah dengan anak kawan mummy ni . Eh salah , dah hantar pinangan dah pun "
" Hah ?! Ape ni mummy ? Alah mummy angah belum sedialah . Lagipun angah still young and tahun ni pulak angah SPM , mesti banyak yang angah nak kena fikir "
" Angah dah tak boleh nak halang sebab keluarga pihak perempuan dah terima dah pun "
Aku dan along hanya tercengang memandang ke arah daddy kerana ayat terakhir yang di lontarkan oleh daddy .
" Okey fine , tapi angah tak janji boleh bahagiakan dia "
Aku segera beredar daripada ruang tamu , lalu menuju ke arah bilikku .
Flashback Off
Aku mengeluh . Kenape mummy and daddy buat keputusan mengejut ? Dahlah tak bincang dengan aku .
Tak boleh ke tunggu aku habis form 5 baru kahwinkan aku , ni tidak tahun ni juga mereka nak kahwinkan aku .
Macam manalah agaknye rupe perempuan tu ye ? Cantik ke tidak ? Entah-entah pisau cukur ?
Astafirullahalazim , aku meraup mukaku . Mungkin ini ketentuan Allah untukku , aku terpaksa redha .
Lamunanku termati apabila bunyi ketukan pada pintu bilikku kedengaran .
" Masuk "
Tombol pintu dipulas dan terjegul lah abang kesayangan aku iaitu Zairel Adryan .
" Along nak ape ? Angah busy ni buat kerja sekolah "
Aku kembali menyambung membaca buku sejarah tingkatan 5 yang tergendala akibat lamunanku tadi .
Lalu alongku berdiri ditepi meja belajarku sambil memandangku .
" Angah sabarlah ye dengan mummy tu "
" Nak sabar macam mana lagi along ? Mereka paksa angah kahwin dengan perempuan yang angah tak kenal pulak tu "
" Janganlah risau nanti boleh kenalkan ? "
" Memanglag boleh kenal , tapi kot ia pun tunggulah angah habis SPM ke ape . Ni tidak macam mane angah nak tanggung anak orang ? Kalau belanja gi sekolah tiap-tiap hari pun mummy and daddy yang kasi . Nak bagi dia makan ape nanti kalau dah kahwin ? Habuk ? "
Aku melepaskan marahku kepada aloongku kerana dia seorang sahaja yang mudah faham akan sikapku .
" Aahkan kot ia pun tunggulah angah habis SPM ke apekan ? "
" Yang mereka beria sangat nak kahwinkan ni angah yang masih sekolah . Along tak pulak mereka nak carikan jodoh "
" Sabar jelah angah . Mungkin jodoh angah datang awal , jodoh along pulak datang lambat . Ada hikmah Allah buat macam ni angah . Sabar ye along paham "
Lalu alongku menepuk-nepuk lembut bahuku . Dia faham akan perasaanku sekarang , sebab itulah dia sentiasa datang ketika aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan . Kerana hanya dia seorang sahaja adik-beradik ku .
End Of Aliff Daniel POV
Syafeya Alesya POV
Syok-syok aku main smart phoneku , tiba-tiba sahaja mama dan papa bagitahu yang aku tak lame lagi nak kahwin . Mereka buat keputusan sendiri .
Dahlah terima pinangan anak kawan dia suke hati je . Tak reti nak tanya aku dulu ke ? Aku setuju ke tak ? Ni tidak , kalau macamtu baik takyah bagitahu aku langsung gi sakit hati je .
Dahlah aku ni anak paling bongsu . Masih sekolah pulak tu . PT3 kot tahun ni . Yang akak dengan angah aku tak pulak mereka suruh kahwin . Nak jugak aku . Ape ? Anak bongsu memang kene ikut semua cakap orang tua ke ape ?
Dahlah aku tak kenal langsung lelaki tu . Tah-tah kaki pukul ? Tak lame jadi arwahlah aku . Belum sempat bahagia dah dalam kubur .
Astafirullahalazim . Kenape aku fikir jauh sangat ni ? Mungkin mama nak yang terbaik untuk aku kot ? Kot ia pun tunggulah umur aku 18 tahun ke , ni tidak 15 tahun kot kemain mude lagi .
Boleh ke kahwin mude ? Memanglah boleh tapi aku terlampau mude kot . Entahlah mama dengan papa aku mereka yang nak sangat aku kahwin . Aku tak jamin aku akan bahagia dengan mamat tah mane aku pun tak tahu .
Baru sahaja aku ingin membantah , mama terlebih dahulu memotong .
" Adik takyah lah nak membantah bagai . Kalau sayang mama , please ikut cakap mama . Mama tahu ape yang terbaik untuk anak mama "
" Tapi..maa "
" No tapi-tapi Syafeya Alesya . 1 month starting from now "
Terpaksalah aku mengalah , redhakan jelah nasib kau Syaf sabar jelah .
End Of Syafeya Alesya POV
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞
Sorrylah kalau ade typo . Please vote and comment . Thanks . Kalau ade idea comment je , author sedia membacanya .
Harap korang enjoy membacanya . Hope korang rasa best . Mungkin buku author yang pertama tak berape best , dengan buku ni hope korang puas . Tujuan author buat cerita ni sebab author bosan dan yang kedua sebab nak perbaiki karangan dan bahasa . Dan belajar kesalahan .
Author bukanlah pandai sangat buat cerita , jadi kalau ayat tunggang terbalik tu hope faham ye . Thanks .
YOU ARE READING
Dia Ditakdirkan Untuk Ku
RomanceAku kahwin dengan senior ? Dia budak SPM , aku pulak budak PT3 . Yang die tu okey lagilah SPM tahun ni , yang aku ni baru PT3 tahun ni dah nak kena kahwin . Perkahwinan pun jenis yang diaturkan oleh keluarga . Apabila sah bergelar isteri si DIA , a...