8 • Fibi Aku Manusia !

39 11 3
                                    

Vernon POV

aku ambil pen yang ada di atas meja dan membuka matanya. itu sajalah alat yang aku boleh capai selain pisau untuk mempertahankan diri. aku takut perempuan ni nak apa apa kan aku.

"explain. kenapa kau cakap kau Fibi?" soalku baik baik. aku nak semua benda ni terjawab.

"Simon Choi." katanya. huh? Simon Choi adalah nama appa aku.

"kenapa dengan Simon Choi?" tanyaku.

"dia yang bawak aku keluar dari hutan tu" katanya lagi. rambutnya yang serabai menggerunkan aku. dia tetap berdiri ditempatnya tadi tapi aku rasa dia macam makin dekat dengan aku.

aku diam. aku nak dia ceritakan semuanya.

"dia jugaklah yang jaga dan bela aku kat dunia baru yang namanya 'rumah'. selama ni aku duduk kat hutan bertemankan serangga dan pokok, tapi kini aku duduk dalam dinding yang mengelilingi aku." katanya panjang. ya memang kau duduk dalam rumah. rumah aku. tapi, appa bawak balik Fibi bukan perempuan ni.

"disebabkan Simon Choi, aku duduk dengan kau sampai sekarang" katanya.

"akulah panda yang kau namakan Fibi. padahal nama aku Limmy"

fuh. mulut aku terbuka luas. ternganga. kebenaran apakah ini? aku takut.

"kau Fibi? tapi kenapa sekarang kau bertukar?" kataku.

"sumpahan aku Vernon. hari ini genap kau 14 tahun. hari ini harijadi kau. happy birthday"

sempat dia wish birthday aku ye. em nampaknya dia memang Fibi. sebab sepanjang aku hidup, Fibi je yang wish birthday aku tepat pada masanya.

dengan cara , dia peluk aku dengan badannya yang gebu.

"sumpahan?" soalku pelik ape kaitan dia punya sumpahan dengan umur aku genap 14 tahun?

"aku ceritakan semua ni sebab aku percayakan kau Vernon"

"aku Limmy, sejak kecil aku duduk dengan nenek aku di kampung. tapi aku gadis nakal yang suka pergi ke hutan dibelakang rumah. hinggakan aku terjumpa satu sarang panda"

panda pun ada sarang. hebat kau ni. aku masih lagi mendengar dengan tekun. pen yang aku pegang erat aku lepaskan. aku cuba tenangkan diri dan duduk bersila.

"aku masuk dalam tu and guess what? atuk panda tu terus marah marah dan mencarut dalam bahasa panda"

"dan terus sumpah aku jadi panda. fuck"

DAHSYAT CERITA KAU SIA. okay aku terpaksa percaya.

"aku duduklah dekat hutan tu sampailah Simon bawak aku balik. sebelum aku ikut Simon, aku bermimpi yang sumpahan aku akan terungkai jika umur aku sama dengan orang jaga aku. iaitu kau Vernon"

fuh dia panggil appa Simon je sia. cubalah panggil Encik Choi ke, pakcik Simon ke. sedap sedap panggil Simon kau ingat tu member kau?

"then? kau dah takkan jadi pandalah lepas ni?" soalku mula memahami kisah Limmy. serious talk, aku tak suka Limmy. aku nak Fibi aku balik.

"tak. kalau aku kena jadi panda balik, memang aku sumpah balik atuk panda tu. dahlah misai panjang" kata Limmy. haih budak ni. perangai sebijik macam Fibi

"em aku.. aku penat Limmy. kau diam diam dan aku nak tidur. aku perlukan masa. goodnight" kataku akhir. dia senyum dan duduk disofanya.

"sleep tight Vernon" kata Limmy. aku hanya tersenyum tawar. aku tak taulah aku boleh tidur lena ke tak malam ni.

dengan kebenaran yang membunuh. nampaknya aku dah tak ada haiwan peliharaan panda gemuk yang namanya Fibi. fuh aku nangis sia

aku menapak kekatilku dengan kaki yang masih menggeletar. bintang bintang yang melekat dilantai aku sepak sepak sebab menghalang laluan aku.

End POV

Tomorrow

"VERNONNNN BANGUNNNN" jerit Limmy menggunakan speaker.

"tak guna kau perempuan" dengus Vernon dalam hati. mungkin ni balasan, sebab selama Limmy jadi panda, Vernon suka kejutkan supaya bangun.

"sekolahh!" jeritnya riang.

"kau gembira sangat kenapa?" soal Vernon.

"yelah, selama ni, aku nak kejutkan kau bangun, tapi aku malas nak bangun dan aku tak boleh bercakap" kata Limmy ceria.

"oh ya, kenapa kau kurus ek Limmy? bukan ke kau gemuk dulu?" kata Vernon menyakat.

"cerita dulu biarlah berlalu sia. now aku kurus sebab sumpahan dah tak ada. eh kecik besar je aku tengok kau ni" kata Limmy geram.

"cute sia kalau dia marah. kening dia nampak nipis je kalau dahi dia berkerut" kata Vernon dalam hati. mulutnya tersenyum lebar tanpa disangka.

"kau suka apa? pergi mandi sana!" marah Limmy membuatkan Vernon bingkas bangun dan masuk kebilik air.

Vernon selesai bersiap dan dah sedia untuk kesekolah.

"weh aku nak ikut pergi sekolah boleh?" kata Limmy riang.

"seboklah kau." kata Vernon. muncung mulut Limmy selepas mendengar balasan Vernon.

"bye Limmy!" kata Vernon dan berlalu pergi.

you has 9 unread message

Diva Boo ❤

morning kunyit! HAPPY BIRTHDAY KUNYITKU! MOGA PENDEK UMUR! MOGA AKU LAGI HENSEM DARI KAU! HADIAH KAU ESOK ESOKLAH AKU KASI EH. LOVE YOUU MUAH ❤

LOVE YOU

VERNON COMEL

MY LOVELY KUNYIT

KAT SEKOLAH NANTI AKU PELUK KAU KETAT KETAT

SAYANG KAU!

HANSOL VERNON CHOI!

HAPPY BIRTHDAY!

OKAY BYE

"apahal lah budak ni spam pulak" kata Vernon ketika membuka aplikasi Whatsapp nya. mulutnya tersenyum. selain Limmy, sekarang Seungkwan orang kedua yang wish birthday nya. betapa gembiranya dia .

[TO BE CONTINUED]


[ OG + Short Story ] Pet Aku Manusia? + VernonWhere stories live. Discover now