INSOO POV
Baejinyoung memang macam tu ke cara dia bercakap dengan yeoja ? Emotional nya . Macam aku ada buat dia marah padahal adik dia yang playgirl ni yang gatal tanya pasal lelaki lain .
Kitorang on our way nak ke rumah . Anak pakcik bae ni berjalan terkedek kedek dekat sebelah aku . Dah 3 tahun macam ni . Kitorang tak pernah berubah pon . Mata aku tak lepas pandang jihae . Seronok jadi periang macam dia . Dah lah ada oppa yang rapat dengan dia . Tapi tak rasa ke yang dia terlalu rapat dengan jihae ? Macam something pelik antara jihae dengan jinyoung tu .
Tapi aku sendiri tak tahu apa .
"Insoo ! Kau nak makan tak? Aku terasa nak aiskrim lah " jihae tarik tangan aku masuk dalam kedai runcit .
Dah siap cari aiskrim , kitorang pergi kaunter . Terserempak pula dengan jinyoung oppa dekat situ .
'Apa dia buat kat sini? Apa yang aku fikirkan ni . Dia singgah sini waktu nak balik rumah lah' tanpa aku sedar aku tertampar dahi sendiri .
"Kau kenapa insoo? Tiba tiba je tampar dahi sendiri . Nyamuk ke ? Bodoh nanti baru tahu" aku renung dia tajam .
"Kau yang lebih merepek tahu tak? Apa yang sabitnya tampar dahi dengan kebodohan aku? " aku berjalan ke arah kaunter dengan tenang .
Sengaja taknak pandang namja poyo ni . Dah lah tadi cakap dengan macam nak tak nak . Nasib kau hensem baejinyoung .
"Oo ? Apa adik kesayangan oppa ni buat kat sini? " jihae pintas aku dan berdiri sebelah oppa dia .
Kacau line lah dia ni . Baru nak berdiri sebelah jinyoung .
"Main masak masak . Oppa tak nampak ke ? " aku tergelak kecil tengok jinyoung buat muka sakit hati .
"Disebabkan oppa dah ada dekat sini , apa kata oppa belanja kami . " lepas je jihae cakap macam tu , dia terus pandang aku .
Dah kenapa ? Apa lagi yang tak kena dengan aku ?
"Budak selekeh ni sekali? " dia panggil aku apa ?!
Selekeh?! Dia nak mati ke panggil aku macam tu ?
"Tak apalah kalau macam tu . Biar aku bayar sendiri" aku mencari dompet dalam beg sandang aku .
'Aku ni punya lah comel kau panggil aku selekeh . Kau tengoklah baejinyoung . Aku akan buat kau menyesal panggil aku macam tu' bengang aku dibuatnya .
Tak sempat nak keluarkan dompet , dia tarik aiskrim aku .
"Kirakan sekali ahjusshi . Kau jangan nak acah banyak duit . Aku tahu kau tak ada duit " jinyoung boleh smirk waktu pandang aku .
Dia memang buat aku panas . Sakitnya hati !!
Lepas dah bergelut pasal aiskrim, kitorang berjalan semula balik ke rumah . Aku ni dekat belakang dua beradik ni . Diorang bersweet sweet depan aku . Main lap lap pula . Meluat aku . Tapi sebenarnya bila tengok dia lapkan pipi jihae , dia buat aku rasa nak macam tu jugak .

YOU ARE READING
my obsession brother + baejinyoung +
FanfictionBae jinyoung + readers(jihae/insoo) Menceritakan tentang seorang yeoja bernama insoo yang salah faham dengan chingu sendiri . Sefahamannya jihae dan jinyoung terlalu rapat dan nampak seperti jinyoung memendam perasaan pada adiknya itu iaitu jihae te...