Habis je kelas , aku terus berlari sambil bawak beg ke kelas jihae . Aku nak menculik budak ni .
"jihae annyeong . Aku balik dengan guanlin hari tau . Dia cakap dia tak sihat . payah pulak kalau pengsan tengah jalan " aku dengar insoo cakap and dia tinggalkan adik aku .
Masa yang bagus untuk menculik . Aku berlari ke arahnya dan tarik dia sampai keluar sekolah .
" oppa !!! Oppa ni dah kenapa? " soal jihae agak terkejut .
Aku mengeluh seketika .
"Kau cakap insoo benci guanlin tapi kenapa dia baik dengan guanlin? " aku meninggikan sikit suara sebab terasa dikhianati .
"Kalau macam tu oppa give up jelah . Jangan ganggu insoo dah " jihae tinggalkan aku seorang diri .
Aku makin stress . Apakah ini semua ? Kenapa aku perlu give up?
GUANLIN POV
"Gumawo sebab sudi teman saya insoo" dia pandang aku sambil tersenyum .
"Alah . Awak kan demam . Kalau awak pengsan macam mana? Nanti lai ahjusshi jugak yang susah " terangnya tak lepas memandang aku .
Aku tersenyum gembira . Rindu nak tengok insoo jadi selembut ni dengan aku . Geram nak peluk tapi aku tak nak buat jihae rasa tak selesa . Cukuplah tengok dia dah makin okay dengan aku .
"Jadi awak risaukan sayalah ni? " insoo mengalihkan pandangannya .
Mukanya makin merah . Comelnya !
"Lebih kuranglah~" malu malu kucing pulak budak ni .
"Aigo~ terharu nya saya" aku bercakap macam pakcik tua .
Saja nak hiburkan insoo dan dia gelak ikhlas . Dia tahu macam mana nak terhibur .
Sekarang suasana dah jadi senyap . Kedua dua kami membisukan diri . Tak tahu nak borak apa . Tangan kami asyik berlanggar je . Aku teringin sangat nak pegang tangan dia tapi hmmmm . Aku taknak ulang kesalahan aku .
Apabila suasana jadi janggal di lorong yang dah nak dekat dengan rumah aku , tiba tiba ada satu motorsikal datang menuju kami dengan kelajuan laju . Dia hampir langgar insoo .
Aku takkanlah nak biar insoo kena langgar jadi waktu selamatkan dia aku terpeluk dia dan muka dia jangan ceritalah rapat dengan muka aku macam mana . Dah lama aku tak berdebar macam ni .
"Lin .. " terkedip kedip mata aku bila aku baru perasan aku tengah peluk insoo .
Aku cepat cepat lepaskan dia . Terasa panas sekejap . Sekali lagi kami jadi senyap . Kali ni bercampur malu dan masing masing merah .
"Guanlin" panggilan dari insoo memecahkan suasana sunyi .
Aku memandangnya .
"Wae... yo? "
"Kita dah sampai rumah awak" ujarannya buat aku memandang ke depan .

YOU ARE READING
my obsession brother + baejinyoung +
Fiksi PenggemarBae jinyoung + readers(jihae/insoo) Menceritakan tentang seorang yeoja bernama insoo yang salah faham dengan chingu sendiri . Sefahamannya jihae dan jinyoung terlalu rapat dan nampak seperti jinyoung memendam perasaan pada adiknya itu iaitu jihae te...