BAB 2

244 6 0
                                    

DAHI Najwa berkerut lebat bila memandang lagak Marisa seperti kucing hilang anak. Hampir setengah jam dia kehulu dan ke hilir mencari sesuatu. Sesekali Marisa duduk di mejanya, termenung memikirkan sesuatu. Akhirnya dia mendekati meja Najwa yang terletak bersebelahan dengan mejanya bila pencariannya menemui jalan buntu.

"Wa, kau ada nampak tak beg yang baru aku design tu?"

"Tote bag warna peach tu ke?"

Marisa angguk.

"Bukan ke aku dah letak atas meja kau?"

Marisa geleng. Memang itu yang diberitahu Najwa semalam tapi sampai sudah dia tak jumpa.

"Betul ke kau dah letak?"

Najwa tarik nafas perlahan. Sempat dia menjeling ke arah meja Marisa sebelum menepuk dahi sendiri.

"Ya ALLAH, lupa! Aku tertinggal dalam kereta Izzat!"

"Hish kau ni. Buat penat je aku cari." Marisa buat muka. "Kau tak boleh ke suruh dia datang sini kejap? Aku nak bawa pergi photoshoot untuk teaser."

"Sorry kak, Izzat tak ada dekat KL hari ni. Kerja dekat Seremban tu tak settle lagi." Dia sengih bersalah.

Waktu nak keluar makan dengan Izzat semalam, tanpa sengaja dia terbawa tote beg yang baru tu. Bila sedar dia tersalah bawa beg, dia letak aje beg tu dekat tempat duduk belakang.

Dah sampai dekat kereta sendiri pun dia lupa nak ambil balik.

"Dah lambat satu kerja," rungut Marisa sebelum keluar ke tempat pameran beg dan kasut.

Najwa sengih lagi. Cepat saja tangan mencapai telefon pintar yang tersedia di atas meja. Jari jemari runcingnya berlari-lari pada skrin iPhone sebelum dia membuka aplikasi WhatsApp.

'Awak, tolong simpankan beg tangan saya dekat tempat duduk belakang kereta awak tu. Nanti dah balik KL saya pergi ambik.'

Tak sampai seminit, WhatsApp berbalas.

'What beg tangan, sayang?'

Berkerut terus dahi dia bila baca soalan Izzat.

'Malam tadi saya ada tertinggal dalam kereta awak. Takkan tak ada?'

'Nanti saya tengok.'

Jawapan Izzat dibaca sekali lalu. Aik, dia ke yang salah letak ni? Kalau tak ada dalam kereta Izzat? Takkanlah dia dah bawa balik ke rumah?

'OK.'

Masak! Kalau hilang tote beg tu mahunya Marisa mengamuk sebulan! Hari gaji dah dekat. Mereka perlu pantas buat promosi untuk menarik minat para pelanggan sebelum mereka beli beg tangan yang lain.

Sebenarnya dah hampir enam bulan butik kecil ini dia dan Marisa bangunkan. Minat nak buka kedai jenama sendiri memang dah lama ada dan bila Marisa setuju untuk jadi designer kasut dan beg tangan, terus saja mereka berusaha untuk buka kedai beg dan kasut rekaan sendiri.

Walaupun pada awalnya dia hampir mengalah bila langsung tak ada permintaan, namun dia tak berhenti setakat itu. Iyalah, dia bukan Nora Danish mahupun Fazura, asal keluarkan produk aje ada orang nak beli.

Dia dan Marisa bukan sesiapa dan sebab itulah tak putus-putus dia buat marketing merata-rata.

Bila hampir setahun bergerak secara online, barulah dia dan Marisa buat keputusan untuk buka butik kecil di Shah Alam ini. Disebabkan banyak jenama besar di kiri dan kanan kedai mereka, secara tak langsung butik kecil mereka juga terkena tempias rezeki.

JIKA INI CINTA - ILLA SHANAHILAWhere stories live. Discover now