Bab 1

16 1 0
                                    


Dia tersenyum puas setelah melihat penampilan dirinya di hadapan cermin. Malam ni adalah malam yang paling bermakna buat si dia. Qai hanya mengenakan solekan tipis pada mukanya supaya lebih kelihatan natural beauty. Dia juga mengenakan gaun berwarna gold-black.

"Sekarang ni aku nak buat rambut gaya apa? Call Asya la."dia segera mencapai iphone 7+ di atas meja. Nombor Asya ditekan.

Tut.. tut...tut..

"Hello?"suara serak basah kedengaran di hujung talian.

"Err.. hello. Asya ada tak? Saya nak bercakap dengan dia."

'Bila pulak Asya ada boyfriend?'persoalan itu hanya bermain di fikiran dia. Ah! Nantila dia tanya.

"Qai? Qai.. kau ok tak ni? Asal call?"suara Asya membuat Qai terkejut.

"Aku ok. Ni aku nak tanya.. kau buat rambut gaya apa?"

"Gaya rambut pun nak tanya aku ke? Aku lepas jer. Lagipun kalau ikat.. tak masuk la dengan acara kita malam ni."

"Ooo macam tu.. aku pun nak lepas jugak la. Jap! Tadi siapa yang angkat call aku? Macam suara lelaki jer. Boyfriend kau eh? Sampai hati kau kan tak cakap kat aku."mood curious Qai dah muncul. Mulalah dia nak korek rahsia.

"Ah... er.. Eh mommy aku panggil la Qai. Aku pergi dulu eh. Nanti jumpa kat tempat show ok. Bye"

Tut....

'Dia letak macam tu jer? Takpe kau Asya. Nanti aku dapat tahu jugak.'

Dia meniru gaya Asya. Dia hanya melepaskan rambutnya dan meletakkan tiara berwarna putih. Tinggal 1 jam setengah lagi sebelum majlis.

"Baik aku gerak sekarang."dia menilik dirinya di cermin buat kali terakhir sebelum mencapai mask dan kunci kereta.

Dia bernyanyi kecil semasa menuruni tangga dan mendapatkan mama dan papanya di ruang tamu.

"Mama,papa.. Qai pergi dulu. Nanti mama dengan papa pergi pukul berapa?"tanya Qai sebelum mencapai tangan kedua ibubapanya untuk bersalam.

"Mama dengan papa pergi lepas ni. Sebelum majlis start mama dan papa ada dekat sana."mamanya bersuara menjawab pertanyaan anak tunggalnya .

"Papa dengan mama jangan tak pergi pulak. Qai dah sediakan tempat duduk VVIP dekat sana." celoteh Qai. Lagipun dia nak mereka tengok rekaan yang dia dan Asya buat. Lagipun ini adalah show yang gilang-gemilang dan kali pertama buat pewaris Qalvin dan Vivian.

"Yelah. Papa dan mama akan pergi. Qai jangan risau."

"Ok la.. Qai pergi dulu. Nak prepare apa yang patut."usai berkata dia terus meluru ke Audi grey kesayangannya.

☆skip☆

"Dah ready?"tanya Harsya. Mereka membetulkan pakaian mereka sambil menilik dari atas ke bawah.

"Dah. Let's do it." Qai menarik nafas sedalamnya dan menghembusnya kembali.

"Ok. Dalam kiraan tiga."kata Lya.

"1..2..3.."kata mereka serentak lalu melangkah bersama-sama.

*meanwhile..*

"Mommy... kenapa ajak Rif pergi fashion show ni? Rif tak minat la."kata Zarif sambil cuba merungkaikan tangannya dari pelukan mommy-nya.

"Minat tak minat tu belakang kira. Mommy dah tak ada siapa nak ajak. Papa outstation seminggu. Alah, mommy pasti yang kamu akan suka dengan show ni."mommy Zarif atau lebih dikenali sebagai Tengku Anna.

"Ye lah. Tapi kalau Rif tak suka, Rif keluar."tegas suaranya berkata. Dia bukan suka sangat dengan  show macam ni. Tambah lagi dia tak suka diperhatikan. Tipical instafamous.

"Ikut suka kamu la Rif. Asal kamu teman mommy sampai sana. Tapi jangan keluar selagi show tak start."dia sudah kenal dengan perangai Zarif. Anaknya tidak suka buang masa. Malah dia akan penuhi masa yang terluang untuk pergi ke gym atau lepak dengan kawannya. Bukan lepak bual kosong tau.

Seusai itu mereka masuk ke hall untuk menonton show tersebut. Mereka sudahpun ditempatkan di tempat VVIP bersebelahan meja VVIP+ tempat Qai dan Harsya.

-------------------------------------

Sorry bab ni sikit.. btw kalau ada terhambar saya mintak maaf. Ok.

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now