Bab 3

19 1 0
                                    


Vivian's Villa

"Assalamualaikum, Aunty Ary."suara perempuan memberi salam dari luar mengejutkan Tunku Aryana di dapur.

"Waalaikumussalam, masuklah. Pintu tak kunci pun."sambut Tengku Aryana atau lebih dikenali sebagai Aunty Ary.

Qai terus masuk setelah mendapat keizinan. Dia pergi ke dapur untuk berjumpa dengan Aunty Ary.

"Hai Aunty. Mama suruh Qai hantar ni."dia menyalam Aunty Ary dan memberi sebekas kuih.

"Thanks. Rajin mama kamu buat kuih pagi-pagi. Eh, duduklah dulu. Aunty nak siapkan sarapan."ramah Aunty Ary bersuara.

"Takpelah Aunty. Qai sebenarnya nak ajak Asya keluar."

"Asya? Dia tidur lagi kat atas. Qai pergi la naik bilik dia. Nanti turun dengan dia sekali eh. Sarapan."seusai berkata Aunty Ary terus berlalu.

Qai terus naik ke bilik Asya. Nampak je pintu yang ada nama Asy's Room terus dia ketuk.

Tok! Tok! Tok!

'Takde sahutan? Tidur mati ke budak ni?'dia menggumam perlahan di hadapan pintu. Dia terus membuka pintu.

"Ya Allah! Asya bangun!"lantang suara Qai mengejut sahabatnya itu. Dia membuka langsir dan terus menarik selimut dari terus menyelubungi badan Asya.

"Asya! Kau bangun sekarang kalau tak.." tak sempat Qai menghabiskan ayatnya dan..

Pap!

Satu bantal dilempar ke arah Qai. Mukanya jelas berwarna merah sedang menahan marah.

'Ouh kau tak nak bangun ye? Kau nak main dengan aku yer.'desis dia dalam hati. Dia terus pergi ke tandas untuk mengambil air. Dia ada perancangan terbaik punya.

"Asya bangun.."meleret suara Qai.

Dia mengambil telefon dan memasang surah Yasin. Volume dikuatkan dan didekatkan di telinga Asya.

"Yasin..." Surah Yasin yang kuat di telinganya membuatkan dia terus mambuka mata dan bangun tegak.

"Aku dah mati ke?"tanya Asya kepada dirinya dan..

Bush!!

Sebaldi air dicurah ke atas Asya. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Ketawa jahat si Qai.

"Qai!!!!" Suara Asya yang sekuat bunyi harimau itu langsung tidak menggentarkan Qai. Malah dia ketawa lebih kuat. Nasib kau la Asya ada kawan macam ni.

"Dari kau menjerit baik kau mandi sebelum aku yang mandikan kau. Bye Asya....." terkekek-kekek Qai ketawa. Dia terus turun ke bawah untuk menolong Aunty Ary.

"Qai. Kenapa dengan Asya? Asal dia menjerit tadi. Terkejut Aunty."tanya Aunty Ary.

"Haah. Tak pernah Asya menjerit masa bangun tidur. Hari ni lain pulak." Uncle Yusuf pun menyoal benda yang sama.

"Takde apa-apa la Uncle,Aunty. Dia mimpi air terjun je tadi."jawab Qai dengan maksud tersirat.

"Apa-apa la Qai. Mari la join kami sarapan. Lagipun Aunty ada masak lebih."ajak Aunty Ary sambil menyedok nasi goreng ke dalam pinggan suaminya.

"Takpe la Aunty. Qai dah makan kat rumah tadi sebelum datang sini. Ni pun masih kenyang lagi."dia menghadiahkan senyuman yang manis kepada mommy Asya yang sudah menganggapnya sebagai anak sendiri. Lagipula Aunty Ary dan Uncle Yusuf hanya ada seorang anak iaitu Asya. Sebab tu la mereka menganggap Qai sebagai anaknya sendiri.

*meanwhile*

*D'dolce memberz*

Isy.d
Salam. Weyh jom lepak.

Rif.d
Wassalam. Aku on jer.

Fiq.d
Waalaikumussalam. Isyraf Wafiy! Kau penyelamat aku.. Aku bosan gila dowh terperap kat rumah ni.

Kimi.d
Wassalam. Aku on.

Faiq.d
Wslm. Aku pun on.

Rif.d
Ok. Kalau semua on.. Starbucks jom. Ke nak pergi mana?

Isy.d
Starbucks la. Aku malas nak pergi tempat lain. Nnti terjumpa gf aku. Haru nnti. Btw aku malas drive hari ni. Rif tolong pick aku eh.

Faiq.d
Nk jumpa pukul berapa?

Kimi.d
Sekarang pukul 9.30 am. Kita jumpa pukul 11 ok x?

Fiq.d
Ok. Nanti aku payung wayang. Aku baik hati hari ni. Hehehe.

Rif.d
Ok set. Isy.. kau lambat aku tinggal.

Z

arif terus mengoffkan ipone X miliknya.

*back to Qai situation*

"Mommy,daddy. Good morning."tutur Asya.

"Matahari dekat atas kepala baru tuan puteri nak bangun?"perli Uncle Yusuf. Aunty Ary dan Qai menahan gelak melihat Asya yang memuncungkan mulut mendengar perlian daddynya.

"Nak gelak tu gelak jer la. Tak payah tahan." Dengar je kata-kata Asya, mereka terus menghamburkan ketawa.

"Rasanya kalau air terjun tak ada tadi,sah-sah kau tak bangun tadi."dengan senang hatinya Qai perli si Asya. Apalagi makin panjang la muncung si Asya tu.

"Dah dah. Lupakan. Asya mari makan." Aunty Ary terus menukar topik.

"Eh takpe la mommy. Asya nak teman Qai pergi shopping."

"Ouh ok."dia hanya membenarkan anaknya keluar. Ye la. Bukan dengan siapa pun. Dengan kawan baik sendiri.

*skip*

-----------------------------------------

To be continued... Haha. Nanti nak buat diorang kenal. I mean the lune berkumpul. Tunggukan saat itu ok..

Layakkah Aku?Where stories live. Discover now