Aku memandang sekeping kad undangan yang berada di tanganku. Terkebil-kebil mataku memandang nama yang tertera di atas kad itu. Junaidi dan Afrina.
" Ibu, mana ibu dapat kad undangan ni? " tanyaku. Setahu aku, ibu tak gi mana mana pon harini.
" Oh tadi Aman datang hantar naik moto. Ni kamu nak pergi ke? Ibu dengan abah takdapat pergi sebab nak jenguk makcik kamu di hospital. " terang Puan Masitah. Aku memandang kad undangan itu kembali. Hmmmm kena pegi ni. Ex aku kahwin kot. Aku mendapat idea.
" Sarah ajak lah Nadia teman nanti. Pegi dengan Nadua jugak ke. Ibu ngan Abah pegi je tengok Cik Marina tu " balasku sambil menayangkan gigi . Hehehehe tunggu lah aku jadik wedding breaker nanti .
Kelihatan Nadia dan Nadua sudah menunggu di tempat melepak mereka yang sudah menjadi port kesayangan mereka sejak mereka bersekolah rendah lagi.
" Yo whats up girls " sergahku dari belakang. Terkejut beruk mereka dengan sergahanku.
" Salam mana kak salam? Takde adab lah kau ni . Patut lah result SPM Pendidikan AlQuran Sunnah kau dapat B. Adab kurang " kata Nadia memerli. Hek eleh perlu ke babitkan SPM bagai. Aku mencebik.
" Weh kau dapat kad undangan junaidi? " tanyaku. Nadia dengan Nadua melopong. Serious lah?
" Taktahu ah pulak kalau mak aku simpan. Serious lah nak kahwin? Bapaklah tak enjoy sia kahwin awal ni. Baru 21. Awal-awal ni nak buatpe susah nak keluar enjoy " bebel Nadua. Nadia mengangguk tanda setuju. Tahu lah kembar, semua benda nak menyokong .
" Biarlah dia nak kahwin awal. Yang kau susah hati kenapa? Majlis kahwin dia semua bapak dia bayar yang kau senak kenapa? Ok sekarang ni aku nak kita pergi. Ibu ngan abah aku takdapat datang so aku jadik wakil. " Aku menyuarakan tujuanku menemui mereka harini.
" Kau nak datang ke Sarah? Ex kau kahwin kot! " Nadia tayang muka terkejut. Lah, makan free takkan nak lepaskan camtu je, ye dak?
" Ade ke dalam hadith Ex kahwin haram utk Exnya datang? Datang jelah. Nak tengok sikit muka bakal bini dia tu . Lawa ke tak daripada aku. Dulu elok je clash dengan aku sebab ada pompan lain. Nak tengok gak taste dia camne an " balasku tersenyum jahat. Nadua menyuakan ibu jari kepadaku . Aku tersengih.
" Majlis dia bila? " tanya Nadia
" Sabtu ni " jawabku.
" Oi lagi 4 hari kahwin baru hantar surat? Nampak sangat family dia nak tak nak jemput family kau " Nadua menghasut. Takkanlah sampai camtu sekali
" Kau kalau bab menghasut memang nombor satu ek. Sekarang ni kau nak pergi ke tak? " tanyaku kembali.
" Aku on je aku takot kau yang tak ok " risau Nadia. Aku tergelak
" Weh kita nak gi makan jee bukan berperang aku okay je lah. Lagipon kau ingat aku suka dia ke? " balasku sambil membuat rolling eyes. Nadia terkebil-kebil.
" Dahlah aku balik lu. Nanti ibu aku bising keluar tak balik-balik " Aku mengangkat punggung lalu beredar. Nadua dan Nadia berpandangan
. Camtu je? Haih.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puan Anita memerhati gelagat Rayhan yang kelihatan seronok melayan anak buahnya yang berusia setahun 4 bulan itu. Sesekali kedengaran ledakan ketawa Rayhan apabila melihat telatah Syafiqah.
" Rayhan, kamu ni bila nak kahwin? Gaya kamu ni dah layak sangat jadik bapak orang. Kamu ni tak teringin ke nak ada anak sendiri? Asik main dengan Syafiqah je. Sesekali tu bawak lah jumpa mama kawan perempuan kamu. " Tudiaaaa. Dia dah mulakan dah. Bab-bab ni lah aku paling lemah sekali. Rayhan mengeluh." Ma, topik lain boleh? " tanya Rayhan dengan penuh kemalasan.
" Hah itu lah kamu. Bila mama bukak bab kahwin ade je alasan kamu nak mengelak. Sampai bila kamu nak hidup membujang je? Mama pon nak merasa pegang cucu dari zuriat kamu. Nak tunggu adik kamu Razif tu kahwin ke apa? " tanya Puan Anita sedikit menyindir.
" Ma, dah sampai masanya nanti Hanz bagitahu mama ok. Mama orang pertama Hanz cerita. Ok ma? " jawab Rayhan sediki memujuk. Syafiqah yang berada didalam dukungannya memandang pak ngahnya kerungsingan. ' Kenapa tokma buat pakngah sedih? ' mungkin itu yang berada di benak pikiran si comel itu.
" Mama taktahu lah nak cakap apa lagi dah. Mama mampu doa je moga moga pintu hati Hanz ni cepat cepat terbuka untuk mana mana gadis. " kata Puan Anita lalu beredar ke dapur. Rayhan memandang belakang mamanya. Ma, Im sorry.
Kedengaran bunyi mesej WhatsApp di telefon Rayhan. Dia mencapai lalu membacanya.Weh Hanz on tak on wedding sepupu aku tu? - Syahmi
Rayhan memikir sejenak. Aku free je sabtu ni. Takpelah aku temankan jelah mamat ni nak sangat gi wedding sepupu belah bapak dia.
On. Naik kereta aku. Datang rumah aku park kereta kau - Hanz
Sejurus menghantar mesej itu, timbul dua tanda right berwarna biru yang erti kata lain bluetick. Bermakna perbincangan sudah tamat. Hanz menutup telefonnya lalu sambung bermain dengan Syafiqah. Meledak ketawa si comel dengan reaksi muka hodoh pakngahnya. Puan Anita yang melihat mereka berdua hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku menggosok baju kurung cotton yang berwarna hitam yang mempunyai sedikit taburan manik di hujung lengan dan bawah baju dengan berhati-hati. Huh pernah satu kes aku gosok ganas-ganas berlubang blouse aku. Dahlah time tu nak cepat. Kalini aku takkan mengulangi kesalahan itu lagi. Selepas menggosok baju kurung, dia mencapai selendang yang berwarna kelabu asap itu di penyidai. Dengan penuh tekun dia menggosok agar tiada satu garis pon ada. Punya cermat seorang Sarah ni. Hahaha
Aku mencapai Iphone6 yang berada di atas meja berdekatan tempat gosok. Dia menghantar mesej kepada Nadua.
Beb, esok on kan? - Serra
Selang dua minit, Nadua membalas.
On! Kalau kau nak tahu, ramai nak join kita esok weh. Syafa, Aimi, Nani, Qila, Jiha. Habis wedding esok gempar! Lelagi bila termasuk kau yang merupakan bekas kekasih . Tak sabar nak tengok drama esok! - Nadua
Aku tergelak berdekah dekah di dalam bilik tatkala membaca mesej yang baru dihantar oleh Nadua.
Hahahaha mampus lah junaidi besok rakan sekolah dia buat reunion datang wedding dia. Esok aku nak overshadow pengantin. Ngam tak ngam? - Serra
Laju sahaja Nadua membalas mesejku kalau berkaitan dengan gosip ni. Tu lah sebab kitorang ni sekepala
Ngam terox! See yah tomorrow - Nadua
Aku meletakkan telefon di sebelahku. Taksabar nak tengok drama besok, bak kata Nadua.