Rayhan's POV
Aku memarkir kereta di tepi jalan. Syahmi kulihat sedang menyikat rambutnya agar kelihatan kemas. Aku keluar dari perut kereta. Uish cuaca panas terik tapi ramai tetamu bertandang. Hot jugak sepupu syahmi ni, desisku.
Aku mengambil tempat yang agak sesak setelah mengambil makanan di buffet yang disediakan. Biasalah kenduri di kampung, makanan khas dimasak oleh orang ramai, takguna catering. Bagus jugak ada rewang ni, boleh eratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.
Setelah membasuh tangan, aku dah Syahmi bergerak ke rumah pengantin. Aku menghadiahkan senyuman kepada tuan rumah. Kelihatan Syahmi sahaja yang menegur tuan rumah itu kerana pakcik dan makciknya yang bernama Shamsuddin dan Rafidah.
" Mak Dah dah dapat menantu, Mie dah takpandang dah nanti, " usik Syahmi.
" Apelah Mie ni. Mie pon Mak Dah dah anggap macam anak Mak Dah. Ni sape Mie? Bos Mie ke? " Puan Rafidah menanyakan tentangku.
" Nama saya Afiq Rayhan. Saya kawan kerja Syahmi, " aku merendah diri. Padahal aku ni atasan Syahmi, takpelah skali skala kita kelihatan polos.
" Mak Dah, Mie dengan Rayhan balik dulu ye? Tak sempat rasanya nak jumpa Junaidi. Jadi raja sehari ni tak menang tangan ye. Kirim salam
jelah dengan dia ." Kami meminta pamit untuk pulang. Sesekali tu mataku melirik ke arah sepasang pengantin yang sedang ditepung tawar." Hah jumpa tak wanita idaman kau? " tanya Syahmi tersengih-sengih.
" Takde masa nak cari time sesak sesak ni " aku meledakkan ketawa. Tanpa sedar ada seorang gadis telah merempuh badanku. Mata letak mana oi perempuan?!
Dia jatuh terduduk. Dia mengaduh kesakitan.
" Awak ni buta ke? Mana awak letak mata awak time jalan? Aduu " Gadis itu mengadu kesakitan. Salah seorang rakan membantunya untuk berdiri. Terpancar kekerutan didahi menunjukkan dia sedang menahan sakit.
" Excuse me, awak tu yang langgar saya. Pastu awak tuduh saya jalan takpakai mata? Yang awak jalan laju-laju sampai langgar orang ni kenapa? " marahku. Kau yang sedap langgar aku pastu salahkan aku? Bengangnyaa. Syahmi disebelah menenangkan emosiku.
" Sedap je mulut awak cakap eh. Dah buat salah taknak say sorry pastu marah kita pulak. Blah lah " jerkah gadis itu lalu tidak mempedulikan muka aku yang bak udang terbakar sambil menonong pergi meninggalkan aku dan Syahmi. Ewah perempuan degil ni.
Aku melangkah ke arah perempuan yang terjengket jengket lalu mencempung tubuhnya tanpa menghiraukan orang ramai di majlis kenduri itu.
" Apa awak buat ni? Turun kan saya! " marahnya sambil meronta-ronta di dalam dakapan aku. Aku membawanya ke kereta. Atas bantuan Syahmi yang membukakan pintu seat belakang, aku meletakkan gadis itu dengan berhati hati.
" Salah seorang daripada awak ikut saya " kataku kepada rakan kepada gadis itu. Kelihatan seorang gadis bernama Syafa yang tersengih lalu mengambil tempat di belakang bersebelahan dengan gadis itu. Ya gadis yang masih aku tak tahu namanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HAI KORANG! SORRY SANGAT SEBAB DAH LAMA NAK MAMPUS TAK UPDATE 😂 SEBAB AKU RASA CITE AKU NI TAKBEST PUN SEBABTU AKU DELAY DELAY DELAY DELAY SAMPAI HARINI BARU RASA NAK UPDATE BALIK. SENANYA CHAPTER NI DAHLAMA SIAP TAPI HAHAHAHAHHAA TAK PUBLISH ADOI 😅 TAKPE LEPASNI AUTHOR RAJIN RAJINKAN UPDATE. KALAU SUDI VOTE SIKIT 🤩 AJAK KAWAN KAWAN BACA CITE SIS YANG TAK SEBERAPA NI 🤪
Ok Wait for the next chapter 👋🏻