"Woi,Fya!",Lya menepuk meja Fya dengan kuat yang menyebabkan Fya terkejut.
"Oh mak kau meletup, haish kau ni Lya, kalau aku ada sakit jantung tadi dah lama aku mati tahu tak",Fya memarahi Lya kerana membuat sebegitu kepadanya."Hah, kau ada apa-apa ke nak cakap kat aku?", tanya Fya
"Aku dapat masuk U dekat..... KOREA!",Lya melompat kegembiraan, bergegar habis lantai rumah mereka.
"Sebenarnya...",Fya menunduk sambil membuat muka sedih. "
"Sebenarnya apa?",
"Aku pon dapat masuk U kat Korea juga!", Fya dan Lya melompat kegembiraan bersama-sama kerana dapat memasuki Universiti di Korea.
"Kau dapat masuk U apa?", tanya Lya sambil menanti jawapan daripada Fya.
"Aku dapat masuk U dekat Seoul National Universiti", Fya menjawab dengan selamba sambil membuat muka berlagak.
"Aku pun sama dapat masuk kat U tu", sekali lagi melompat dan rumah mereka sampai dah nak roboh.Dua minggu selepas itu...
"Kau dah simpan ke semua barang dalam kau punya bagasi?",risau Lya kerana Fya kalau pergi holiday kat mana-mana mesti ada benda yang tertinggal dekat rumah, haritu mereka pergi ke Paris, barang-barang mandi semua tertinggal, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi dan banyak lagi lah. Nasib baik dekat sana ada jual.
"Ofcourse lah dah, kali ni aku pasti tak ada benda yang akan tertinggal",dengan muka penuh yakin Fya bekata.
"Letak barang-barang kita dekat luar dahulu, kita kena check semua tempat supaya tak ada benda yang akan terjadi",Lya ofcourse akan memastikan semuanya complete dan tak ada benda yang akan menghalang dia.
"Kita tidur dekat rumah mummy dan papa seminggu kan? Lepastu baru kita pergi Korea kan?",Fya bertanya kepada Lya untuk kepastian.
"Yup",Lya menjawab dengan ringkas sambil menganggukkan kepalanya.*Setibanya di rumah mummy dan papa*
"Assalamualaikum.... Mummy... Papa...",serentak mereka memanggil mak ayahnya.
"Waalaikummusalam... Anak mummy... Kamu berdua sihat? Ni dengan bag-bag ni nak pergi kemana?",tanya mummy kepada anaknya itu.
"Alhamdulillah,sihat.Kami berdua nak pergi ke Korea, kitorang dapat U dekat sana... So... Kami nak tidur dekat sini seminggu dahulu sebelum kami pergi",Lya menjelaskan tujuan mereka.
"Alhamdulillah... Kenapa tak telefon mummy dulu?",
"Kami nak buat... Kejutan dekat mummy",Fya menari-nari tanda telah membuat kejutan. Mummy dan Lya tergelak-gelak melihat riaksi Fya yang kelakar itu.*Seminggu sudah berlalu... *
"Lya, jaga adik kembar kamu ni elok-elok, Fya, kamu pun sama, jaga kakak kembar kamu ni...",sambil mereka menyalam mummy dan papa, mummy sempat memberi kata-kata terakhir
"Nanti kalau dah sampai dekat sana jangan lupa call kami, nah duit... Simpan elok-elok belanja cermat, nanti kamu berdua tukarlah duit tu",papa pula memberi duit belanja kepada mereka.
"Baiklah mummy... papa...",
Mereka pun berlalu pergi meninggalkan mummy dan papa mereka sambil melambai-lambai kearah mereka. Mereka menaiki grab untuk ke KLIA.